KISAH IEQA

Thursday, October 23, 2014
Ieqa ni dari kecik memang kuat membebel & kuat bertanya.. volume suaranya pula.. Haiii.. boleh pecah gegendang telinga.  Tapi tu kalau dengan family lah... Kalau ada orang, nak angkat muka pun takut.  Ieqa bukan kaki kartun or tab macam Tiha.  Tiha ni kalau tak ditegur,  boleh hadap tv or tab tu sepanjang hari.  Ieqa pulak, suka berimaginasi & berkarya... hehehe... 

Tiap² hari Mama kena kebalkan diri dengar soalan bila dia boleh pergi school.  Mama memang malas nak hantar sekolah selagi belum 5 years old.. Bimbang excited time awal² aje .. :P.  Jadi kat rumah, dia 'belajar' sendiri.  Cthnya.. ABC & 123 ... Tup².. dia boleh baca & kenal sepenuhnya walaupun Mama tak pernah ajar.  Mungkin juga dia banyak tengok Tiha buat homework & suka bertanya, jadi slowly dia boleh kenal semua tu.  Since dia suka sangat nak 'school' jadi dia ada beg sekolah, warna & set menulis.  Bukunya pula saya bagi buku Tiha yang berbaki dari darjah 1 dulu... Ni antara hasil seni Ieqa dari buku tu...
Ieqa cakap dia lukis rumah bentuk round then rumah tu keluar smoke.

Ieqa lukis Banana (Minion yang digelar banana oleh Misha)

Ieqa cakap ada mouse nak makan cheese, pastu ada orang.... hehehe...

Ni aktiviti terkini dia - bertungkus lumus mewarna. Coloring Book ni dia dapat semasa Birthday kawan Tiha baru² ni... 
Harap² Ieqa serajin macam ni time sekolah nanti ye.. Jangan dah masuk sekolah, homework semua nak kena tunggu Mama menjerit tanya, baru kelam kabut nak buat!!!


0 comments:

Post a Comment