SOTO AYAM , KARIPAP KURANG CACAT DAN....

Thursday, September 17, 2015
Tergelak saya sorang² bila dah detect kenapa kek Choc Moist saya hari tu tak se'moist' yang biasa saya buat.  Rupa²nya saya terlupa letak susu pekat!... hahahaha... Selepas berhari² barulah saya teringat yang saya lupa nak ambil susu pekat dr dalam peti.  So.. kemungkinan telur gred A yang saya pakai hari tu bukanlah puncanya kot.  Resepi ni dah banyak kali sangat saya buat, biasanya memang cantik molek kejadiannya... Tapi selepas 5 tahun saya tak buat kek tu lagi, jadi memang boleh nyanyuk sikit.  Tambah² banyak sangat benda yang dok berlegar dalam kepala ni... 

Sebelum saya terlupa nak simpan resepi soto yang saya rasa sangat sedap ni, elok saya settlekan malam ni juga.  Biasanya saya buat kuah soto, sama aje dengan sup ayam.  Tapi dah lama saya teringin nak buat kuah yang lebih 'keruh' warnanya tu.  Lepas belek sana-sini, terjumpalah resepi Kak Amie kita.  Saya copy paste balik kat sini untuk rujukan akan datang.  Resepi ni pastinya jadi rujukan untuk buat soto lepas² ni.  Memang kuah Soto macam inilah yang saya cari² selama ni.  Thanks ye Kak Amie... 

Bahan -bahan:
1 kg ayam - bahagian dada
3 kampit ketupat - rebus melebihi 90 minit - angkat, toskan, sejukkan dan potong kiub
1 cawan kacang tanah - goreng
1 mangkuk taugeh - (sebaik-baiknya tunas kacang hijau - buat sendiri lebih baik)
150gram soon - goreng dan toskan
bawang goreng
hirisan daun sup


Bahan tumisan untuk kuah soto:
1 sudu makan lada putih - tumbuk
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
garam /perasa pilihan
2 liter air
minyak untuk menumis


Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
5cm bonggol pokok sup
5cm halia
5 biji buah keras
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan semua rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan buah pelaga kecuali lada putih tumbuk.
3. Masukkan ayam dan balik-balikkan hingga layu.
4. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
5. Masukkan lada putih, garam dan perasa pilihan. Tutup periuk dan perlahankan api.
6. Apabila ayam telah masak, angkat dan toskan.
7. Biarkan sup terus direnih dengan api paling perlahan.
8. Goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
9. Carik-carik isi ayam dan masukkan tulang ayam tadi ke dalam sup / kuah yang sedang direnih.

Bergedil saya buat ikut cara lama.  Cuma kali ni saya gunakan isi ayam dr kuah sup tadi.  Kentang tu digoreng dulu & saya masukkan kesemua bahan dlm food processor.  Memang mudah aje prosesnya.  Bahan wajib dalam bergedil saya pastinya bawang goreng & lada sulah... Kalau ada daun sup & daun bawang, boleh juga nak tambah.  Garamnya jangan dilupa ye.  Nak goreng, just celup dalam telur yang dipukul sedikit...
 Baru² ni saya buat karipap sardin.. masih gunakan kulit style Mat Gebu yang memang menghasilkan karipap gebu dan rangup.  Kali ni saya buat agak banyak.  Nak perabiskan inti sardin yang dah lama berkampung dalam freezer tu.  Hampir 50 biji karipap saya kelim malam tu & hasil keliman pun makin cantik.  walaupun takla perfect lagi, tapi kurang² taklah malu nak jamu dekat tetamu.  Syukur sangat sumpahan kelim karipap saya hampir berakhir...
Antara karipap yang dibekukan... Saya susun karipap (jarakkan) dalam tray/pinggan then bekukan.. bila dah beku, saya humban aje dlm bekas.  Jadi takdelah melekat dekat each other.  Kalau cara lain.. boleh juga goreng sekejap or bakar sekejap (suhu 160c, bakar selama 10 minit)... 
Ehh.. ada tambahan dan pulak kat tajuk atas tu... Dan untuk apa ni?  Dan tu sebenarnya saya dah jumpa sebuah rumah yang diibaratkan my dream house siang tadi!  Saya katakan dream sebab memanglah saya tak mampu lagi untuk memiliki.  Tumpang happy sebab ada kenalan yang berjaya miliki rumah yang 'perfect' pada mata saya.  Bukan bunglow, bukan semi d tapi teres yang damai & lengkap.  Pendek kata, kalau saya dah dapat rumah macam ni, rasa macam dah jumpalah rumah yang saya impi²kan...  takyah nak kejar² nak rumah besar ke apa.. memadai lah simple & homey macam tu.

Sebenarnya kawan kepada husband ni invite kami untuk Rumah Terbuka sempena Raya.  Tapi atas sebab tertentu, ditunda ke tarikh hari ni.  Bila kami sampai ke area Denai Alam.. memang mata saya & Suami terpaku tengok rumah² sekitar kawasan tu.  Taste kami memang sama... jadi memang melopong lah... Bila masuk pula ke dalam rumah kawannya tu.. makin melopong lagi dan lagi.  Saya tak pandai nak ambik gambar, jadi kalau saya share gambarnya pun, takkan nampak secantik realiti.  Jadi saya snap kat bahagian dapur aje sikit sebelum tetamu lain datang.

Tuan rumah ni pun terror memasak.  Pernah ada blog memasak juga.  Tapi dah lama tak berblog, maklumlah bz bekerja & membaking...

Susun atur dapurnya sangat simple.. Kedudukan dapur memang lain dari yang lain... saya tengok design rumah, memang modern & kebaratan.  Very simple n cosy! Nampak tak banyak rak pun kan?
Haa.. dining nya kecik aje.. sebab hanya ada seorang anak... Bench untuk duduk itulah 'kabinet' barang dapur dia... Good idea kan?  Saya suka sangat dengan idea yang bernas macam ni.  Jadi rumah tak terlalu sarat dengan kabinet serta tak perlu memanjat untuk capai barang!  


Fiza ni suppliers cheesecake untuk Gloria Jeans Bangsar South juga.  Sedap sangat Cheesecake nya tu.  

Ini pintu dapur... kedudukan dapur di bahagian tengah rumah (sebelah tepi) bukannya di belakang macam selalu. Selepas dapur ada lagi satu ruang yang dijadikan living (terdapat 3 living area yang selesa)... Di belakang rumah masih ada ruang rumput & pot lepak²

Ini living kedua... Ada satu lagi living di depan & di atas rumah.  Bila bukak sliding door.. ada backyard dengan rumput menghijau serta kerusi meja DAN... Playground!!!  Just imagine... bukak pintu pagar, terus tembus ke playground pula... Pemandangan seluruh perumahan memang cantik sangat.  Menyesal saya tak tebalkan muka ambik gambar keseluruhan rumah ni tadi... 


Nampak tak pagar coklat di tepi tu?  Itulah pagar rumahnya... Terkulat² saya menengok suasana rumah & sekitarnya yang tak jemu mata memandang... 

Playground ni tak open/expose mcm kat tempat lain sebab memang dikelilingi pagar rumah... Jadi rasa selamat sikit anak² nak bermain kan...
 Ikut cakap Fiza, lain rumah.. memang lain designnya.  Macam style apartment saya duduk sekrg, lain blok memang lain design dalamannya.  Malahan rumah saya & rumah sebelah pun tak sama rekabentuknya!  Jadi boleh pilih ikut taste masing² walaupun duduk di kejiranan yang sama.  Moga² suatu hari nanti, sampai hajat saya nak miliki my dream house ala² macam ni!...

P/s:  Kalau tak dapat pun, fikir positif saja.  Jika Allah beri kita kesihatan yang baik, ada tempat berlindung & cukup makan minum... dah dikira bertuah.  Tiapkali hati meronta² inginkan sesuatu yang melebihi kemampuan, cepat² saya fikirkan tetang mereka² yang kurang bernasib baik dalam dunia ini.  Secara automatik saya insaf & jadi malu dengan diri sendiri.  Bersyukur lah dengan apa yang kita ada!..




0 comments:

Post a Comment