Assalamualaikum...
Hari tu dah buat entry tentang kejayaan daku dapat balik normal weight. Tapi entry tu hilang lesap begitu aje gara² PC tua ni. Masa start buat tu berat saya 63kg lebih dah. Tak boleh jadi... Makin rimas.
Berat terkini.. Berat ideal saya 52kg to 55kg. So saya still go on lagi dengan diet sampai ke 52kg kot... |
Saya study bila saya ber Atkins berat saya secara purata turun 500gram sehari. Everyday saya sukat tu... hehehehe... Time timbang berat pon saya pastikan sama. Kalau tak cheat, by week 3 dah dapat dah berat ideal ni. Tapi saya dapat berat ni selepas sebulan (7x cheat sepanjang tempoh tu). Nantilah saya story pasal apa kesannya bila cheat ye. I'm very tired malam ni... nak rest dulu
Sebenarnya lama dahpun saya menyimpan impian nak ikut jejak langkah berAtkins. Sebelum ni sebab breastfeed.. lepas breastfeed, melengah² lagi. Masa breastfeed boleh buat, tapi start dari fasa 3 or 4. Tapi saya tak nak, takut tak turun banyak... hehehe.. Biar susah sikit, janji result nya cepat. Kalau turun sekilo seminggu misalnya, mesti kita rasa hopeless dan putus asa.
Saya tak susah hati nak tinggalkan nasi, roti dan sebagainya tu. Paling susah hati, banyak resepi saya takleh try. Mostly kuih muih la kan... huhuhu... Saya ni dah la pantang nampak makanan sedap. Mesti nak cuba buat.
Akhirnya saya nekad juga nak cuba. Selagi belum cuba mana nak tau kan? Saya juga hampir tewas pada hari KEDUA. Tapi mujurlah saya nak juga bertahan, at least sehingga 3- 4 hari kerana nak merasa apakah itu ketosis. Yang ni pun saya cerita kemudian ye.
Awal² tu menu saya simple² aje, sup sawi (saya masak dengan bilis dan telur). Sup bayam saya masak dengan udang matchkan dengan ikan goreng etc. Breakfast saya biasanya omelette sebab saya tak suka telur rebus, telur mata, telur separuh masak... Kiranya saya bukanlah pecinta telur. Saya hanya makan telur yang dah ditambah perisa. Ni contoh...
Ulangi step atas tadi... |
Gulung dan makan!!! |
0 comments:
Post a Comment