Baru² ni saya teringin nak makan soto ayam. Kebetulan dalam peti beku ada sedikit baki ayam.. elok benarlah jika dijadikan soto. Korek² lagi.. ada baki begedil yg dah lama saya buat (hingga saya lupa kewujudannya) dalam peti beku.
Since saya dah pack semua makanan di peti beku dlm plastik or bekas, jadi freshness makanan tu still terjamin. Biasanya saya simpan hingga 3 bulan, kalau tak terpakai juga, terpaksalah buang. Setakat ni semua stok² dihabiskan on time. Terutamanya jika ada tetamu yg datang, tak sempat nak prepare, barang² dalam peti beku inilah bagi banyak jasa.. hehehe..
ok.. semua dah ada.. TAPI.. alaa... sup bunjut takde lah pula.. saya suka guna bunjut utk buat sup. Spices dalam rumah ni memang banyak, tapi saya kurang pasti pula apa bahan yg ada dalam bunjut sup tu. Nasib baiklah kemudahan teknologi masa kini dapat dipergunakan. Pasti ada blogger yg rajin nak share info. Hasilnya saya terjumpa bahan² sup bunjut dari blog ni. Terima kasih banyak² kerana sudi berkongsi info yg amat berguna ni. Alhamdulillah.. hasil sup yg saya masak kali ni sama seperti menggunakan sup bunjut Adabi yg biasa saya guna.
Saya copy paste balik ye bahan²nya...
Bahan-bahan untuk 1 bunjut
5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
Cara-cara
Cuci bersih semua rempah. Masukkan rempah -pelaga,cengkih,ketumbar, jintan manis dan lada hitam ke dalam 1 helai kain kasa. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih. Sup bunjut sedia digunakan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
Since saya takde kain yg sesuai, saya just tumiskan semua bahan bunjut tu macam biasa & saya tapis / sauk serdak² yg tak sepatutnya supaya tak termakan pula.
4 comments:
Salam,
mencari apa ada dalam sup bunjut ... sampai pula ke mari ... terima kasih maklumatnya :)
salam perkenalan... sama-sama.. :)
Saya juga tercari2 rempah ratus yg terdpt dlm sup bunjut kerana tak mahu membazir dgn rempah2 yg ada kat rumah, terima kasih atas info saudari
Sama².. saya pun terjumpa info ni dari sumber lain, jadi boleh lah share.. :)
Post a Comment