Anak notti Mama yang sorang ni dah 2 1/2 tahun umurnya. Memang dari lahir, saiznya kecik dari Kakak² & teramat aktif berbanding yang lain. Budak kecik ni terlebih berdikari sikit, misalnya seluar bajunya jangan harap kita boleh pakaikan or bukak kan! Dia nak pilih & pakai sendiri. Sometimes dah elok berbaju, dia bukak semuanya sampai togel. Bila dah makin besar, makin ketara sikap terlebih berdikarinya tu. Sampaikan diapernya tu pon nak dipakai or dibuka sendiri juga!
Bila Mama dah nak dapat baby, memang risau kan dia. Berbanding dengan Ieqa dulu (Ieqa pun sama umur dengan Misha time dapat Adik), Misha still nampak tak faham dia akan dapat Adik (or buat² tak faham)... Ieqa dulu awal² lagi dah bagitau dia nak jaga baby... jadi Mama tau dia akan jaga baby dia. Tapi Misha ni... hmmm... Mama bimbang sungguh! Kebimbangan Mama jadi kenyataan sebab hari pertama bawak balik baby ke rumah, dia dah berjaya tunggang & golek²kan baby! Baru berapa minit Mama curi² ke toilet... boleh dengar Kakak² menjerit... Berlari Mama keluar. Rupanya dia dah turun dari atas baby sebab Kakak² marah, dia tengah tolak² baby untuk golekkan.. dia cakap 'ulat'... Kuss.. semangat Mama...
Baik depan camera je ni... |
Tengah bagi broccoli duduk... |
Tak menyabar nak ambik favourite fruit dia.. grape!! |
Sentiasa meneman baby... Lega Mama tengok dia dah pandai jaga baby sekarang ni... |
Kakak kesayangan & juga mangsa buli dia.. hehehe... |
Tapi.. dah namanya Misha... kita ajar A... tiba² dia boleh buat C! Dalam saya dok susah hati tu, 2 minggu lepas, terjadilah sesuatu yang tak dijangka. Time tu saya di dapur.. tiba² je saya dengar dia dok jerit.. "Mama.. Dah!!".. berkali² dia dok cakap DAH!! Apa lagi.. berlari Mama cari dia keliling rumah... Bila dia cakap dah & panggil Mama.. pasti dia dah buat sesuatu yang drastik & perlukan bantuan! That's y Mama panik.
Rupa²nya dia atas toilet bowl! Terkangkang atas tu sambil tunggu Mama basuh! Ya Rabbiii... nasib baik tak jatuh dalam tu. Dia panjat dengan kerusi & support dengan tangan di tepi toilet bowl. Bayangkanlah macam mana dia nak panjat & kangkang sendiri atas tu. Dahle dia ni kecik aje badannya. Since that... dia dah tak nak pakai diaper!... Macam tu aje.. terus berhenti! Mendadak betul.. Sungguh Mama tak sangka.
Tapi the first week tu ada juga sekali sekala Mama pakaikan diaper bila Mama bz sangat, bimbang jugak kalau dia terlepas. Sekarang ni, memang dia yang langsung tak nak pakai. Cuma bila dia terlelap, kami pakaikan jugaklah, bimbang dia terkencing dalam tidur.
Apapun.. lega sangat sebab dia sendiri yang volunteer berhenti tanpa Mama susah² nak train or marah² lagi dah.. hehehe... Officially dia berhenti pakai diaper at the age of 21/2 years macam Ieqa!!. Memang tak disangka² kan???
2 comments:
Wah.. very good Misha.. bijak budaknya ni. Tahu berdikari seawal 2 tahun setengah. Saya cuba juga dgn Nazif masa awal tahun hari tu, masa tu blm 2 tahun sb tgk dia asyik tanggalkan pampers je.. tapi xtahan sb dia xpandai bagitahu bila nk membuang..suka bogel je masa tu.. jadi skrg masih pakaila. Entah bila nk cuba lagi. Rasanya nk try freediapers kan Nazif ni masa cuti bln 12 ni.. tahniah Misha..
Memang x dijangka budak ni. Awal2 hari tu susah hati juga saya sebab dia mmg akan panjat sendiri, ltk lapik toilet utk budak2 tu langsung dia x nak. Pernah pun dia duduk tanpa turunkan tempat duduk.. Tapi sekarang ni saya terpaksa biarkan aje sbb dia mmg tak suka dibantu. Nak buat mcm mana, mmg dah mcm tu perangainya dr kecik.. Hehe
Post a Comment