Biasa saya guna teknik ni untuk buat baked potato. Setakat ni kentang Idaho US paling sesuai. Kalau pegi Jusco, saya mesti beli sedikit kentang ni. Kebetulan saya ada simpan resepi nak buat kentang bakar cara lain juga, sayapun try. Saya ambil resepi ni dari blog periuktanah & seperti biasa saya akan copy paste semula resepi tu di blog saya supaya mudah untuk saya refer semula nanti ye. Kalau takat simpan link aje, sometimes tak bleh nak access or deadlink ke.. jadi paling selamat saya copy masuk ke blog sendiri. Lagipun saya ambil resepi orang, mengaku ajelah kan.. (sayapun bukannya rajin sgt nak retype everything.. hehehehe)..
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5-10 0rang)
600 gm kentang- basuh bersih dan potong berbaji 6
1 camca teh oregano
3 camca besar minyak masak
sedikit garam
1 sudu teh serbuk lada hitam -ikut citarasa banyaknya
**k.An tambah 2 sudu teh paprika
*** sos thousand Island untuk menghidang
Cara membuatnya:
1. Gaul sebati kentang bersama minyak masak, oregano, garam, serbuk lada hitam dan paprika di dalam mangkuk.
2. Susun di atas loyang pembakar beralas kertas aluminium agar kentang tidak melekat.
3. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama sejam sehingga kentang empuk. Apabila separuh masak, terbalikkan kentang.
4. Hidang bersama sos thousand island.
Rasanya oklah.. sbb saya ni suka je apa² makanan berkentang ni. Tapi saya lagi prefer baked potato yang biasa tu aje. Nak masak pon senang.. kui..kui..kuii.. Maybe gak rasa cheezy & lemak² manis yg terhasil dari baked potato tu buat saya terus menggilainya. Apapon.. tepuk dada tanyalah selera!!!!
0 comments:
Post a Comment