Seminggu ni sibuk betul saya di cafe. Staff lama saya dah berhenti, jadi nak kena train budak² baru. Mujur ada Umi yg sentiasa datang membantu. Mesti penat Umi buat dua kerja pada satu masa. Tapi memang lega tiapkali Umi datang menolong coz dia memang faham sangat dengan cara kerja saya ni. Jadi tak perlulah saya pantau sangat, pesan sekali pun dah cukup.
Dah lama tak menjengah cafe ni, agak kekok juga saya mulanya. Mostly bila cafe diserbu. Mau lintang pukang jugalah, walhal kadang² sampai ada 6 orang dalam kaunter!!! Hehehe.. walaupun penat tapi seronok. Tak sangka dengan perut yg makin membesar ni saya larat lagi buat kerja² heavy duty macam ni. Biasalah time busy, mana terasa, dah sampai rumah.. mak aii penatnyaa! Tapi syukur alhamdulillah.. atas pemberiannya. Saya percaya selagi kita ikhlas, Tuhan akan bantu. Bantuannya sentiasa datang walaupun tanpa disangka².
Paling saya terkejut dengan Laieqa. Selama ni punyalah susah nak tinggalkan dia pada sapa². Jangankan dengan org luar, dengan datuk nenek pun dia tak nak. Tapi kali ni dia agree & langsung tak menangis bila saya tinggalkan dengan neneknya. First day tu je macam menangis sekejap, just tak sangka nak kena tinggal kot. Dia memang tak pernah berenggang dengan saya. Tapi malamnya bila saya tanya dia elok², boleh tak dia stay dgn Wawan bila saya pergi work.. dia cakap "ok". Until now, dia langsung tak membantah. Lagipun Kakaknya ada utk temankan dia selepas balik dari Kindergarten.
Saya pun memang tak memasak since that. Makan simple² je kat luar. Cuma semalam saja bawak anak² ambil angin malam sambil dinner. Kami ke Sg Penchala atas cadangan kawan. Katanya ada tempat makan best. Tapi takde rezeki nak merasa, elok je sampai, dah tutup (ditutup jam 11.00). Kemudian kami pergi ke sebuah lagi Restoran berdekatan, BORA ASMARA. Jakun juga lah tengok environment kedai ni. Bertambah jakun bila tengok harganya.. hehehe.. Menunya ada pelbagai. Dari masakan Malaysia, Indonesia, Thai, Cina & Western. Siap ada candle, live band (instrument yg diguna ala² group orkestra) datang perform setiap meja.. kalau nak celebrate anniversary or birthday ke memang sesuailah. Makanan pula dihidangkan course by course. Tapi saya just ambil starter & main dish aje, bimbang tak habis. Minuman saya try Asmaradana & suami saya pula ambil Soda drink (lupa nama minuman ni).
Insyaallah nanti saya upload gambar² makanan malam tu. Saya tak ambil sangat gambar sekitarnya sebab suasana gelap hanya bertemankan lilin. Gambar makanan pun tak berapa jelas (maklumlah phone murah). Tapi bolehlah untuk bagi gambaran tentang makanan di sini. Rasanya ok, just bagi saya harganya mahal berbanding apa yg disajikan. Tapi untuk suasana, bolehlah bagi 5 stars.
0 comments:
Post a Comment