Raya Korban kali ni kami bawak Mak Mertua ke Seremban, menziarah Adiknya. Kebetulan saya pun belum pernah ke rumah Mak Cik Pah ni. Cik Pah ni ada twin yang kami panggil Cik Dah yang ni langsunglah saya tak pernah jumpa. Kembarnya dah stay di US sejak berkahwin & tak pernah pulang ke Malaysia. Tapi family di Malaysia ada juga sekali-sekala pergi ke rumahnya di US. Haii... bilalah saya sekeluarga nak sampai ke sana pula ye...hehehe... angan² mat jenin je lah nampak gayanya.
Sehari sebelum raya, kami try buat ketupat lagi. Maklumlah favourite anak² & time macam ni barulah senang nak jumpa daun palas. Mulanya saya ingat nak buat brownie or something yang simple aje sebagai buah tangan. Tapi bila terkenangkan bukan selalu boleh buat ketupat, saya pun mintak Suami belikan daun palas.
|
Tiha tengah tekun membungkus ketupat. Abaikan betapa berseleraknya meja tu. Tiha ni kalau buat kerja memang huru-hara sikit. Dia taklah terror sangat bungkus ketupat, memang sah² betina jadinya... Kena tunggu Baba turun padang barulah cantik sikit rupa ketupatnya... |
|
Kali ni separuh saya try kukus & separuh lagi saya rebus. Hasilnya.. yang rebus lembik sebab masuk air lagi!!.. hahaha.. Failed betul. Mujurlah yang kukus menjadi dengan jayanya. Lepas ni nak kukus ajelah.. malas dah buang masa merebus.. (Dah malas nak fikir kat mana lagi silap kami)... |
|
Ini pulak rendangnya. Sambil Suami & anak² bungkus ketupat, Mama buat rendang. Kali ni saya buat 1 1/2 ekor ayam sebab tu aje stok yang ada dlm freezer. Alhamdulillah.. rendang kali ni pecah minyak dengan elok. Biasanya rendang saya susah pecah minyak & ayam akan hancur kalau saya tunggu lama sangat. Kali ni saya masak guna kuali besar & api yang kecil. Elok kejadiannya... Sebelum² ni saya memasak guna periuk Alumite, tu yang senang hancur ayamnya tu kot. |
|
Dah masak!!.. Berebut² lah semua orang makan... Kali ni saya buat 1 1/2kg beras pulut aje sebab tak cukup santan... Alamtnya langsung tak sempat dibekukan... Sob..sobb... |
Esok selepas sembahyang raya.. kami pun bertolak ke Seremban berbekalkan ketupat sebagai buah tangan... hehehe... Masa ni Mak Saudara Suami minta kami berkumpul di Akademi Ahsan (tak tercapai jugak nak jejak kaki ke rumah Cik Pah). Akademi Ahsan ni baru je lagi siap. Husband Cik Pah ni dulu kerja kat pejabat agama N9. Sekarang ni dia bekerja sebagai trainer, bagi talk/ceramah dll. Jadi dia pun beli sebidang tanah dekat area Seremban juga untuk dibuat satu kawasan yang sesuai untuk aktiviti seminar, motivasi, majlis perkahwinan, homestay dll. Meh kita lihat apa yang ada kat Akademi Ahsan ni.
|
Pandangan luar Akademi Ahsan. Ianya ialah sebuah bungalow yang memiliki 8 bilik (setiap bilik terdapat bilik air, hawa dingin, 4-5 tilam single, powerpoint)... Ruang tamu yang luas serta laman yang juga luas. Memang sesuai untuk majlis perkahwinan sebab siap ada 8 buah bilik untuk saudara-mara menginap. Kalau berkumpul ramai-ramai pun, still rasa selesa sangat... |
|
Salah satu bilik.... |
|
Balkoni 1 |
|
Bilik lagi.... Kesemua 8 bilik memang luas.. |
|
Balkoni 2... |
|
Ruang depan... |
|
Laman depan |
|
Tangga ke ruang atas |
|
Tepi rumah pun luas - bolehlah pasang kanopi untuk majlis kenduri |
|
Ruang televisyen... Lupa pulak nak snap gambar tv yang tergantung kat depan tu |
Pendek kata memang semua orang rasa selesa sangat walaupun ramai yang datang hari tu. Maklumlah, boleh pilih mana² bilik & istirehat dalam tu. Ruang tamu nya pun luas. Jadi takdelah rasa rimas & bersesak² kan. Anak² nak berlari sana-sini pun takde yang kisah!... Ruang dapurnya pun luas, Peti ais & pinggan mangkuk pun ada. Senanglah nak memasak kan.
Kalau sesiapa berhajat nak menyewa ke atau bertanya kadar sewaan boleh hubungi nombor yang tertera kat atas tu ye....
0 comments:
Post a Comment