KUIH RAYA - BISKUT LAVENDER

Thursday, July 30, 2015 0 comments
Masih lagi dalam mood... malasnya nak bukak blog... heheheh... Nak kata busy sangat tu, tak la melainkan baby shumaila yang semakin mengganas tu.  Sekarang ni dia suka kacau Baba & Mama malam-malam.  Kalau kami tengah melayan movie or tv series, dia pun tumpang sekaki.  Kalau kami tidur awal, dia kacau.  Kesian Baba yang kena keluar awal nak ke pasar pun tak boleh tidur dibuatnya.  Macam mana nak tidur kalau ada yang panjat, tampar muka, korek mata/hidung, cabut charger... pendek kata, memang tak aman dibuatnya.  Biasanya Kakak-kakak kalau tak boleh tidur malam, semuanya buat hal sendiri.. yang ni.. Adehh... Tak tau dah nak buat apa.  Biarkan ajelah dia merayap sana sini dalam gelap tu.  

Raya baru-baru ni Saya berjaya juga buat 6 jenis kuih.  Thx to Tiha yang memang boleh diharap.  Mama tukang adun aje... Tiha yang terap & bakar serta simpan dalam balang.  Tapi skill tengok biskut dah cukup masak ke tak berapa ok lagi.  Masa raya ada juga biskut yang tak begitu rangup kerana masa pembakaran tak cukup... hehehe... Tapi takde lah yang tak masak, cuma kurang kering aje.  Hopefully next year skill dia tu makin Ok.  Tahun ni masa saya limited sangat sebab bertungkus-lumus menjahit baju raya kami tu... 
6 jenis kuih, tapi semuanya kuih yang sama macam tahun lepas.  Cuma kali ni saya buat 2 versi Biskut Samperit.  Kali ni saya cuba juga versi 'biskut lavender' yang saya jumpa di FB.  Kemain susah nak menekannya tu sampaikan terpaksa ditambah susu segar dalam doh & minta Baba yang tekan!  Tapi feedback, ramai yang sukakan biskut ni.  Resepinya macam kat bawah ye..

SAMPRIT LAVENDER

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

250g buttercup/anchor (1 bata)
1/4 cwn gula castor
1/2 cwn susu pekat manis
400g tepung jagung (1 paket)
1/4 cwn tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna kesukaan

Cara2

1. Masukkn buttercup/anchor dn gula ke dlm mangkuk mixer. Pukul SEBATI je... Tak payah nk pukul smpai kembang semangkuk yee...

2. Masukkn susu dn esen vanilla. Pukul SEBATI.

3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dn masukkn ke dlm adunan. Gaul dgn tangan hingga jd doh... dn doh ni SANGAT LEMBUT ye... Klau doh yg trhasil keras, maknanya smpai kt sini pun step dh tak betul... (pastikn sukatan betul)

4. Bahagikn doh kpd 2 bhgn. Biar 1 bhgn dgn wrna asal. Letakkn warna kesukaan dlm 1 bhgn lg... sentiasa ttp doh dgn kain lembab supaya doh x keras.

5. Masukkn doh ke dlm acuan dn blh lah di tekan ats dulang yg tlh d gris (rujuk gmbr utk tutorial bunga lavender)

6. Bakar suhu 160°c selama 15 - 20 mnt ikut kesesuaian oven masing2. Guna api ats dn bwh yee...

Biskut Pecan Oatmeal yang sangat sedap, tiap-tiap tahun kami buat.  Biskut ni dapat banyak sangat, tapi habis dulu!  Bila Mama tanya, siapa yang makan... Semua orang termasuk anak-anak saudara point ke Laieqa!  Haaaa... memang lepas rasa biskut ni dia dok cakap biskut favourite dia pun... 
 Ini ajelah gambar Biskut yang ada... Semuanya masih resepi lama kecuali Biskut Lavender tadi dan juga Butter Cookies.  Tapi saya kurang gemar Butter Cookies tu, so tak simpan lah resepinya..

Since buat biskut Dahlia & tart nanas gunakan kuning telur, banyaklah baki putihnya tu.  Saya buat Pavlova guna putihnya tu dan bawak balik ke kampung.
Pavlova yang ready dibentuk... Teksturnya 'beku' dan tidak meleleh jika dibentuk.  Nak buatnya senang, tapi silalah guna mixer untuk elakkan keletihan kepada tangan.. heheheh... 

Siap dah Pavlova... Mujurlah habis semuanya.  Biasalah kalau balik Kampung, bawak makanan apa pun laku aje.. heheheh..

FASHION SHOW

Friday, July 24, 2015 0 comments
Sorry.. lama betul tak muncul.  Penat beraya la katakan... :P.  Ikutkan malam ni pun takde mood nak mengupdate lagi.  Tapi tak bolehlah diikut sangat malas tu.. Kang satu keje pun tak jadi.  Malam ni saya tak story pasal raya.. Tapi nak tepek gambar Tiha.  Balik aje dari sekolah, tiba-tiba bagitau Mama... "Mama.. Esok Cikgu suruh mekap, pakai pin kat tudung"... ehhh.. apsal pulak ni?? Rupanya dia masuk 'fashion show'.  Bulan puasa buat fashion show?  Lepas Mama belek segala surat-surat yang bertempek dekat peti, baru perasan yang sekolahnya adakan aktiviti sempena Ramadhan.  Salah satunya ialah Pertandingan Busana Muslimah... Tiha.. Tiha.. Mama ingatkan fashion show apalah tadi tu.

Since Mama ni memang tak kuasa nak spend duit untuk benda-benda macam ni.  So... pakailah apa yang ada tu aje.  Tudung tu adult size, Mama tarik naik ke atas & pinkan dengan bunga yang Mama buat dari kain perca.  Mekapnya pula... Mujurlah ada eye shadow dengan lip gloss yang saya beli masa dia tadika dulu (mekap untuk persembahan tadika).  Maka... 

Muka tengah perasan cun... 
 
Abaikan latar belakangnya tu... Ieqa yang tengah beraksi as badut sarkas..

Ni bukan possing... Tiha dah gelak guling-guling melihatkan Ieqa.  Ieqa dengan tragedi-tragedinya (tak boleh nak share kat sini) sampai semua orang tak tahan gelak... heheheh

Mama ajak possing kat balkoni plak... Haaa.. Ila dulu yang terpa keluar.  Mujurlah penghadang kalis baby yang Baba pasang 3 tahun lepas masih utuh... hehehe...
 Petangnya.. Balik dari sekolah..
Laaa.. Menang rupanya.  Mama ingatkan takde can pon sebab semuanya main tangap muat aje.  Suka kemain lah si Tiha ni.  Dia memang suka masuk apa-apa competition.  Asal ada peluang sure dia register nama.  Tapi selalu aje tak terpilih atau tak memang.  Kesian jugak sebab dia cukup bersemangat nak join aktiviti macam ni.  Mama memang tak pelikla kalau anak-anak jenis macam tu sebab Mama memang jenis suka naik stage.. tak kiralah berlakon ke, bersyair ke, berpantun, public speaking... Dari darjah 2 sampailah ke uni... dapat pegang Mic tu kira seronok sangatlah...(ooppss)... So bila dia menang kali ni, Mama tumpang happy sebab for sure dia makin excited nak mencuba lagi lepas-lepas ni.  Tapi kalau boleh, masuklah pertandingan yang ilmiah sikit tau...




MAKANAN AJERRR....

Friday, July 10, 2015 0 comments
Malam ni Mama kesorangan lagi.  Pukul 10 tadi Baba keluar jumpa Stephen.. Malam last dia kat Malaysia.  Kasi can ajelah kat korang berborak sakan for the last time.  Plan nya malam ni saya nak pasang zip kat semua baju yang dah siap berjahit tu.  Jangan tak caya, daku dah berjaya pasang hidden zipper... Ni bersemangat nak siapkan semuanya ni.  Sekali tu Baba lupa belikan double sided tape sebelum keluar tadi.  Jenuhla Saya menunggu mana la Baba ni.. Rupa-rupanya dia dah nak sampai Bangsar pun... Hadoiii.. Rosak plan!  Banyak betul halangan nak siapkan baju raya kami ni.  Dahla dua-dua pun masih bertatih lagi.. kejap-kejap refer blog, kejap-kejap bukak youtube... hahhaah.. Penatlah menjahit kalau tak berapa mahir ni... 

So.. kalau dah takde kerja, blog usang inila tempat daku menghabis masa.  Biarlah takde orang nak baca pun, nak kata blog syok sendiri pon boleh jugak.. hahahah... Memang saya buat blog ni untuk senang saya nak refer koleksi resepi yag pernah saya try pun kan.  Buat blog, bleh access kat mana-mana.  Kalau kawan-kawan mintak resepi, silalah masuk blog... heheheh... 

Malam ni share lagi antara menu berbuka kami.  Menu ala kadar... 

Cendawan celup tepung.  Saya buat macam sotong celup tepung.. cendawan dicelup telur & disadur tepung yang ditambah sedikit baking powder diperisakan dengan garam, lada sulah/hitam, serbuk kari dll.. So far method macam ni menghasilkan salutan yang tebal dan rangup.  
 Ini pula popia cara saya...
Saya tumis bwg putih & gunakan udang geragau segar sebagai perisa... KAlau nak letak isi ayam atau udang pun ok... 

Then sayur.. letak aje apa sayur yang korang suka,,,

Bahan wajib saya sengkuang & carrot sagat...

Bolehlah perasakan dengan lada sulah banyak-banyak & masinkan dengan kicap cair... Boleh juga letak kiub ayam, sedap rasa dsbgnya untuk lebih terangkat.. (saya limitkan pengambilan perasa-perasa tambahan ni.... ikut mood dan keadaan...)

Tadaaaa.. dah siap goreng...  Kuahnya saya buat sama macam cili nasi ayam cuma saya akan maniskan sedikit..

Brownie yang mudah lagi sedap... (tapi Adik saya buat tak jadi... hahahha)..  Nantilah saya belek balik resepinya tu kalau-kalau ada step yang mengelirukan.  

Buah Melaka berbuka tadi... Bimbang je tak cukup... Rupanya tak laku pun.  Mama & Baba je yang makan.  Memang susah nak duga selera budak-budak ni.  Tiha tu dahla puasa, berbuka dia just mkn bbrp ketul kuih aje then tak nak makan apa-apa dah until lah sahur nanti.  Pelik tau sebab biasanya dia tu kuat makan.  Patutlah Baba ukur pinggang, berinci-inci lari dari ukuran sebelum puasa.. heheh..

Roti jala... Sekarang ni saya suka menjala dalam kuali, senang sikit sbb boleh buat besar.  Cepat siap!... heheheheh.. 
Ada banyak gak makanan yang tak bergambar... Ikut mana yang dan ajelah... Lagipun resepi ulang tayang aje pon... :)

P/S : Shumaila masih tak nak makan.. dah nak masuk setahun, langsung tak nak makan.. nyusu badan aje.  Buntu Mama...


CUCUR UDANG RANGUP & NUGGET AYAM

Thursday, July 9, 2015 0 comments
Malam ni daku kesorangan menjahit & curi tulang jap dengan mengadap blog.  Bz wehh bulan posa ni.  Bz ngalahkan orang ambik tempahan kuih or menjahit aje.. hhehhe.. Nak buat baju se family je pon.  Tapi huru hara nya yang lebih.. :P.  Sementara Suami ku keluar berdatim dengan Stephen, ada la masa ngadap laptop jap.  

Baru nak start menjahit, tetiba lapar plak.  Masak Maggi Asam Laksa di malam hari, hadap sorang-sorang... Bukak puasa tadi makan cucur udang aje... Sahur nanti baru nak makan nasi plak.. heheh..
 Sementara tu nak share resepi cucur udang rangup ni yang saya dapat dari FB.  Memang rangup hasilnya, bolehla nak cuba.  Saya copy paste resepi kat sini ye...


Bahan-bahan :

3 ½ cawan tepong gandum*
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
1 ¼ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng

Cara2 Menyediakan:

1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.

2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.

3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.

4. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.

5. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.

6. Bila dah garing, angkat & toskan.

7. Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya.

Time menggoreng pun boleh nampak kerangupannya tu.  Gunakan minyak yang banyak & api yang besar tau...

Memang besar gedabak cucur saya kali ni... Time nak makan saya potong.  Rangup sangat.. yang versi ada sayur paling best.  Terpaksa buat 2 versi sebab budak-budak ni tak nak yang besayur.  
 Selain dari tu ada jugak saya buat nugget ayam.  Ieqa suka sangat nugget, asyik-asyik nak nugget MCD (padahal bukan sedap pon...:P).. Saya kurang suka makan kat mana-mana fast food.  Tu yang buat-buat tak dengar je kalau diorang request.  So kali ni Mama buatkan nugget... jangan nak sibuk mintak nugget lain dah tau!
Saya gunakan FP untuk kisar isi ayam (kalau yang frozen tu byk campuran lemak & kulit je) dan perasa - lada sulah, garam dan mayonis serta sedikit breadcrumb.  Masa ni breadcrumb habis, jadi saya letak sedikit biskut weetameal (nak guna roti putih pun boleh) sebagai pengganti. Kalau nak tambah carrot atau sayur-sayur lain or perasa lain pun boleh.  Ikut citarasa masing-masing... 

Agak lembik untuk dibentuk... Saya tekapkan sikit atas tepung jagung supaya mudah dibentuk (tepung gandum pun boleh)

Kemudian celup dengan telur yang dipukul sedikit & dicelup pula dalam breadcrumb.  Since takde breadcrumb, saya gantikan dengan tepung gandum yang ditambah perasa (garam, lada hitam, baking powder & paprika)... Jadi nugget tempura style gitu.. heheh..
Haaa.. dah siap... Banyak jugak dapat.  Separuhnya tu saya bekukan... 
 Kat bawah ni pula rupa creampuff yang saya buat minggu lepas.  Gunakan resepi ni..

Saya 'terbancuh' 2 adunan... 2 hari bertirut-turut kami melayan cream puff.  Ni batch yang hari kedua tu.  Cream puff ni saya pipe kan dengan custard & juga whipped cream.  Tak jemu-jemu budak-budak ni makan.  

Creampuff yang naik dengan jayanya.... 
 Ni satu lagi kuih yang saya buat baru-baru ni.  Saya tak minat sangat dengan kuih lapis, tapi anak-anak request.  Tapi kali ni nampaknya diorang pun macam dah muak... Dahla Mama tersilap, patutnya nak buat separuh adunan aje.  Demam la nak mengabihnya... last-last ada juga jadi makanan cik tong sikit.. Sorry kuih.. kali ni kurang laris sikit.  Maklumlah bulan puasa... Memang tak de masa nak makan banyak pun... Si kuat makan kat rumah ni pun macam diet je bulan puasa ni.  Tu yang Mama tak berani nak memasak sakan...

Kuih lapis kat rumah ni mesti lah kena pelbagai warna.  Dorang bising mintak Mama campur warna nak bagi jadi rainbow.  Tapi stok warna Mama tak banyak sangat.. guna apa yang ada ajelah... 
Macam tak berapa best je entry bulan puasa ni kan.  Maklumlah asyik berkampung dalam rumah aje & dok struggling siapkan baju raya.  Banyak entry menjahit saya na share kat sini, tapi tunggu lah lepas raya nanti ye.... Oklah... Dah 2.30 a.m ni.. kang terbabas pulak bangun sahur ni kang... Niteeee...


BAD HAIR DAY

Friday, July 3, 2015 0 comments
Korang pernah alami tak hari yang serba tak kena? Buat apa pun semuanya tak menjadi!  Pendek kata hari tu rasa macam very tiring, hopeless la apa la.  Haaa.. kelmarin boleh kata hari yang serba tak kena pada Saya.  Memang tension sangat sebab tengok hasil jahitan yang buruk sangat... dah jenuh tetas, alter dan segala mak nenek cara dibuat, still rasa tak puas hati lagi.  Then ke dapur, menanak pulut... Bila petang nak start membungkus (saya nak buat pulut udang), Ya Allah... pulut sudah menjadi bubur.  Jenuh saya fikir, apsal jadi macam ni pulut aku ni???  Then baru teringat, saya dah terletak 8 cawan air santan untuk 4 cawan pulut!  Aduuhhh... macam tak caya je saya boleh tersalah letak air untuk pulut.

Tapi sayang nak buang, saya mintak husband bungkuskan jugaklah.  Then saya goreng keria pula... Entah apa lagi yang tak kena, siraan gula tak menjadik pulak!  Keria pun lembik & gulanya cair  memang tak lalu nak makan... huhuuu... Pulut Udang pun sama, walaupun dibakar lama, tetap tak dapat hasil yang garing.  Bila dibukak bungkusan, pulut tu joget-joget macam jeli aje.. hahahah... 

Lepas Maghrib, dengan jiwa yang lara, try lagi settlekan baju anak-anak.  Still tak berjaya!  Malam tu sampai 3 pagi jugak saya mengadap dress tu tanpa hasil.  Huhuhu.... Penat sangat... Penat fizikal & mental.  Syukurlah, hari ni semua baju tu berjaya disiapkan jugak.  Walaupun biasa-biasa aje hasilnya tapi Okla dari sebelum tu..  Memang projek menjahit kami kali ni tak berjalan seperti yang diharapkan.  Sudah lebih 2 minggu, baru 4 helai baju yang siap dijahit.  Sempat ke nak siapkan 9 helai baju, tudung , panty & kasut ni??? Macam kerja mustahil kan?  Entahlah... tawakkal ajelah.. Memang kami dah usaha sepenuh hati, tapi kena terima lah kelemahan diri as human being kan.  Maybe tugasan kali ni melebihi kemampuan kami ke.  Cumanya banyak teknik baru yang kami dapat, yang diharap kami tak lupa!  Kalau lupa lagi.. hmmm.. alamatnya, sampai bila-bila pun menjahit lembab macam siput... hehehe... 

Okaylah.. habis dah sessi meluah rasa... Meh tengok antara menu kami masa awal Ramadhan hari tu... Haaa.. ni Nasi Afghan... meh saya ringkaskan cara pembuatannya ye.. Nak detail, boleh cari entry lama ekk...

Goreng kismis, badam & carrot dengan olive oil & letak sedikit gula.  Resepi asalnya carrot dicelur sekejap, saya tak buat... Goreng sampai kismis tu menggelembung ye...

Untuk bahan nasinya - Goreng bawang besar (2-3 biji besaiz besar) sampai perang atau caramelized, masukkan ayam... Masak lagi 15 minit tambah sedikit air & stok ayam serta garam.  Masak lagi sampai ayam tu dah masak, ketepikan ayam..Boleh tambah air kalau kering sangat...  Lepas ketepikan masukkan 1 sb jintan putih serbuk & 1 sb serbuk pelaga (boleh juga ketuk sedikit pelaga) dan juga blackpepper dalam kuah tadi... Masa ni baunya harum sangat... 

Didihkan air, rebuskan beras basmathi bersama sedikit garam.  Beras Basmathi tu haruslah direndam selama 1/2 jam untuk dapatkan hasil yang panjang.  Kalau tak rendam, kang kontot-kontot aje berasnya tu.  Rebus hingga 3/4 masak aje...

Toskan & gaul dengan kuah ayam tadi.  Beras tu kalau dah masak, akan hancur/patah time digaul ni.  Tu yang elok buat hampir masak aje...

Masukkan dalam bekas tahan panas (berpenutup) susunkan ayam atas nasi & juga sayur tadi...

Ready untuk dibakar.  Saya bakar pada 240c selama 15minit dan 180 c selama 15 minit... 
 Dah siap!  Saya padankan pula dengan kurma telur... Adehh.. Antara Nasi paling Ummpphh yang pernah saya makan ni... Cuba buat tau... Resepi asal kat sini  (ada banyak perubahan saya dah buat)...

Sementara tu saya buat juga inti cucur badak.  

Ini pula bancuhan keledek kukus & tepung.  Saya minta Tiha timbang 25gram & bulatkan.  Jadi mudah sikit saya nak bentukkan kuih nanti.  Keledek ni dicampur putih & oren, tapi hasilnya lembik sikit.  Saya memang kurang terror guna keledek oren untuk buat doh ni  Biasa keledek oren saya goreng aje.  Kalau buat kuih, doh tu jadi lembik & melekat-lekat, tambah tepung pun tetap jadi macam tu.  

Dari doh tadi saya jadikan cek mek molek & keria.  Keria tu saya bekukan...

Cucur badak.  Ni antara kuih yang saya tak suka beli sebab jarang sangat jumpa cucur badak intinya sedap.   
 Budak-budak ni pula diberi aktiviti untuk melupakan lapar.. heheheh...
Tekun betul mengadap projek masing-masing...

Ala.. buat sand art je pun... 


Itu ajela saya nak merepek malam ni.  Saja je nak rehatkan minda dengan mengadap blog.  Esok nak balik Jengka pulak... Mmmm.. terbengkalai lagi la projek menjahit....