Kelmarin saya buat pau ni. Saya guakan tepung gandum biasa aja. Alhamdulillah lembut hasilnya. Resepi ni saya ambil dari Tahrunnisah (FB). Saya memang geram tengok hasil masakannya. Kali ni kononnya nak try buat inti cendawan tapi saya start memasak last minutes sangat. Fresh cream dalam freezer & cendawan pun masih beku. Jadi tak sempatlah... Maka jadilah Pau inti kaya & Pau daging aje.
Dah kembang.. ready nak dikukus |
Siap! Habis dimakan hari tu juga. Yang ni Pau Daging, Pau Kaya ada satu loyang lagi... Happy tengok semua anak² makan sambil cakap sedap. |
Ehh.. dah melencong... Haa.. ni resepinya.. Nak lagi best masuk ke link ni ye tengok hasil kejadian pau nya. Meruntun jiwa you... Saya prefer pau putih mulus macam ni aje... tapi tumpang geram tengok pau cendawan diorang tu... Lagipun saya tak boleh berlamaan sangat kat dapur tu. Banyak keje lain lagi nak buat ni oiitt...
Resepi Pau Cendawan Laku Keras
Nak tak sekali video cara nak bulatkan dan licin kan permukaan pau?

Bahan A
350gm tepung pau
1 1/2 sudu besar shortening (shortening menjadikan pau putih)
2 sudu kecil double acting baking powder (sesuai tuk pau)
sedikit garam
1/2 sudu kecil bread softner (kalau takde takpe) kalau ada pau kita jadi lembut gebu je
1 sudu besar susu pekat

Bahan B
2 sudu kecil yis
3/4-1 cawan air suam
1 sudu besar gula
2 sudu kecil yis
3/4-1 cawan air suam
1 sudu besar gula
Caranya
1. bahan B dicampur bersama dan letak dlm satu cawan/bekas besar dan tutup permukaannya dan biarkan selama 5 mnt
2. Gaul Bahan A kecuali shortening digaul sebati terlebih dahulu dan masukkan shortening gaul sebati (seperti breadcrumb) baru tuang air yis sedikit demi sedikit . Uli sehingga tak melekat ditangan dan lembut .
3. Uli jangan terlalu lama ye..uli hingga adunan sebati je
4. Perap doh selama 15 mnt suhu suam2 je (perap doh pau ni mesti kene tutup kira takde angin boleh masuk..tak kisah nak perap dlm plastik ke atau tupperware atau tutup ngan kain lembap
5. bulat2 kan doh (dlm 25-30gm) kemudian leper kan ia dan masukkan inti dan tutup balik. dan bulat2 semula hingga permukaan tu licin dan alas atas plastik yg dipotong kecil. letak terus atas bekas kukusan tu tp jangan kukus lagi tau..saya terus letak atas bekas tu supaya hasil pau cantik bulat je. tak payah nak pindah2 bagai. buat sekali ngan stem (batang) cendawan skali ..ambil sikit buat bentuk silinder.
6. dah siap utk satu loyang kukusan terus sapu permukaan pau dgn berus. jgn nipis dan jangan terlalu tebal...
7. Perap adunan semula (tutup permukaan loyang) selama 20-25 sehingga pau merekah .saya taruk kat luar rumah
8. Sebelum tu kita harus panaskan dulu periuk kukusan kita . kukus pau selama 12 mnt dah siap buka penutup sikit je tuk keluarkan wap dulu kemudian baru keluarkan loyang kukusan yang ada pau tu..
9. buat lubang tengah2 celup stem (batang) pada adunan koko tadi dan masukkan dlm lubang ...buat sampai habis dan kukus balik selama 3 mnt. Sendeng pau mcm DlmGambar masa nak kukus balik tu ...Siap!

Inti Mushroom Cheese
2 biji bawang besar potong dadu
3 ulas bawang putih potong dadu
3 sudu besar minyak masak
2 keping dada ayam potong dadu
10 biji cendawan shitae yang dikembangkan dulu bagi lembut dgn air panas kemudian potong kecil2
garam
lada besar potong dadu
1 sb serbuk pati ayam

sos putih
1 sudu besar butter
1 sudu besar gandum
1 cawan susu segar
3 keping cheddar cheese
1 sudu besar butter
1 sudu besar gandum
1 cawan susu segar
3 keping cheddar cheese
caranya..
tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi dan masukkan dada ayam dan cendawan shitae serta serbuk pati ayam. biarkan sampai air nya kering ..perisakan dgn garam sedikit dan masukkan lada besar . tutup api

sos putih plak
panaskan butter dan masukkan gandum kacau sekejap
masukkan susu segar dan kacau lagi kemudian baru masukkan cheese..dah agak likat sos putih tu kita masukkan dlm adunan mushroom tadi kacau sekata masak shingga ia agak2 kering sedikit. biarkan ia sejuk baru boleh masukkan dlm doh.

sapuan koko (yang ni saya amik resepi dari kak Ida Osman
saya buat 1/2 adunan sahaja sbb terlalu banyak

sapuan coklat (yang ni saya dah kurangkan amountnya)
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk koko
5-6 sudu besar air
1 sudu besar serbuk koko
5-6 sudu besar air
(kacau sebati adunan ni dan guna berus tuk sapu pada permukaan cendawan nanti)
*tips
nak bagi pau licin
nak bagi pau licin
lepas taruk inti uli sehingga dapat permukaan yang licin
cara uli saya ada tunjukkan video
cara uli saya ada tunjukkan video
tutup periuk kukusan dengan kain yang serap air
time pau dah masak bukak sikit je dulu penutup kukusan supaya wap nya keluar dulu ..baru boleh angkat loyang kukusan tu..(periuk kukusan saya ada 3 bahagian satu bahagian air, satu lagi bahagian yang taruk pau dan last skali penutup)
Okay.. pasni resepi donut pula ye. Resepi last sebelum saya hadap projek jahitan pula...
0 comments:
Post a Comment