Koleksi Raya - Day 4 (Raya ke-5)

Thursday, September 22, 2011
Hari keempat kami habiskan dengan menghadiri & mengikuti acara kenduri sepupu.  Seronok dapat jumpa saudara mara & sepupu yg jauh.  Bukan selalu ada peluang macam ni.  Lepas solat zohor kami berkira² utk bertolak.  Saya & fams bercadang utk ikut jalan Gerik utk elak jam.  Hari ni sabtu, kami anggar orang sudah mula bergerak pulang ke destinasi masing².  Semua orang ragu² sama ada nak ikut hughway atau ikut jalan kami.  Tapi saya dah warning awal², jangan mengadu tak larat kalau ikut kami nanti.. hehehe.. Not & family dah surrender awal², tak mau follow kami dah.

Kiman ajak kami ke Muzium padi.. last² keluarga saya & Abang Mi sekeluarga (Abg Sulong) sahaja yg ikut.  Sepanjang perjalanan deretan kereta menghala ke highway amatlah banyak.  Semakin bimbang saya memikirkan journey kami nanti.  Sebelum sampai ke Muzium Padi, kami melalui kawasan Gunung Kerian.  Saya ternampak tangga yg amat tinggi (seolah² menara) & disambung terus ke dalam gua.  Wahh!! Pasti saya akan datang semula utk teroka Gunung Kerian.  Kali ni tak bolehlah.. usia kandungan baru beberapa minggu, berisiko jika saya panjat tangga & teroka gua yg tinggi macam tu..

Sampai di Muzium Padi.. jam sudah 4.15 ptg.  Rupa²nya muzium ditutup pada pukul 5.00.  Tapi Kiman laju je beli tiket, so kami pun masuk jugaklah...


Muka seorang bakal ibu menanggung loya... 

 Apa yg bestnya dengan Muzium Padi ni?  Haa.. jawapannya pada lukisan yg dipamer di tingkat paling atas muzium ni.  Masuk aje muzium tu, terus panjat tangga ke atas, akan ada satu pelantar bulat yg amat besar beserta tempat duduk.  Pelantar ini akan bergerak perlahan & akan membuat pusingan penuh utk kita nikmati lukisan tu.  Memang cantik, kita rasa seolah² kita berdiri di atas tempat yg amat tinggi & melihat seluruh Alor Setar dari situ.
Pelantar ini sedang berputar perlahan utk pengunjung nikmati lukisan di belakang tu..




Hahhh!!!
Keluar dari Muzium Padi, saya ajak suami singgah sekejap di sebuah kedai makan.  Asyik singgah makan aje la kami ni kalau travel. 
Inilah yg menarik perhatian saya.. Mee Rebus.  Dah lama saya teringin nak makan tau.. Nampak aje  restoran jual mee rebus, terus ajak singgah.  Tiha order Mee Goreng (xde pula gambarnya, rasanya ada snap)... rasanya OKlah.. cukup utk lepaskan gian.. heheh.. 
  Dari Alor Setar ke Gerik, jalan terbaik ialah naik highway semula.  Saya yakin jalan lama dari Alor Setar ke Sg Petani akan sesak.  Sepanjang highway, kami kebosanan (maklumlah kami tak suka jalan yg terkurung macam ni).  R&R toksah cakaplah.. parking full, siap kereta terpaksa que utk masuk.  Saya memang dah sediakan stok mknn & minuman siap² in case sukar utk kami berhenti nanti.

Sebaik sahaja tiba di Sg Petani Utara kami keluar & tuju ke arah Hospital Sg Petani.  Kami teruskan perjalanan sehinggalah terjumpa signboard Baling.  Makin lama kereta makin berkurangan, tapi bagi kami, still lebih banyak dr yg dijangkakan.  Namun sebaik melepasi Kuala Ketil, jalan raya terus menjadi lengang.  Sunyi sepi dengan suasana hutan tebal & gelap.  Kami membuat pilihan yg tepat.  Perjalanan langsung tidak diganggu kenderaan lain.

Sampai di R&R (tak pasti namanya) kami singgah solat & tukar pakaian anak².  R&R di sini jauh bezanya dari R&R highway biasa.  Tiada stesen minyak, tiada tempat makan, parkingnya pun becak & bertanah merah serta airnya pun disedut direct dari sungai di belakang sana.  Macam mana saya tau..?? Haaa.. air malam tu warnanya kuning keorenan, berselut & amat sejuk.  Kami terjumpa dengan Abg Mi di sini (Abg Mi follow kami selepas tengok highway sesak).

Frankly perjalanan teramatlah jauh berbanding ikut jalan biasa (highway atau jalan lama).  Kami tiba di Kuala Kangsar jam 12.00 malam.  Kira² 4 jam perjalanan dari Sg Petani ke sini.  Jika ikut jalan lama or highway, 2 jam pun dah sampai.  Tapi kami tetap happy sebab tak perlu bersesak dgn org ramai.  Kami dinner kejap di Kuala Kangsar, Abang Mi pula terus naik highway ke KL.

Di Kuala Kangsar kami singgah makan di Restoran Benteng (tepi sungai).  Inilah pengalaman paling buruk bagi kami. Servis, air & makanan amat mengecewakan.  Kami tidak akan sekali² singgah makan di sini lagi.  Nasi goreng kampung rasa pelik, nasi goreng paprik pun sama.  Supnya.. lagilah... tulang tu kalau baling anjing, mau kojol terus.  Serik sungguh...

Lepas makan kami terus ke Sg Siput, Ipoh & Tapah.  Sepanjang jalan suami teringin nak naik ke Cameron, tapi Abang Mi dah bgtau nak tumpang bermalam.  Kempunanlah dia.. hehehe.. (tak reti penat ke??).  Kami sampai di KL sekitar 5.00 pagi. Abg Mi dah tiba & sedang menunggu.  Dia agak terkejut kerana kami tiba awal (kami singgah di KK lebih dari sejam kerana mencari tempat makan & servis yg slow).  Plus dia pula naik highway... Kami maklumkan... hanya ada 1 kereta yg bermain kejar² dengan kami sepanjang jalan tadi.  So.. perjalanan memang tersangatlah lancar.

Journey kami berakhir di sini.  Deep inside masih tak puas.  Deep inside juga, teringin nak travel ke luar dari Malaysia pula.  Sudah jenuh satu Malaysia kami jelajah.  Someday...

1 comments:

{ amie } at: September 22, 2011 at 6:44 PM said...

kerbau tu nampak macam betul....

Post a Comment