Tiba-tiba laju je Mama cakap "Haaa.. kan kita dah terror menjahit (ececeh..)... Meh kita try buat topi pulak!". Mula-mula nampak Baba tak berapa nak confident, tapi lepas kena ayat dengan Mama.. Hmmm... dia pulak yang terover excited. Bukan susah sangat nak cucuk Baba tu... heheheh..
Selepas beberapa jam... (as usual, Baba study cara menjahit & potong kain, Mama jahit atas instruction Baba... hehehe)... Maka...
Haa... Inilah topi buatan tangan Baba & Mama untuk Ieqa. Kainnya tu guna lebihan buat baju hari tu... Cukup-cukup je untuk topi saiz dia... Memang happy sangat sebab cantik jugaklah kejadiannya. Tambahan saya guna footer yang baru beli tu.. memang amat membantu. Jahitan kemas & sama je! Taklah bengkak bengkok lagi... heheheh... Foot yang saya guna untuk menjahit topi ni ialah STITCH GUIDE & EDGE JOINING FOOT. Kalau nak guna tapak biasa pun boleh, tapi kalau ada tapak-tapak lain ni, memang membantu.
Kalau dah Kakak bertopi.. Of course adiknya pun nak jugak kan? Kami buat pula untuk Misha..... Jeng..Jeng...
Kalau nak cuba, boleh print pola / pattern nya dari sini...
BARANG-BARANG YANG PERLU :
* KAIN (2 JENIS UNTUK DAPATKAN HASIL REVERSABLE TU)
* INTERFACING/PENGERAS (BOLEH BELI DI KEDAI ALATAN JAHIT)
Selamat Mencuba!
2 comments:
Memang cantik..
thx kak sham...
Post a Comment