Assalamualaikum...
Last time saya dah share salah satu resepi Atkins saya. Masa tu saya tak explain pun lagi apa kaedah pemakanan Atkins ni. Malam ni pun saya tak boleh berlama²an di depan PC ni. Badan kurang sihat.. dah 2 hari ala² Selsema.. tapi tengahari tadi start sakit kepala, berat kepala, sakit sendi.. semua pun ada. Dahla hari ni first day saya re induction lepas 7 hari lupa diri kejap. Saya makan memang tak ingat punya.. start dari Rabu minggu lepas sempena Birthday Ieqa. Lepas tu terus tak berdiet sebab weekend tu pun saya nak balik kampung. Memang cadang dah nak cheat habis². Salah satu sebab kenapa saya cheat... saya dah capai 54.7kg masa tu. Means dah dapat normal weight. Patutnya masih ada stepnya sebelum kita belasah macam tu. Tapi saya dah muak & saya nak tengok, apa akibatnya kalau saya stop induksi & makan macam biasa kembali.
So.. saya kini ada pada berat 56+ kg! Rasa berbaloi ke tak tu? Kalau saya rasa ok aje sebab lepas cheating, bersemangat balik nak induction. Entah kenapa saya rasa kurang selesa dengan menu biasa... teringin tu ada, tapi bila makan rasa macam tak best mana pun... And then saya amat sensitif dengan benda² manis... so sepanjang cheating, langsung tak minum air manis. Bagi saya banyak betul kebaikan yang saya dapat dari pengalaman pertama saya dengan Diet ni. Mostly bab boleh kawal diri time makan dan paling saya suka... Air bergula (teh, kopi dll tu saya boleh buat tak heran aje walau dihidang depan mata).
Ok.. berbalik tentang Fasa induksi ni. Saya nak story sikit aje... basic. Nak detail boleh google sebab saya taklah arif mana. Saya follow Group Atkins dekat FB dan sikit sebanyak 'terfaham' sendiri konsep diet ni. Nota² pun adalah saya baca gitu². Cara saya memang lain sikit.. saya lebih percaya kepada faham konsep & cuba fahami keperluan badan kita juga OK. Kena faham Atkins ni melarang pengambilan GULA walaupun sebiji kerana bila kita makan gula, badan kita akan keep on bakar GULA instead of fat. That's y dalam Atkin, penurunan tetap ada walau tak exercise sebab kita makan kalori yang kurang dari keperluan badan. Jadi nak tak nak, badan kita kenalah gunakan lebihan lelemak tu. Ni lebih kurang la ye.. Rasanya boleh faham kan?
Maka.. semasa induksi apa yang boleh & tak boleh ?
1. KESEMUA JENIS KARBOHIDRAT - Tepung, nasi, pasta, kentang, mee dan lain² tu. Jadi kalau ada yang tanya.. Maggi boleh makan tak? Sorry.. malas nak jawab! As simple as that... Maggi tu dibuat dari apa? Sama juga Ayam Goreng KFC... Boleh makan ke? Boleh.. tapi kopeklah kulitnya tu. Jadi faham² sendiri la ye.
2. GULA - Sesudu ke, sebiji ke... tak boleh!!! Sampai bila tak boleh ambil? Kalau boleh sampai bila² pun. Takde apa² khasiat yang kita dapat dari Gula melainkan 'penyakit'. Kalau orang cakap tak ambil gula, mana ada tenaga... Suka atilah... Malas lah nak explain panjang lebar. Saya sendiri pernah kena diabetes masa mengandung, pakar pemakanan pun dah reveal tentang GULA ni. Pendek kata.. memang TAK PERLU langsung. Tapi tipulah kalau kata saya akan stop ambil gula. That's why saya masih bereksperimen dengan badan saya sendiri. Oh ye satu lagi.. Bab gula ni memang kena hati² terutamanya kalau makan kat luar. Jangan pelik kalau u all dah pilih makanan yang selamat dalam Atkins tapi berat statik. Gara² hidden sugar dalam sesuatu makanan tu. So apa juga sos², kicap semua tu elak lah ye.
3. AIR - Pastikan anda ambil cukup air. Kadar air yang dicadangkan 1liter untuk setiap 25kg berat. Macam saya perlu minum 2.5liter air aje sehari. Kalau dah biasa takdelah susah. Plus sejak ber Atkins saya memang rasa dahaga sangat. Masa awal² saya kira berapa cawan air dah yang saya minum. Tapi lama² malaslah... hehehe... Saya tengok aje warna air kencing. Kalau clear.. haa.. okaylah tu. Kalau nampak ada kuning²... saya minum banyak sikit. Oh ye... satu lagi air ni menyebabkan kita kenyang. Contoh.. rasa lapar sangat... haa.. cuba minum air segelas... kadang² terus tak rasa lapar dah. Bukan apa.. body kita ni sometimes dia tak tau nak bagi sgnal juga. Sebenarnya dia dahaga, tapi kita assume dia lapar. Tak caya? Test dulu Okay
4. PROTEIN - Dalam Atkins protein lah yang menyumbangkan paling kurang carb. Ayam, telur... carb nya ialah 0. So bolehlah makan banyak²? Makan sampai kenyang tersandar kaann. Pada awalnya itulah sangkaan saya. Tapi logically... kalau kita belasah ayam seekor sehari you all rasa healthy tak? So bila timbul persoalan macam ni... pasti kita boleh pertikai.. Atkins ni selamat ke? Ada juga mengadu kencing berbuih lah.. apelah. Please... jangan bebankan badan anda. Bagi saya banyak mana nak makan protein ni mudah aje... pastikan anda ambil protein di setiap hidangan. Saiz protein tu pula kekalkanlah berapa banyak protein yang biasa orang makan sekali. Cth... breakfast bolehlah layan telur sebiji dua, lunch Ayam seketul dua, dinner pun sama.. Kalau ikan kembong okaylah seekor, kalau ikan kecik, ambillah 2 ekor. Maksudnya tak perlu berlebih²an. Makan seadanya.. Jangan bimbang korang lapar tau. Bila dah buat Atkins.. pasti terjadi magik. Susah nak saya terangkan... nanti slowly saya membebel dalam entry lain pula ok.
5. LEMAK - Haaa.. takut lapar kalau diet kan? Kalau kita lapar... risiko untuk kita tewas amatlah tinggi!!! Dalam Atkins.. jangan sesekali ditinggalkan LEMAK. Lemak ni lah yang menyebabkan perasaan kenyang tu bertahan lama. Konsep ambil lemak ni sama juga macam minum air.. Lagi banyak kita minum, lagi banyak juga body keluarkan air. Kalau you all kurang minum air, body akan simpan bekalan air dalam bdan kita tau. So berat tak banyak yang turun. Sama juga kalau kita tak ambil lemak. Body akan simpan leklok lelemak kita tu. Tu yang wujudnya plateau (berat statik). Tapi plateau ni ada banyak punca.. yang tu kita cerita lain kali. Pendek kata janganlah makan telur rebus, sayur rebus, ikan bakar/rebus. Boleh ambil sumber lemak seperti minyak, butter (pure butter ye, tak mau twincow, buttercup dll tu), UHT krim, cheese (2,3 keping), santan. Untuk santan dan whipped cream dan butter tu limitkan 2-3 sudu sehari. So kalau you all buat Masak Lemak cili padi, boleh aje makan isinya. Janji kuah tu jangan hirup lelebih.
6. SAYUR-SAYURAN - Kalau takleh ambik carb dari nasi, mee, tepung dll tu... mana sumber carb kita? Since dalam fasa induksi ni kita boleh makan sehingga 20gram carb, maka sayur adalah penyumbang kepada 15gram carb kita tu. Pendek kata.. makan lah sayur² dengan banyak untuk kenyang. Bersukat sepatutnya.. Tapi sayuran hijau, amat selamat kalau dimakan 1-2 cups permeal. Sayur lain yang biasa dimakan dalam Atkins - cauliflower, brokoli, cendawan, kobis, tauge, timun dll. Tomato boleh ye (sebelah or 10biji yang jenis cherry). Sengkuang pun boleh... Sayur ni fungsi dia untuk memudahkan proses pembuangan juga. Jangan panik kalau tak membuang dalam Atkins ni. As long as minum air secukupnya dan ambil sayur dengan banyak, should be no problem kay. Sejak beratkins saya hanya membuang seminggu sekali mcm tu or tiapkali cheat.. hehehe.. Kenapa kita tak kerap membuang? Ni topik lain pulak nak kena story... you all google ajelah ye... hehehehe...
Okaylah.. panjang lebar dah kisah pasal pemakanan dalam Atkins ni. Kalau tak sure lagi, boleh Google aje. Saya just bagi simple guide lebih kurang aje ni. Dari segi pemakanan saya sendiri saya tak strict macam kat atas. Yang tu you all pandai² la ye... lepas 2 weeks inductions try study apa yang you all boleh dan tak boleh. Saya sendiri sebenarnya tak buat Atkins 20 sepenuhnya selepas terjumpa info tentang Atkins 40. Atkins 40 lebih lenient tapi kena berhati² sikit takut terbabas makan. Untuk buat Atkins 40 pula ada juga syarat²nya. Yang tu kena cari sendiri... Mak Cik dah tak larat ni... hehehe...
P/s : 2 MINGGU FASA INDUKSI ADALAH WAJIB sebab dibimbangi berat yang turun tu bukanlah lemak tetapi air! Semasa 2 minggu fasa indukti, try buat clean diet (elak makanan diproses macam daging burger, sosej, or makan kat luar). Buat se 'clean' yang boleh kay. Jangan terkejut kalau dapat penurunan 1kg sehari tau!
Atkins ni ada 4 fasa tau. Pendek kata bila dah dapat normal weight slowly kita akan belajar cara pemakanan yang betul sesuai dengan keperluan badan kita. Saya sendiri sedang belajar bab ni ke atas badan sendiri. Selamat bereksperimen!!!