Aikk.. tiba-tiba je buat biskut? Ala.. biskut ni patutnya saya buat Raya lepas. Tapi kesuntukan masa, plus tak larat sangat... saya postpone dulu. Barang² pun semua dah ada. Nanti lemau pulak cornflakes tu kalau disimpan lama². Tiha ni kalau diajak buat biskut, dia ok aje. Kiranya saya boleh tinggalkan dia handle sorang² settlekan semuanya. Saya cuma bantu adunkan aje...
First batch... Saya just guide brp temp & timing... Kemudian Tiha akan take over sampai siap simpan dalam balang... hehehe... |
Kak Ita Masam Manis. Thx Kak Ita sebab bagi copypaste... Saya memang tak rajin nak salin balik...
RED PEARL COOKIES
Resepi Oleh : Jaja FnR
Rujukkan : Zack Zachoes
150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang
*saya tambah Emplex 1/4 st macam dalam blog Kak Wan.. Next time nak tambah jadi 1sk pula. Kalau tak letak Emplex rasanya tetap sedap... Emplex ni cuma untuk lebih rangup aje.
Mula-mula kita satukan butter dan gula.
Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
Masukkan tepung dan gaul rata
Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
Sudukan atas dulang pembakar
Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Kelmarin saya buat Ikan Bakar Portugis pula... Kali ni guna Ikan Kembung. Tapi saya prefer guna Ikan Cencaru lagi kot. Jenuh nak asingkan tulang dr ikan ni... Next time nak try guna Ikan pari lah pulak.. :)
Ikan Bakar Portugis yang sedap. Boleh refer resepi dekat entri lama saya ni... |
0 comments:
Post a Comment