TIHA'S BIRTHDAY

Monday, September 14, 2015
Penat sangat hari ni.  Struggling dengan persiapan Birthday Tiha.  Memang lintang pukang jugak jadinya walaupun Mama dah prepare banyak benda dari awal.  Ni gara² pastri doh yang saya beli kat Bagus tu taklah sebagus mana.  Melekat² & susah betul nak handle.  Banyak buang masa kat situ... By 12.00pm, baru berjaya siapkan 16pcs pies!  Bayangkan macam mana saya nak siapkan semuanya (40pcs) before 3.00?  Dahla Asst memasak saya dah ke sekolah... Uuwwaaaa.... Pie tu nak bake pun dah 25minit untuk 8 pieces.. Mmmm... Kek pon tak siap deco lagi, pasta tak buat lagi.. memang stress rasanya.  Tapi try jugak bertenang... Lagi panik, lagi lintang pukang nanti.  Mujurlah Ila dok main dgn Kakak² kat dalam bilik elok².  Baba pulak berkejar ke sana & ke sini beli barang mana yang perlu.  Huh... What a day!

Alhamdulillah... berjaya juga kami celebrate Birthday Tiha walaupun sampai terlambat 10minit .  Antara makanan yang kami served :

1.  Cakes - Choc Moist Cake & Sponge Cake with Strawberry Filling
2. Chicken pies
3. Pasta bolognaise (saya gunakan macaroni supaya senang nak makan).
4. Dadih strawberry & puding karamel
5. Cookies - Red Pearl & Cornflakes rangup

Choc Moist Cake - saya guna versi lama, yang kukus.  So far saya suka rasa kek ni.  Cuma kali ni tak puashati sebab teksturnya kering sikit dari biasa saya buat.  Agaknya sebab saya gunakan telur A.  Kek ni pastinya laris & licin...

Vanilla Spongecake with Strawberry filling.  Fillingnya saya buat dari fresh strawberries.  Krim kat luar tu guna fresh cream sebab saya tak suka Buttercream.  Cake ni walaupun gebu, tapi tak selaris Choc Moist.  Ramai yang tak try rasa pun, termasuk Cikgu.  Diorang dok pulun Choc Moist Cake.  Saya rasa kalau diorang try, memang licin jugak kek ni tadi... 

Birthday girl sorang aje dengan Mask.  No candles sebab no lighter.. 

Ila pun pakai mask tau.. sporting kan... 

Masing² dengan pies & pasta... dua² jadi rebutan.  
Kembang kuncup Mama bila budak² & Cikgu puji sedap.  Ada yang non stop cakap pies tu super delicious sambil dok makan berbiji².  Ada pulak yang keje mengambil pasta sampai 3 kali!  Memang terbalas & hilang rasa penat lelah memasak tadi.


Haa... budak² ni yang suka sangat pies tu... dok terjerit² cakap.. Oh My.. sedapnya pie ni... Sedap gila... sambil dok makan tak henti².  Nasib baiklah saya prepare banyak tadi.  Kalau tak mesti tak cukup.


Budak sememeh yang dah nak masuk 9 tahun.  Inilah Asst Cook Mama... Dah banyak tugas kat dapur dia dah terror.  Mama boleh tinggalkan dia handle sorang².  Since minatnya ke arah memasak, Mama akan train dia ke arah tu.. Senang sikit keje Mama nanti... hehehehe...
Lambat jugak upacara makan² ni habis.  Sampai terlajak ke kelas lepas tu.  Ye lah kalau masing² dok ulang makan.. mana tak lambatnya kan.  Ada juga yang request nak bawak balik... Saya bagi ajelah apa yang ada. Kiranya semuanya just nice, baki hanya a few packs aje walaupun banyak portion makanan yang saya bawak.  Yang penting saya tgk takde yang buang makanan tu... Semua buang bekas kosong!  Bagus.. tak membazir!  Sebab tu bila diorang nak lagi, saya tak kisah... Janji makan...

Sampai rumah... Inilah baki kek yang tinggal... Choc Moist saya seludup sepotong utk Ieqa & Ila.. Kek span tu memang tak habis.. Masih berbaki suku bahagian.  
 Once sampai kat rumah, baru kami pulak makan.  Lepas makan terus bawak Ila nyusu dlm bilik terus Mama fengsan!  Bila bangun dah dekat jam 7.00mlm.  Dalam hati.. Alamak!!  Rumah tak kemas lagi... Keluar bilik, tengok rumah dah kemas & bersih like "brand new"... Ahaksss.. Padahal sebelum tu dah macam tongkang pecah sebab langsung tak sempat nak kemas lps masak tadi.  Periuk belanga, pinggan mangkuk, set buat kek, pengukus, set baking, kotak² & plastik yang berterabur... semua dah kena basuh & tersusun rapi.  Muahh..Muaahh... Lap U lah Baba!




2 comments:

{ Miss N } at: September 15, 2015 at 8:47 AM said...

Happy birthday Tiha. Semoga membesar menjadi anak solehah utk mama and baba.

{ Kina } at: September 21, 2015 at 1:02 AM said...

Thx Auntie...

Post a Comment