PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Monday, June 27, 2016
Cepat betul masa berlalu.. Baru sekali saya update blog sejak bulan puasa ni.  Saya memang tengah kusyuk menjahit.  Banyak baju nak kene dibereskan.  Kalau siap awal, bolehlah saya tolong jahitkan baju tidur anak² dan baju untuk anak² saudara nanti.  Tapi so far masih banyak tengah que menunggu dijahit tu.  Setakat ni saya dah siapkan 2 set baju raya anak² dan satu set bahagian atas baju anak².  Baju raya saya pula 1 dah siap & satu in progress.  So kiranya dah lebih 12 helai baju berjaya dijahit tu...

Sibuk macam mana pun, memasak memanglah wajib.  Tahun ni saya memasak ikut stok yang ada di pantry & peti.  Mostly stok² lama dan baki² barang yang dah dibuka di Kina Kitchen sebelum cuti Ramadhan hari tu.  Antara stok yang banyak antaranya susu cair & susu pekat.  So.. laju aje saya try buat puding karamel tanpa telur ni... 

Ini yang saya masa kali kedua (baki puding semalam) coz masa kali pertama masak saya tak pastikan agar² powder tu larut sepenuhnya.  Akibatnya puding ni cair dan terdapat biji² halus agar² dalam tu!  Walaupun rupanya macam bubur, tapi tetap sedap.  Esoknya saya masak semula puding ni dengan tambah sedikit tepung kastad.  
Bagi saya memang sedap puding tanpa telur ni.  Rasa ala² puding caramel di IKEA yang saya suka sangat tu.  Lepas ni saya pasti akan cuba lagi sekali.  Kali ni saya akan pastikan semua serbuk agar² tu dah larut.  Actually ni first time saya guna agar² powder.  Saya sangkakan agar² powder ni senang larut macam jelly.  Tu yang laju je saya angkat dan sejukkan tu.  My bad...

Resepinya saya ambil dari FB ye.. :


Bahan bahan :-

3 sudu besar gula pasir (gula hangus)
1 Peket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1 cawan gula pasir (kalau tak nak manis boleh abaikan gula ni ye)
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair (400ml)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara cara membuat Puding Karamel:-

Taburkan gula pasir didalam loyang kemudian, masakan sehingga keperangan, kemudian goyangkan loyang tu supaya gula hangus tu sekata disekeliling loyang. Ketepikan
Kemudian dalam bekas lain susu cair, tepung kastard dan esen dikaucau sehingga tidak berketul.
Lepas tu satukan dalam periuk agar-agar, air, susu pekat manis, gula.
Kacau sehingga bahan-bahan masak mendidih, kemudian tuangkan kedalam loyang gula hangus.
Bila dah sejuk sikit, masukkan dalam peti ais.


Buat ye.. senang aje ni.  :)



0 comments:

Post a Comment