BULAN PUASA

Wednesday, June 15, 2016
Bulan puasa tahun ni takde banyak beza dengan tahun² yang sudah.  Cuma bilangan ahli yang berpuasa makin bertambah.  Alhamdulillah Ieqa dah berjaya puasa full tanpa skip.  Masa first day bukan main azab nampak keadaannya time berbuka.  Semua pun tak boleh makan.  By 9 pm barulah dia start boleh makan kuih² dan nasi.  Saya sangkakan esoknya dia dah tak nak puasa, tapi dia tetap degil nak berpuasa.  Mujrlah masuk hari kedua dia nampak Ok aje.  Siap boleh berlari² keliling rumah.  Boleh tahan energy budak ni ye.  Mama dulu darjah 2 baru lulus puasa full.. hehe.. 

Rutin menu kami satu jenis kuih, satu jenis makanan heavy (nasi, mee dll).  Biasanya dalam sebulan puasa sekali aje kami bawak anak² berbuka di luar (time shopping kasut raya) & sekali ke bazar.  Hari² lain memang menu ringkas begitu.  First day puasa kami balik Jengka, 2nd day puasa Mama buatkan Ieqa donut... NI gara² dia tak puas makan masa first day tu.  Saya cuba resepi dari FB.  Walaupun rasanya not bad tapi saya kurang suka dengan penggunaan yis yang amat banyak & kadar serapan minyak yang tinggi sebab doh yang lembik.  Jadi saya tak simpan lah resepi ni... 


Dohnya lembik macam cucur... Nak bentukkannya pun bukan main azab.  Tapi hasilnya memang gebu... 

Seronok kan tengok doh yang naik dengan jayanya... Ni antara part saya suka bila meroti ni... 
 Selain dari tu saya ada juga budat puding karamel.. Pun tak simpan resepi sebab saya prefer resepi puding karamel yang dulu² lagi...
Puding cocktail ni saya ambil resepi yang dah lama saya guna sejak dulu... boleh cari kat dlm blog ni ye... 

Hari ni kami makan lompat tikam & laksa utara.  Semalam saya buat triffle dengan spaghetti... Memang ringkas aje kan.. Alhamdulillah.. tiada pembaziran.  Semua habis dimakan... Cuma kali ni takde resepi baru yang saya nak share lah sbb kebanyakkannya saya refer resepi dari blog saya juga.  

Projek menjahit berjalan macam biasa.  Set dress untuk 4 beradik dah siap, sekarang nak siapkan set jubah pula.  Kalau ada kelapangan saya share info fasal jahitan ye.  Sementara ni saya share ajelah gambar² lama dalam handphone saya ni.  Aktiviti sebelum Ramadhan hari tu...

Aktiviti favourite anak²... ke Tasik Perdana bersantai² sekeluarga...


 


Tasik ni dah banyak ikan & kura²!  Memang seronoklah anak² bagi makan ikan kat sini
 Kebetulan Adik dari Penang datang ke Kina KItchen, kami ajak diorang layan Tasik Perdana sekali.  Bukan main sekronok semua orang hari tu...

 Kalau nak datang area ni, park kereta kat tepi Kelab Diraja Selangor tu ye.  Then turun ke kawasan playground seberang tu & jalan aje ikut jalan raya tu.  Sambil susur tu perhati kan tasik di sebelah kanan.  Kawasan ni tak jauh dari Taman Rusa.   Environment di sini lebih relax berbanding playground yang satu lagi.  Jarang sangat ada family di sekitar ni sebab kebanyakkannya bertumpu ke kawasan playground yang satu lagi tu.  Kalau sampai awal (sebelum jam 5) boleh masuk ke Taman Rusa for free.  Ada juga haiwan² lain dalam tu.  Selamat beriadah!



0 comments:

Post a Comment