KARIPAP TERLAJAK RANGUP

Tuesday, September 20, 2016
Resepi saya dapat dari FB.  Tertarik dengan bahannya yang satu ni.. iaitu 'cuka' jadi saya terus cuba.  Ramai yang tanya tak masam ke letak cuka?  Alaa.. takat sesudu untuk sekilo tepung, takde lah masam kan.  Dalam kek lagikan letak cuka untuk dapatkan tekstur gebu tu.. Pancakes and cucur pun boleh gunakan cuka sebagai pelembut & merangup.  

Karipap ni memang rangup.  Amat puashati dengan resepi ni.. 
Ini link FB tempat asal empunya resepi ni ye.  Saya copypaste kat sini balik sebagai rujukan masa depan.

1 kilo tepung gandum
2 cawan minyak panas melegakk
1 sdb garam
1 sdb cuka
1 1/2 cawan air ais..

* Untuk makluman, cawan yang digunakan bukanlah cawan metrik (cup) tu tetapi cawan kaca yang biasa kita hidang teh/kopi (bertangkai) tu ye.  Saya juga letak sedikit marjerin dalam cawan tu & tambah minyak secukupnya.

Caranya:

1. Gaul tepung gandum dan garam sampai sekata.
2. Panaskan minyak sampai mendidih & tuang di atas tepung, kacau rata menggunakan senduk
3.  Campurkan cuka dalam air sejuk & diuli dengan tepung tadi.  Ingat ye kalau nak buat doh pastri ni jangan diuli lama supaya doh lebih rangup.  Cukup diuli sebati.. tak perlu uli lama² macam roti tu tau

Selamat mencuba!!


0 comments:

Post a Comment