Weekend yang boring.. Nak ke shopping complex, mcm bosan je. Nak ke park, bimbang hujan. Skrg ni petang² memang hujan lebat aje. Last² time keluar dinner di Pelita Sri Hartamas, kami melencong ke KLIA 2. Saja nak bawak budak² ni berlarian² di sana. Mama & Baba tak sampai lagi ke sana... (ada ke bawak anak² makan angin kat airport.. hehehe..)...
Sampai aje, heret semua kanak-kanak ribena ke washroom dulu. Masa ni Misha dah tertido tak sedar apa...
|
Bilik baby... Ila pon nak tukar diaper jugak kan... |
|
Ahli baru yang suka berjalan jugak... kalau berjalan, mmg tebelalak mata tengok sekeliling |
|
Terkagum tengok 'kolum' sempena Deepavali |
Mujurle KLIA 2 ni tak sesak macam LCCT dulu. Memang happy la budak² ni dapat berjalan/berlari dalam ni.
|
Misha masih lagi tidur... kalo dia tak tido ni.. lagi havoc |
Then kami naik ke departure untuk tengok runaway & kapal terbang. Dah sampai di runaway barulah kami kejutkan Misha. Masa ni dah 12.30malam. Mula² lalok² jugak dia.. tapi bila dah terbukak mata tengok tempat 'baru'.. hilanglah mengantuknya. Budak² ni jenis tak menangis kalau dikejutkan dari tidur, tu saya tak bimbang sangat.
|
Haa.. tadi tidur sampai tak nak bukak mata.. bila bangun.. dia la paling laju lari sana sini |
|
Kak Misha dah turun stroller, baby plak take over. Tidur² ayam je ni... lepas tu dia bukak mata semula... |
Dah lebih dua jam kami di sini, lepak² minum² lagi seround, barulah ajak budak² yang tak reti nak habis bateri ni balik. Masa ni dah hampir 1.30 pagi.. masing² macam keberatan je nak balik. Tapi Mama & Baba paksa jugak... bukannya korang boleh naik airplane pon kalau dok lama² kat sini anak² oittt!!
|
On the way ke parking, tersangkut plak tengok orang setting 'kolum' yang baru... Ieqa sibuk begging mintak stay lagi.. NOO!!! Mama & Baba yang dah tak larat!!! |
Akhirnya berjaya la jugak kami mengheret kanak² balik. Dalam kereta tu masih sempat tengok kapalterbang yang berterbangan, bila dah jauh sikit, Mama announce dah takde kapal terbang. Tak sampai beberapa minit.. semua dah berdengkur!!!.. hehehehe... Sampai di rumah dah pun jam 2.30a.m.. Nak tak nak semua kena bangun semula, kerabat tangga rumah yang nun di tingkat 3. Jangan menrungut ye semua.. Nanti Mama & Baba tak nak bawak jalan² lagi dah... (sebab tu diorang tak pernah merungut or melalak bila dikejut dari tidur, coz takut Mama & Baba tak nak bawak jalan.. ehhehehe..).
0 comments:
Post a Comment