ATKINS - CUCUR ATKINS

Thursday, January 26, 2017
Saya update resepi Atkins lagi ye malam ni.  Ikut turutan gambar dalam Handphone saya supaya tak miss out.  Nak ikutkan ada juga resepi biasa & tutorial baju saya nak share.  Tapi one by one lah ye. Resepi cucur yang saya share ni boleh diolah untuk dapatkan pelbagai rasa.  Macam cucur biasa yang kita makan tu juga...


Masa awal² saya buat macam ni... Gabungkan isi ayam, carrot dan cendawan kemudian kisar.  Carrot tu kena hati²sebab kontroversi sikit.  Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh.  Kalau nak selamat jgn ambil masa 2 weeks tu.. 


Then saya tambah hirisan daun bawang, telur, lada sulah & garam



Dah siap...

Gorenglah macam cucur...

Kalau breakfast, saya makan cucur ayam tanpa vege.  Tapi kalau untuk lunch and dinner saya tambah extra vege...

Kali ni saya guna cauliflower & bilis

Mulanya saya cuba buat cucur bilis dengan cauliflower.. Tapi kurang best.  Last² saya tambah isi ayam... Waahh.. sedap!!!! Lagi sedap dari cucur tanpa cauliflower

Ini pula kombinasi udang kering, isi ayam, cauliflower, telur, jintan manis, lada merah, bawang, lada putih & garam.  Tapi saya kurang suka pulak... Saya rasa kalau udang kering diganti dengan udang segar & buang jintan manis, pasti lagi sedap!!
So... dengan isi ayam tu, you all boleh jadikan pelbagai jenis cucur.. atau nak jadikan nugget aja pun boleh.  Tapi kena hati² dengan penggunaan bawang dan carrot serta cili tu ye.  Macam saya sekali bancuh untuk makan beberapa kali.  Kadang² separuh tu pulak habis dimakan Ila.  Biasa saya makan 5-6 ketul or max 10 ketul.  Ok dah.. kalau dah dapat ketosis, memang takkan rasa lapar.  Don't worry kay... The worst part masa buat induction ni ialah 2,3 hari pertama tu.  Kalau you all berjaya melawan cabaran tu, kemungkinan besar diet anda akan berjaya.


0 comments:

Post a Comment