UKMSC & PROJEK MEMBEKU...

Wednesday, September 10, 2014
Budak² ni happy je kalau ke UKMSC ni.. Banyak pot bermain diorang... Ni sementara menunggu Tok Wan ke lab sebelum jumpa Pakar Gastro.. 
Jumaat lepas kami ke UKMSC lagi bawak Ayah yang ada appointment dengan Pakar Dr Ngiu.  Alhamdulillah.. result x-tray, ultrasound & echo Tok Wan semuanya ok.  Lepas ni tak perlu datang jumpa Dr Ngiu lagi dah, just follow up dengan Pakar Endokrin aje.  Pakar Endokrin yang Tok Wan jumpa kat sini Prof Laila... frankly saya kurang berkenan dengan cara Prof ni.  Rasa takde mood nak bertanya... Mujurlah Ketua Jururawat yang memberi penerangan tentang penjagaan diabetes tu very Ok.. Nampaknya Tok Wan dah makin faham apa fungsi insulin, penggunaannya yang betul, cara guna glukometer dll.  Harap² Tok Wan dah pandai kawal diabetes dia dengan baik... :)

Dah lama tak update tentang makanan... Maklumlah saya sekarang memasak benda² yang ekspres aje... Itupun kadang² kena tunggu Suami ada kat rumah.  Kalau tak, baru start nak menumis.. ada la si kecik melalak mintak susu la.. mintak riba la... haiisshh.. Tu yang Mama takde mood nak mengadap dapur lama².
Nampak macam burger patty... tapi ini daging kisar yang saya gumpal 100gram each... Antara projek membeku terkini...
Dah lama saya berazam nak buat stok mince meat sendiri.  Saya minta Suami belikan daging segar dari pasar malam (tanpa lemak) & gunakan food processor untuk mencincang.  Saya kurang berkenan daging kisar yang dibekukan tu (brand Ramly)... nampak dagingnya dah pucat lesi & teramat berlemak!  Jadi saya kena mula buat projek membeku daging kisar pula.

Daging ni sekilo.. jadi saya gumpal 100gram each supaya senang nak diguna pakai nanti.  Lepas ditimbang, dapat le 9 ketul lebih sikit (kurang dari 1kg???).. Saya bekukan satu² (jarakkan) selama sejam & transfer dalam bekas. Bila nak pakai nanti saya ambil je la berapa ketul yang perlu... Tak sabar ni nak memasak guna mince meat ni... hehhe..



0 comments:

Post a Comment