Nasi Afghan step by step

Monday, February 25, 2013
Nasi Afgah ni jadi nasi favourite suami.  Lepas makan nasi ni, dia tak mau lagi dah nasi beriani semua tu.  Baru-baru ni saya ada try masak nasi briyani ayam yogurt tapi nampaknya nasi afghan tetap di hati dia.  Nasi Afghan yang kat bawah ni saya masak lama dah pun, baru sekarang saya rajin nak upload.. hehehe.. Untuk full recipe, boleh refer pada entry lama saya kat sini.

Saya buat nasi ni sebab nak perabiskan stok steak liat dalam peti beku.  Steak tu saya buat dengan daging korban, entah macam mana liat bukan main.. hehehe.  Saya rasa bahagian daging yang saya guna tu tak sesuai utk steak.  Sayang nak buang, saya bekukan dalam foil.  Akhirnya, berjaya juga daging tu dihabiskan.  Since dagingnya ada 3 ketul aje, saya letak juga ayam, nanti tak cukup plak lauknya.  Daging yang liat tadi tu bukan main sedap lagi lepas digoreng & dibakar pula.  Siap tak cukup plak sbb berebut nak makan daging tu.  Tapi daging tu saya potong nipis-nipis sebelum dihidang sbb sisa liatnya masih ada lagi.  Disebabkan sedap, tak cukup plak dagingnya!!

Saya tumiskan 2 biji bwg besar sampai caramelised (warna keperangan) kemudian masukkan ayam, stok ayam serta garam. Masak sampai kuah memekat & ayam masak.  Keluarkan ayam, tambah 2 sudu serbuk jintan putih, 5 biji pelaga, 1 kiub ayam & secawan air. Masak sampai pekat sedikit & perasakan
Once dah masak, saya asingkan ayam dari kuah tadi

Sambil tu saya goreng kismis dalam olive oil, tambah  carrot & almond.  Since takde stok almond yg potong panjang tu, saya guna almond yg kecik-kecik ni aje.. (lebihan buat pretzel).  Tambah sedikit gula jika suka.  Saya letak 1 sudu besar..
Ketepikan sayur tadi & rebus air agak-agak tenggelam beras.  Beras basmathi tu direndam dulu 1/2 jam.
Tambah garam & beras bila air dah menggelegak.  Masak beras tu sekejap, agak-agak 3/4 masak.  Kalau digigit tak terasa dah berasnya sangat.  

Saya masukkan nasi ke dalam kuah ayam tadi & gaul rata
Transferkan dalam casserole or apa-apa pembakar.  Rasakan dulu garamnya dah cukup ke tak, kalau perlu adjust mana yang patut.

Susunkan ayam tadi & letak sayur dalam foil seblm disusun sekali.  

Tutup bekas membakar & bakar pada 240c 15min kemudian turunkan temp ke 180c & bakar lagi 15 min.  
Ini cara saya le.. kalau ikut sumber resepi asal tu, lagi complicated.

Kalau malas nak buat mana-mana cara ni bolehlah masak kuah dgn ayam macam biasa & tanak nasi gunakan kuah tu macam biasa.

Tapi bagi saya, bab nasi ni dibakar tu yang buat nasi ni special & sedap sangat.  Suami saya suka sangat nasi ni.  Tiapkali buat bukan main excited dia makan.  Siap dok mention dekat Mak Mertua, raya lepas Mak Mertua request, tapi saya tak dapat nak buat sbb kalau nak masak banyak sangat bimbang tak sempat aje.  Ovenku kecik sangat.  Nak masak kat rumah Mak Mertua segan jugak sbb nanti berkecah dapur dia saya kerjakan.. hehehe...

1 comments:

{ Aisy Nasiha } at: February 25, 2013 at 9:19 AM said...

kagum tul saya...

Post a Comment