BUBUR LAMBUK

Monday, June 27, 2016
Since dah lama tak update.. saya letak a few entry sekaligus ye.. hehehe..  Bubur lambuk ni first time saya kenal masa kerja kat Menara Promet KL tahun 2000.  Masa tu tugas saya jaga akaun untuk co F&B (Bellisini & A&W).  Sometimes owner akan bagi makanan dekat staff.  Antara favourite saya ialah Nasi Beriyani Insaf (pun first time saya try) dan Bubur Lambuk Kampung Baru.  Lepas tu saya takde makan lagi dah bubur lambuk ni hinggalah tahun 2010, dapat kebetulan masa Suami singgah Solat kat Masjid Kampung Baru.  Husband cakap sebelum Asar lagi orang dah beratur panjang.  Paling pelik dan ajaib, bila Azan berkumandang, banyaklah yang tak solat sebab nak beratur menunggu Bubur Lambuk ni.  Sedih pulak mendengarnya kan... Tak dinafikan memang sedap sangat Bubur Lambuknya tu.  Dah lama saya mengidam Bubur Lambuk ala² macam tu.  So bulan puasa kali ni saya try buat bubur lambuk refer pada blog².  Banyak sangat resepinya.  Ni salah satu yang saya try buat... 

Bubur Lambuk ala Kampung Baru.  Kalau tanya sama ke rasanya... "Entah... sebab saya dah ingat² lupa rasa Bubur Lambuk tu.. yang saya tahu sedap.. itu aje... heheheh".  Untuk bubur lambuk yang saya buat ni pula bagi saya rasanya Ok cuma saya akan kurangkan sikit penggunaan spice dalam ni (mungkin saya yang terlajak letak kot).  Mungkin saya akan cuba lagi di bulan Ramadhan akan datang.. InsyaaAllah... Resepi refer kat bawah nanti ye... 
 Kat bawah ni kuih yang saya buat juga...
Kuih cara manis & cara berlauk... Resepi boleh refer entry lama.. Resepi untuk Kuih Bakar Kak Jee ye..  Batter Kak Je ni memang cair & banyak telur jadi hasilnya tu memang lembut.  Memang semua ahli keluarga suka sangat.

Inti daging & kentang entra tu saya jadikan karipap pula.  Saya tak kelim macam selalu tu, tapi try gulung macam ni.  Amazingly... anak² berebut² makan!  Kalau karipap korang tak nak, yang ni korang makan pulak ye?? Macam² lah budak² ni kan... Cara nak gulung boleh refer sini kay... Dohnya tu boleh guna doh karipap biasa...
Resepi bubur lambuk saya ambil dari Blog ini :



Bahan-Bahan:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging tetel [potong kecil]
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
2 helai daun pandan [basuh dan dikoyak2kan]
garam/gula secukup rasa
air

1 cawan udang kering [rendam air panas dan tumbuk lumat]
1 cawan bawang goreng
4 ulas bawang putih [dimayang]
2 biji bawang besar [dimayang]
1 inci halia [dimayang dan potong jadi macam batang mancis]

Rempah tumis :
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba
2 biji buah keras [ditumbuk]

Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
1 sudukecil jintah manis (saya pakai jintan putih)
1 sudukecil ketumbar
1 sudukecil lada sulah
1 sudukecil lada hitam

Bahan-bahan sampingan [optional] :
2 batang carrot dipotong dadu
1/2 cawan kurma dibuang biji

bahan hiasan [mayang]
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Bawang goreng

Cara-cara memasak:


Panaskan minyak dan minyak sapi
Tumis rempah yang telah dikisar tadi, rempah tumis, bawang putih, daun pandan & bawang besar
Kemudian masukkan udang kering, tumis lagi
Kemudian masukkan daging.
Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk.
Masukkan beras dan kurma dan tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut.
Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu ia pecah
Kerika ini boleh masukkan carrot jika mahu.
Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam/gula secukup rasa
Bila bubur sudah tanak dan elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan

Inti daging kat atas  tu masih bersisa, kelmarin saya buat Pau pula.  Next entry saya letak resepi pau pula ye.  Susah saya nak search semula nanti kalau campur dalam satu entry.. ;P.


0 comments:

Post a Comment