PIZZA MUDAH & SEDAP

Monday, September 21, 2015
Malam ni Baba black out awal... Ila pulak yang payah nak tido.  Jenuhla Mama paksa dia tido.  Baby sorang ni kalau datang time dia susah nak lena, Mama yang naik letih.  Maklumla.. budak breastfeed... memang nak bergayut kat Mama ajelah kejenya.  Tu yang banyak projek menjahit Mama terbengkalai.  Kalau buat time siang, dia akan sibuk panjat katil & dok hulur jari kat jarum mesin!... Jenuh Mama nak kena kuis jarinya tu... Kalau tak pun, sibuk nak tekan or rampas pedal kaki.  Arrgghh... pendek kata... baik Mama tunggu dia tido.  Semalam berjaya jugak Mama siapkan baju anak Adik yang dah lama terperam.  Sambil² Baba layan movie kat sebelah.  Maklumlah, mesin jahit dgn pc ni sharing meja yang sama...hehehe... 

Ni dinner tadi.  Mama nak buat dinner yang simple untuk anak².  Mama & Baba dah makan nasi goreng sardin baki dari peti.  Tapi bila siap pizza ni, Baba pun menyibuk sama.  Siap request buatkan lagi pulak tu.  Isshhh... Baba ni...(Mama agak dah Baba & Tiha yang akan over)...

Haaa... pizza guna roti putih aje.  Sos nya saya gunakan kuah pasta.  Boleh juga guna sos tomato or kuah pasta prego tu... 

Sapukan sos, taburkan cheese (saya guna mozarella - boleh guna cheese lain juga) & susun Pepperoni. Nak tabur cheese kemudian pun boleh, polis tak marah punya... hehehe...  Topping kat atas ni boleh aje ubahsuai... gantikan dengan sosej ke, potong crabsitck tu ke... Kalau taknak guna kuah pasta, boleh juga sapukan tuna dllnya... Tak kisahlah kan, janji sesuai dengan tekak kita...

Dah siap... Sedapnya setanding pizza jugak... (saya bakar 180c selama 10-15minit)... Masa pembakaran terpulanglah ye.. Janji cheese tu dah cair pun ok.  Kalau nak rangup sikit, tunggu lama sikit.  

Yang ni pula saya gunakan wrap (brand Mission - garlic flavour)  Saya sapukan sos pasta & taburkan cheese.  Sos pasta tu dah ada lengkap beef, mushroom & carrot pun kan.  Saya tak letak pepperoni tu takut terasa masin plak sbb wrap ni nipis aje...

Saya preheat oven 180c & bakar hampir 10 minit utk dapatkan tekstur yang chrunchy.  Sedappp!!.. Berebut² & tak cukup pulak jadinya.  
 Dulu² zaman tak pandai buat doh pizza, memang selalu saya buat pizza macam ni, gunakan roti pita, roti arab, kulit puff dll... Bab cheating, mestilah terror... hehehehe...

Semalam sempat snap adengan menjahit.  Kali ni saya nak tunjuk penggunaan salah satu tapak menjahit yang saya beli dulu tu.  Patutnya saya boleh cantum sambil kedutkan terus kain tu.  Tapi kali ni saya kedutkan dulu & cantum kemudian sbb bimbang kain tak cukup.  In case kain tak cukup ke apa, bolehlah saya regangkan sikit kedutannya tu.  Dengan tapak ni, tak perlulah bimbang kedutan tu tak sama 'berat'.  Dulu masa guna manual (jahit kasar & tarik), manjang je tak sama kedutannya tu.  Bila pakai boleh nampak sana sarat, sini tak berkedut... hahahah... Maklumlah buat keje asyik nak pantas aje.
Tapak kedut (pleated foot)... mudahnya nak buat kedut.  
 Masa memula guna, saya gagal menghasilkan kedutan pun.  Mula lah naik angin ingatkan barang ni tak bagus... haahah... Tapi bila dah pandai, tau lah saya nak ketatkan tension ke, nak adjust saiz jahitan ke.  Kali ni saya gunakan jahitan paling kasar & tension pada no.5.  Dan... menjadi dengan jayanya!!!... jadi pandai² lah laras tension & saiz jahitannya tu bergantung pada jenis kain.


Hasilnya.... Jahitan bawah tu saya gunakan jahitan zigzag biasa & gunakan tapak yang sesuai..
Pleated foot utk mesin portable (tapak kedut)

Round hemmer foot (jahitan tepi bergulung)...
Nak tau detail tentang tapak² jahitan yang ada boleh tengok kat sini & bolehlah cari tutorial kat youtube untuk lebih faham cara guna ye.  Gambar tapak ni saya google aje supaya lebih jelas rupabentuknya...

P/s : Tak sabar nak semua foot yang saya dah beli tu.  Harap² Baby Ila makin behave supaya senang sikit Mama nak menjahit dengan aman.. hehehe..




2 comments:

{ lia ummiirfan } at: September 21, 2015 at 5:18 AM said...

simple dan mudah pizza tu! nak buat gak .. :))

{ Kina } at: September 21, 2015 at 2:16 PM said...

Aah.. Mmg simple.. Rasa hampirsama dgn pizza ajer... Hehehe.. Kalau nak cute, potong roti bulat2, tekap dgn cwn ke.. Lebihan tu boleh guna buat cucur or puding roti... :)

Post a Comment