AKADEMI AHSAN, SEREMBAN

Wednesday, September 30, 2015 0 comments
Raya Korban kali ni kami bawak Mak Mertua ke Seremban, menziarah Adiknya.   Kebetulan saya pun belum pernah ke rumah Mak Cik Pah ni.  Cik Pah ni ada twin yang kami panggil Cik Dah yang ni langsunglah saya tak pernah jumpa.  Kembarnya dah stay di US sejak berkahwin & tak pernah pulang ke Malaysia.  Tapi family di Malaysia ada juga sekali-sekala pergi ke rumahnya di US.  Haii... bilalah saya sekeluarga nak sampai ke sana pula ye...hehehe... angan² mat jenin je lah nampak gayanya.  

Sehari sebelum raya, kami try buat ketupat lagi.  Maklumlah favourite anak² & time macam ni barulah senang nak jumpa daun palas. Mulanya saya ingat nak buat brownie or something yang simple aje sebagai buah tangan.  Tapi bila terkenangkan bukan selalu boleh buat ketupat, saya pun mintak Suami belikan daun palas.

Tiha tengah tekun membungkus ketupat.  Abaikan betapa berseleraknya meja tu.  Tiha ni kalau buat kerja memang huru-hara sikit.  Dia taklah terror sangat bungkus ketupat, memang sah² betina jadinya... Kena tunggu Baba turun padang barulah cantik sikit rupa ketupatnya... 

Kali ni separuh saya try kukus & separuh lagi saya rebus.  Hasilnya.. yang rebus lembik sebab masuk air lagi!!.. hahaha.. Failed betul.  Mujurlah yang kukus menjadi dengan jayanya.  Lepas ni nak kukus ajelah.. malas dah buang masa merebus.. (Dah malas nak fikir kat mana lagi silap kami)...

Ini pulak rendangnya.  Sambil Suami & anak² bungkus ketupat, Mama buat rendang.  Kali ni saya buat 1 1/2 ekor ayam sebab tu aje stok yang ada dlm freezer.  Alhamdulillah.. rendang kali ni pecah minyak dengan elok.  Biasanya rendang saya susah pecah minyak & ayam akan hancur kalau saya tunggu lama sangat.  Kali ni saya masak guna kuali besar & api yang kecil.  Elok kejadiannya... Sebelum² ni saya memasak guna periuk Alumite, tu yang senang hancur ayamnya tu kot. 

Dah masak!!.. Berebut² lah semua orang makan... Kali ni saya buat 1 1/2kg beras pulut aje sebab tak cukup santan... Alamtnya langsung tak sempat dibekukan... Sob..sobb...
Esok selepas sembahyang raya.. kami pun bertolak ke Seremban berbekalkan ketupat sebagai buah tangan... hehehe... Masa ni Mak Saudara Suami minta kami berkumpul di Akademi Ahsan (tak tercapai jugak nak jejak kaki ke rumah Cik Pah).  Akademi Ahsan ni baru je lagi siap.  Husband Cik Pah ni dulu kerja kat pejabat agama N9. Sekarang ni dia bekerja sebagai trainer, bagi talk/ceramah dll.  Jadi dia pun beli sebidang tanah dekat area Seremban juga untuk dibuat satu kawasan yang sesuai untuk aktiviti seminar, motivasi, majlis perkahwinan, homestay dll.  Meh kita lihat apa yang ada kat Akademi Ahsan ni.  

Pandangan luar Akademi Ahsan.  Ianya ialah sebuah bungalow yang memiliki 8 bilik (setiap bilik terdapat bilik air, hawa dingin, 4-5 tilam single, powerpoint)... Ruang tamu yang luas serta laman yang juga luas.  Memang sesuai untuk majlis perkahwinan sebab siap ada 8 buah bilik untuk saudara-mara menginap.  Kalau berkumpul ramai-ramai pun, still rasa selesa sangat...

Salah satu bilik....

Balkoni 1

Bilik lagi.... Kesemua 8 bilik memang luas..

Balkoni 2...

Ruang depan... 

Laman depan

Tangga ke ruang atas

Tepi rumah pun luas - bolehlah pasang kanopi untuk majlis kenduri






Ruang televisyen... Lupa pulak nak snap gambar tv yang tergantung kat depan tu
Pendek kata memang semua orang rasa selesa sangat walaupun ramai yang datang hari tu.  Maklumlah, boleh pilih mana² bilik & istirehat dalam tu.  Ruang tamu nya pun luas.  Jadi takdelah rasa rimas & bersesak² kan.  Anak² nak berlari sana-sini pun takde yang kisah!... Ruang dapurnya pun luas, Peti ais & pinggan mangkuk pun ada. Senanglah nak memasak kan.

Kalau sesiapa berhajat nak menyewa ke atau bertanya kadar sewaan boleh hubungi nombor yang tertera kat atas tu ye....




PIZZA MUDAH & SEDAP

Monday, September 21, 2015 2 comments
Malam ni Baba black out awal... Ila pulak yang payah nak tido.  Jenuhla Mama paksa dia tido.  Baby sorang ni kalau datang time dia susah nak lena, Mama yang naik letih.  Maklumla.. budak breastfeed... memang nak bergayut kat Mama ajelah kejenya.  Tu yang banyak projek menjahit Mama terbengkalai.  Kalau buat time siang, dia akan sibuk panjat katil & dok hulur jari kat jarum mesin!... Jenuh Mama nak kena kuis jarinya tu... Kalau tak pun, sibuk nak tekan or rampas pedal kaki.  Arrgghh... pendek kata... baik Mama tunggu dia tido.  Semalam berjaya jugak Mama siapkan baju anak Adik yang dah lama terperam.  Sambil² Baba layan movie kat sebelah.  Maklumlah, mesin jahit dgn pc ni sharing meja yang sama...hehehe... 

Ni dinner tadi.  Mama nak buat dinner yang simple untuk anak².  Mama & Baba dah makan nasi goreng sardin baki dari peti.  Tapi bila siap pizza ni, Baba pun menyibuk sama.  Siap request buatkan lagi pulak tu.  Isshhh... Baba ni...(Mama agak dah Baba & Tiha yang akan over)...

Haaa... pizza guna roti putih aje.  Sos nya saya gunakan kuah pasta.  Boleh juga guna sos tomato or kuah pasta prego tu... 

Sapukan sos, taburkan cheese (saya guna mozarella - boleh guna cheese lain juga) & susun Pepperoni. Nak tabur cheese kemudian pun boleh, polis tak marah punya... hehehe...  Topping kat atas ni boleh aje ubahsuai... gantikan dengan sosej ke, potong crabsitck tu ke... Kalau taknak guna kuah pasta, boleh juga sapukan tuna dllnya... Tak kisahlah kan, janji sesuai dengan tekak kita...

Dah siap... Sedapnya setanding pizza jugak... (saya bakar 180c selama 10-15minit)... Masa pembakaran terpulanglah ye.. Janji cheese tu dah cair pun ok.  Kalau nak rangup sikit, tunggu lama sikit.  

Yang ni pula saya gunakan wrap (brand Mission - garlic flavour)  Saya sapukan sos pasta & taburkan cheese.  Sos pasta tu dah ada lengkap beef, mushroom & carrot pun kan.  Saya tak letak pepperoni tu takut terasa masin plak sbb wrap ni nipis aje...

Saya preheat oven 180c & bakar hampir 10 minit utk dapatkan tekstur yang chrunchy.  Sedappp!!.. Berebut² & tak cukup pulak jadinya.  
 Dulu² zaman tak pandai buat doh pizza, memang selalu saya buat pizza macam ni, gunakan roti pita, roti arab, kulit puff dll... Bab cheating, mestilah terror... hehehehe...

Semalam sempat snap adengan menjahit.  Kali ni saya nak tunjuk penggunaan salah satu tapak menjahit yang saya beli dulu tu.  Patutnya saya boleh cantum sambil kedutkan terus kain tu.  Tapi kali ni saya kedutkan dulu & cantum kemudian sbb bimbang kain tak cukup.  In case kain tak cukup ke apa, bolehlah saya regangkan sikit kedutannya tu.  Dengan tapak ni, tak perlulah bimbang kedutan tu tak sama 'berat'.  Dulu masa guna manual (jahit kasar & tarik), manjang je tak sama kedutannya tu.  Bila pakai boleh nampak sana sarat, sini tak berkedut... hahahah... Maklumlah buat keje asyik nak pantas aje.
Tapak kedut (pleated foot)... mudahnya nak buat kedut.  
 Masa memula guna, saya gagal menghasilkan kedutan pun.  Mula lah naik angin ingatkan barang ni tak bagus... haahah... Tapi bila dah pandai, tau lah saya nak ketatkan tension ke, nak adjust saiz jahitan ke.  Kali ni saya gunakan jahitan paling kasar & tension pada no.5.  Dan... menjadi dengan jayanya!!!... jadi pandai² lah laras tension & saiz jahitannya tu bergantung pada jenis kain.


Hasilnya.... Jahitan bawah tu saya gunakan jahitan zigzag biasa & gunakan tapak yang sesuai..
Pleated foot utk mesin portable (tapak kedut)

Round hemmer foot (jahitan tepi bergulung)...
Nak tau detail tentang tapak² jahitan yang ada boleh tengok kat sini & bolehlah cari tutorial kat youtube untuk lebih faham cara guna ye.  Gambar tapak ni saya google aje supaya lebih jelas rupabentuknya...

P/s : Tak sabar nak semua foot yang saya dah beli tu.  Harap² Baby Ila makin behave supaya senang sikit Mama nak menjahit dengan aman.. hehehe..




BISKUT CORNFLAKES MADU & KEK BIRTHDAY

Friday, September 18, 2015 0 comments

 Ini biskut favourite Tiha... Biasanya tiapkali raya, Adik memang akan buat.  This year pun sama... Kali ni Tiha jadi Asst dapur dia.  Budak² yg lain ramai, tapi semua tak cukup kental macam Tiha.  Buat half way, tup..tup dah lesap.  Bab buat kerja dapur, memang Tiha rajin.  Ieqa pun jenis cepat boring kalau saya mtk tolong kat dapur.  Tapi kalau mengemas, haa... memang dia terror.  Jadi Mama dah makin pandai manipulasi kerajinan diorang tu... hahahah... Kalau nak masak, Mama akan tanya Tiha.. "nak tak buat biskut?".  Kalau dia kata nak... haaa... Mama pun laju je membancuh adunan.  Sebab Mama boleh tinggalkan adunan tu utk dia settlekan.. hehehe.  

Dah siap pulak... Mama announce.. "sapa nak biskut, tolong kemas rumah..." .. Berlari² Si Ieqa menyelesaikan tugasan.  Budak ni kalau tak suruh pun takpe, sebab memang dia suka mengemas.  Tapi bila dengar habuan biskut, makin laju la keje tu siap! Dari menyusun barang, lap & sapu!  Makin advance skill Ieqa ni mengemas.  Mama dah tak perlu guide, memang dah lulus piawaian Mama.  Misha pun nampaknya dah makin kurang menyepah sebab ada tukang marah.  Misha pula belum tahu apa tugas yang dia suka.  Harap² dia minat mejahit pula!!  

Resepi biskut ni saya ambil dari sini

Bahan-Bahan:
5 cawan Cornflakes
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
ceri atau taburan manik, untuk hiasan
paper cup, secukupnya

Cara Penyediaan:
Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.
Hasil tangan Tiha.. Mama datang untuk ngap aje... :P

Biskut ni memang sedap dan mudah sangat nak dibuat... 
 Ini antara cookies yang saya pack utk birthday Tiha.  Asalnya nak buat utk makan² since banyak sangat stok cornflakes.  Last² kami packs untuk diletak dalam goodie bag.

Bawah ni pula kenangan menyediakan spongecake.  Saya katakan kenangan sebab lepas ni mungkin tak buat dah kot sebab Suami saya memang tak suka spongecake rupanya.  Anak² pun nampak tak minat sangat nak makan.  Mama ajelah dok kerat makan sepotong demi sepotong.  Takpelah... janji Mama dapat belajar satu lagi resepi kek.
Sedang bakar.  Masa ni nervous sangat sebab bimbang tak menjadi.  Saya banyak terbaca komen kat sana-sini, kek span ni kalau tak kena gaya, memang bantat.  Seram jugak saya kalau kek ni tak menjadi...

Haa.. dah siap!  Alhamdulillah.. nampak gebu & lembut... Tapi belum cukup perfect.. Terjadi rekahan masa membakar.  Naik pun tak cukup sempurna, mujurlah masih lembut, tak bantat... hehehe... 
 Ni pula masa mendeco kek... First time saya guna cake cutter yang bertali halus tu.  First time juga saya berani potong kek 3 bahagian!  Ohh.. mudah aje rupanya guna cutter tu... Tak rugi saya beli...
Inilah rupa cake cutter yang saya guna (sumber - Google)

Opps... rongak sikit rupa potongan kek... Gara² tangan saya terslip dan cutter tu terjatuh dr tebing kaunter... First time guna kan... melalut lah sikit... hehehe... Kek tu saya basahkan dengan bancuhan lemon, sapukan dengan strawberry filling & picitkan whipping cream...

Nak tau cara pembuatan kek ni... boleh masuk blog Madiha ye.. 

 Dah siap menyadur spongecake... saya prepare kek choc moist pula... Yang ni mudah aje..
Dah siap... Ada tukang 'bersihkan' bekas.  siap lagi kalau tak si hantu benda manis & coklat ni!  

Jenuh Adiknya tunggu turn... memang lupa dunia Ieqa ni asyik menjilat sisa bancuhan kek tu.  Last² Misha korek yang dalam periuk itu aje...

Ready nak dikukus... 
Rupa² kek yang dah siap.  Memang simple sangat sbb takde masa nak hias.  Salah² deco, mau jahanam rupa bentuk kek tu nanti... heheheh...
Tulisan tu saya guna whipped cream dari spongecake tu aje..

Whipped cream ni terlalu lembut, susah betul nak dapat bentuk.  Dahla nozzle saya ada a few jenis aje.. tu yang saya main hentam lah labu.. janji siap... !!  heheheh...memang senget benget & besar kecik la segala bentuk yang ada atas kek tu.  Sorry lah Tiha.. takat ni aje yang Mama mampu buat...

P/s : Edible Image atas kek ni dah bertahun² saya simpan dalam freezer.  Saya beli kat Bagus.. agak mahal harganya... Sekeping yang besar dalam belasan ringgit juga (yang saya guna ni saiz kecil, memang dah jual 3 pcs sekali). Baru² ni Tiha ternampak, terus dia mintak Mama letak.  Haaa... senang keje Mama! 



SOTO AYAM , KARIPAP KURANG CACAT DAN....

Thursday, September 17, 2015 0 comments
Tergelak saya sorang² bila dah detect kenapa kek Choc Moist saya hari tu tak se'moist' yang biasa saya buat.  Rupa²nya saya terlupa letak susu pekat!... hahahaha... Selepas berhari² barulah saya teringat yang saya lupa nak ambil susu pekat dr dalam peti.  So.. kemungkinan telur gred A yang saya pakai hari tu bukanlah puncanya kot.  Resepi ni dah banyak kali sangat saya buat, biasanya memang cantik molek kejadiannya... Tapi selepas 5 tahun saya tak buat kek tu lagi, jadi memang boleh nyanyuk sikit.  Tambah² banyak sangat benda yang dok berlegar dalam kepala ni... 

Sebelum saya terlupa nak simpan resepi soto yang saya rasa sangat sedap ni, elok saya settlekan malam ni juga.  Biasanya saya buat kuah soto, sama aje dengan sup ayam.  Tapi dah lama saya teringin nak buat kuah yang lebih 'keruh' warnanya tu.  Lepas belek sana-sini, terjumpalah resepi Kak Amie kita.  Saya copy paste balik kat sini untuk rujukan akan datang.  Resepi ni pastinya jadi rujukan untuk buat soto lepas² ni.  Memang kuah Soto macam inilah yang saya cari² selama ni.  Thanks ye Kak Amie... 

Bahan -bahan:
1 kg ayam - bahagian dada
3 kampit ketupat - rebus melebihi 90 minit - angkat, toskan, sejukkan dan potong kiub
1 cawan kacang tanah - goreng
1 mangkuk taugeh - (sebaik-baiknya tunas kacang hijau - buat sendiri lebih baik)
150gram soon - goreng dan toskan
bawang goreng
hirisan daun sup


Bahan tumisan untuk kuah soto:
1 sudu makan lada putih - tumbuk
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
garam /perasa pilihan
2 liter air
minyak untuk menumis


Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
5cm bonggol pokok sup
5cm halia
5 biji buah keras
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan semua rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan buah pelaga kecuali lada putih tumbuk.
3. Masukkan ayam dan balik-balikkan hingga layu.
4. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
5. Masukkan lada putih, garam dan perasa pilihan. Tutup periuk dan perlahankan api.
6. Apabila ayam telah masak, angkat dan toskan.
7. Biarkan sup terus direnih dengan api paling perlahan.
8. Goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
9. Carik-carik isi ayam dan masukkan tulang ayam tadi ke dalam sup / kuah yang sedang direnih.

Bergedil saya buat ikut cara lama.  Cuma kali ni saya gunakan isi ayam dr kuah sup tadi.  Kentang tu digoreng dulu & saya masukkan kesemua bahan dlm food processor.  Memang mudah aje prosesnya.  Bahan wajib dalam bergedil saya pastinya bawang goreng & lada sulah... Kalau ada daun sup & daun bawang, boleh juga nak tambah.  Garamnya jangan dilupa ye.  Nak goreng, just celup dalam telur yang dipukul sedikit...
 Baru² ni saya buat karipap sardin.. masih gunakan kulit style Mat Gebu yang memang menghasilkan karipap gebu dan rangup.  Kali ni saya buat agak banyak.  Nak perabiskan inti sardin yang dah lama berkampung dalam freezer tu.  Hampir 50 biji karipap saya kelim malam tu & hasil keliman pun makin cantik.  walaupun takla perfect lagi, tapi kurang² taklah malu nak jamu dekat tetamu.  Syukur sangat sumpahan kelim karipap saya hampir berakhir...
Antara karipap yang dibekukan... Saya susun karipap (jarakkan) dalam tray/pinggan then bekukan.. bila dah beku, saya humban aje dlm bekas.  Jadi takdelah melekat dekat each other.  Kalau cara lain.. boleh juga goreng sekejap or bakar sekejap (suhu 160c, bakar selama 10 minit)... 
Ehh.. ada tambahan dan pulak kat tajuk atas tu... Dan untuk apa ni?  Dan tu sebenarnya saya dah jumpa sebuah rumah yang diibaratkan my dream house siang tadi!  Saya katakan dream sebab memanglah saya tak mampu lagi untuk memiliki.  Tumpang happy sebab ada kenalan yang berjaya miliki rumah yang 'perfect' pada mata saya.  Bukan bunglow, bukan semi d tapi teres yang damai & lengkap.  Pendek kata, kalau saya dah dapat rumah macam ni, rasa macam dah jumpalah rumah yang saya impi²kan...  takyah nak kejar² nak rumah besar ke apa.. memadai lah simple & homey macam tu.

Sebenarnya kawan kepada husband ni invite kami untuk Rumah Terbuka sempena Raya.  Tapi atas sebab tertentu, ditunda ke tarikh hari ni.  Bila kami sampai ke area Denai Alam.. memang mata saya & Suami terpaku tengok rumah² sekitar kawasan tu.  Taste kami memang sama... jadi memang melopong lah... Bila masuk pula ke dalam rumah kawannya tu.. makin melopong lagi dan lagi.  Saya tak pandai nak ambik gambar, jadi kalau saya share gambarnya pun, takkan nampak secantik realiti.  Jadi saya snap kat bahagian dapur aje sikit sebelum tetamu lain datang.

Tuan rumah ni pun terror memasak.  Pernah ada blog memasak juga.  Tapi dah lama tak berblog, maklumlah bz bekerja & membaking...

Susun atur dapurnya sangat simple.. Kedudukan dapur memang lain dari yang lain... saya tengok design rumah, memang modern & kebaratan.  Very simple n cosy! Nampak tak banyak rak pun kan?
Haa.. dining nya kecik aje.. sebab hanya ada seorang anak... Bench untuk duduk itulah 'kabinet' barang dapur dia... Good idea kan?  Saya suka sangat dengan idea yang bernas macam ni.  Jadi rumah tak terlalu sarat dengan kabinet serta tak perlu memanjat untuk capai barang!  


Fiza ni suppliers cheesecake untuk Gloria Jeans Bangsar South juga.  Sedap sangat Cheesecake nya tu.  

Ini pintu dapur... kedudukan dapur di bahagian tengah rumah (sebelah tepi) bukannya di belakang macam selalu. Selepas dapur ada lagi satu ruang yang dijadikan living (terdapat 3 living area yang selesa)... Di belakang rumah masih ada ruang rumput & pot lepak²

Ini living kedua... Ada satu lagi living di depan & di atas rumah.  Bila bukak sliding door.. ada backyard dengan rumput menghijau serta kerusi meja DAN... Playground!!!  Just imagine... bukak pintu pagar, terus tembus ke playground pula... Pemandangan seluruh perumahan memang cantik sangat.  Menyesal saya tak tebalkan muka ambik gambar keseluruhan rumah ni tadi... 


Nampak tak pagar coklat di tepi tu?  Itulah pagar rumahnya... Terkulat² saya menengok suasana rumah & sekitarnya yang tak jemu mata memandang... 

Playground ni tak open/expose mcm kat tempat lain sebab memang dikelilingi pagar rumah... Jadi rasa selamat sikit anak² nak bermain kan...
 Ikut cakap Fiza, lain rumah.. memang lain designnya.  Macam style apartment saya duduk sekrg, lain blok memang lain design dalamannya.  Malahan rumah saya & rumah sebelah pun tak sama rekabentuknya!  Jadi boleh pilih ikut taste masing² walaupun duduk di kejiranan yang sama.  Moga² suatu hari nanti, sampai hajat saya nak miliki my dream house ala² macam ni!...

P/s:  Kalau tak dapat pun, fikir positif saja.  Jika Allah beri kita kesihatan yang baik, ada tempat berlindung & cukup makan minum... dah dikira bertuah.  Tiapkali hati meronta² inginkan sesuatu yang melebihi kemampuan, cepat² saya fikirkan tetang mereka² yang kurang bernasib baik dalam dunia ini.  Secara automatik saya insaf & jadi malu dengan diri sendiri.  Bersyukur lah dengan apa yang kita ada!..