WHOLEWHEAT PIZZA (TAK PERLU ULI)

Thursday, September 10, 2015
Pizza yang dah selalu saya share kat sini.  Cuma kali ni saya nak translate proses pembuatannya sebab entry yang lama tu macam confusing sikit.  Saya sendiri pon pening bila nak refer... heheheh... Resepi ni sumber asalnya dari Martha Stewart... 

* Saya cadangkan cuba dulu buat separuh adunan kerana doh ini menghasilkan jumlah pizza yang banyak.  


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan air suam
1 1/2 sudu besar (sb) yis
1/4 cawan minyak zaitun
2 sb gula
2 sk garam
2 cawan tepung gandum (saya guna high protein)
2 cawan tepung whole wheat (jika tiada boleh guna tepung gandum)

Cara-cara :

Letakkan air dalam bekas besar, taburkan yis.  Biarkan hingga berbuih, lebih kurang 5 minit (boleh skip bahagian ni kalau yakin yis anda masih aktif).  Kemudian minyakkan bekas yang lain.

Dalam mangkuk berisi yis tadi, tambah gula, minyak & garam dan gaul.  Kemudian masukkan tepung & digaul sehingga menghasilkan doh yang melekit.

Pindahkan doh ke dalam bekas yang diminyakkan tadi.  Sapu minyak di atas doh & tutup dengan plastik wrap.  Naikkan sehingga 2 kali ganda, lebih kurang 1 jam.

Keluarkan doh ke atas kawasan yang bertepung.  Lumurkan tepung pada tangan uli doh sekejap (15 saat) dan bahagikan kepada beberapa ketulan yang diingini (bergantung kepada saiz pizza).

Biasanya saya jadikan 2 biji pizza 13" dan 2 biji pizza bersaiz 10".  Banyakkan??  Masa bentukkan tu tak perlu tebal, nanti pizza akan naik lagi semasa di'mekap' dan dibakar.

Saya bakar pada suhu 180c selama 25minit & jangan lupa panaskan ketuhar dulu Ok.  Boleh tambah masa kalau nak lebih garing...

Doh yang siap digaul.. memang hasilnya melekit...

Saya spraykan mangkuk yang stau lagi

Pindahkan doh tadi, kemudian saya pusing²kan doh untuk minyakkan bahagian atasnya tu (saya tak sapu minyak dah.. shortcut...)...

Selepas ejam... Dah naik 2kali ganda.  Haa.. memang banyak hasilnya...

Inilah hasilnya... Yang ni 13" punya... Beef pepperoni & seafood pizza... Crustnya agak nipis.. Toppingnya disediakan oleh anak²... Sapukan lapisan pertama dengan sos (saya guna prego spaghetti original).  Kalau rajin boleh buat sendiri.  Saya pernah ajar dalam entri yang dulu² rasanya.  Tapi skrg ni memang guna sos spaghetti prego aje.. hehehe... Kemudian taburkkan dengan cheese.  Saya suka letak cheddar & mozarella.  Yang mozzarella tu wajib untuk dapatkan kesan 'bertali' bila ditarik... Sedia dibakar.

Yang seafoods boleh letak udang, sotong, crabstick, mushroom, sosej dll (eerr.. takde lah pure seafoods.. yang ni sebenarnya anak² letak apa bahan kegemaran diorang... hehehe..)..

Yang 10" pula saya buat Hawaiian Tuna dgn 3 Cheeses Pizza (Parmesan, Cheddar & Mozarella)... Kalau tak habis, saya susun macam ni, wrap dengan cling & simpan peti.  Jadi boleh tindihkan aje.  Tak semak peti sangat.
Esoknya kalau nak makan, saya ambik sekeping & panaskan 30-40saat sahaja.  Saya akan test dengan jari, jika bawah pinggan dan ada rasa warm, means pizza sudah panas.
Saya hanya panaskan yang nak dimakan aje.  Kalau nak panaskan guna microwave jgn terlebih masa, nanti keras & chewy.  Kiranya makan terus masa panas² tu.  Jangan panaskan & biarkan atas meja.. nanti tak sedap.

Okay.. diharap resepi di atas ni boleh membantu sesiapa yang teringin nak buat pizza tapi malas menguli or tak confident nak menguli.  Doh ni juga boleh diubahsuai untuk letak topping manis (kaya, cinnamon or garlic ke...).  Boleh juga buat mini pizza - letak sedikit dalam muffin tray... penyek² & susun bahan kegemaran.. cute!  Boleh juga buat pretzel guna doh ni.... So.. kalau ada lebihan tu.. Jangan panik ye... Boleh bekukan aje.  Nak pakai, defroze & guna macam biasa.

P/s : Dulu saya biasa tabur cheese kemudian (bahagian paling atas topping) tapi hasilnya cheese jadi garing & terlindung toppingnya.  Sekarang ni saya dah belajar dari kesilapan tu.. saya letak cheese selepas sapu sos, kemudian barulah bahan² yang lain tu...

  


0 comments:

Post a Comment