Hari ni check up di Pusat Pakar HUKM dengan Prof Lim. Mujurle Tiha cuti sempena UPSR, kalau tak memontengla jawabnya. Wawan dah berlepas ke Mekah semalam (bukan dgn Tabung Haji) so takde la tempat transit kalau Mama & Baba nak ke mana-mana...
Bukan main lama nak dapat turn tadi. Ramainya org.. Bila sampai turn, jam dah dekat pukul 2. Maka tak jadilah saya nak berbual panjang dgn Prof Lim tadi, mesti dia pun dah letih & lapar termasuk anak-anakku... Tu pon jenuh bukan main nak terlepas, ada je benda nak dipotpet kan Prof Lim tu.. Hehe.. Memang tak habis kalau dilayan berborak. Apapon syukur semua ok, pap smear pun dah buat. Esok plak nak kena ke KKIA check up 2 bulan baby gemoks... Ahakss..
Berapa la berat baby ni yea.. Tembam semacam dah.. Tengok tu, kemain lazy lg dia.. Macam baby koala je.. Berat sebulan aritu dah 4.5kg |
Kat bawah ni makanan weekend lepas.. Saja nak ulang tayang.. Antaranya bergedil daging...
Bergedil daging.. Kombinasi kentang goreng, daging kisar, bawang goreng, lada sulah dan garam. Gaul rata, bentukkan, celup telur dan goreng dengan api perlahan.. Terangkattt.. |
Yang ni bakinya.. Saja buat extra.. Saya simpan dalam freezer kejap bagi keras tgen transfer dalam plastic container... |
Weekend ni juga saya ada buat red devil cake yang moist & sedap tapi semudah ABC prosesnya... Resepi search dalam blog ni ye.. Susah nak tepek link sbb saya update pakai hp je ni. Tak terror lagi.. Hehehe..
Topping ni saya gunakan coklat dan susu segar aje coz tak sempat nak defroze uht cream dlm freezer tu. Buat ni untuk Mak Mertua sebelum dia berangkat ke Mekah |
Sejukkan kejap dalam peti & bersedia untuk dipotong... Harap-harap Wawan enjoy makan kek ni. Dah lama Wawan bagi hint teringinkan kek ni.. |
Nak titun dgn baby gemoks ni.. Nitee
0 comments:
Post a Comment