2 THUMBS UP

Wednesday, September 28, 2016
Kisah lama juga ni.  Baru terjumpa gambar² ni.  Mak Su yang offer budak² ni ikut since Mak Su kena handle booth make up. Auntie Izah pon ada sekali masa ni sebab Mak Su akan sibuk dengan booth mekap nya tu.  Malam sebelum pergi tu, Misha kata tak nak ikut.  Esoknya bila Mama ke bilik diorang.. Ehhh.. semuanya dah lesap!  Rupanya Misha pun ikut sekali.  Sekali sekala Auntie Izah akan hantar Wassap bagi update kat Mama.  Wahh.. bukan main sakan korang kat sana ye... !

Muka budak² ni jadi bahan eksperimen Mak Su.. Malam sebelum tu macam² animal dah diorang jadi.. hehehe...

Ni acara deco cupcakes.... Diorang tak menang.  Tapi masing² bawak balik cupcakes hasil nukilan diorang.  Oh ye.. untuk masuk ke semua acara ni kena bayar RM10.  Ada macam² aktiviti, memang berbaloi sangatlah kan.  Thumbs Up ni selalu diadakan, yang kali ni dekat Bukit Jalil. 

Acara mewarna... Tiha jadi Naib Johan... Ieqa tak puas hati tak menang & dok cakap tak aci lah kena lawan dengan budak² besar.  Tapi kesian jugaklah budak prasekolah nak bertanding dengan budak² sekolah kan.

Ehhh.. pandai pulak budak ni melukis.. hehehe... 






Ini pulak aktiviti membina.  Saya dah inform Izzah.. make sure Tiha masuk acara ni selain dari mewarna. Tiha memang suka bina membina bahan ni.  Kat rumah ni dia buat sendiri busar panah & anak panah tau.  Cantik pulak tu.  Memang bolehlah dia berangan sambil memanah Adik²nya... hehe... Boleh kata every weeks ada aje hasil binaan yang dia buat.  Kerja tangan dia not bad sebenanrnya.  Mama pun kagum menengoknya.  
Alhamdulillah.. acara ni Tiha dapat no. 2 juga.  Okaylah kan sebab dia bersaing dengan yang umur 11 & 12 tahun juga..
Budak ni tumpang sekaki.. Auntie Izah yang banyak tolong tu.  In fact budak ni tak bayar penyertaan pun tapi diorang bagi dia join sekali... Yang kelakar tu, Kakak² bagitau.. ada tragedi sikit.  Ada sekali tu pemenang utama nama Isha.. laju je dia naik nak ambik hadiah!! Memang kelam kabut la tukang bagi hadiah tu.  Ye lah mesti serba salah sebab budak kecik kan... hahaha... Aduhai.. Nasib baiklah Misha ni jenis slumber aje menghadapi situasi... hahaha... 



Untuk kuiz pulak, mujurlah Ieqa ada menang 1.  Berani jugak budak ni menjawab soalan ye.  Ieqa ni penakut sangat budaknya... Tu saya pelik.  Tiha pula menang 2 hadiah untuk acara kuiz.  Dapatlah 3 biji bantal smileyni... Haa.. bolehlah bagi kat Adik² sebab Tiha dah menang 2 hadiah utama.  

Malam tu sampai ke rumah dengan penuh ceria.  Thanks Mak Su & Auntie Izzah!  Seronok bukan main budak² & dok ajak Mama & Baba joint lagi aktiviti ni.  Adusss..!!!



Muka Ieqa yang tak puashati sebab menang 1 acara aje... heheheh... Nasib baiklah Misha jenis tak kisah.  Jadi saya tak bimbang sangat dia nak merajuk ke apa.  Misha ni memang spesis happy go lucky sepanjang masa.  Jadi menang takde hal lah nak jelous tengok orang bawak hadiah banyak mana pun.  
Thx Mak Su & Auntie Izzah sebab sanggup bawak budak² ni.  Diorang tak buat hal kan?  Budak² ni kalau diajak outing... pesanlah apa saja, memang semua patuh habis.. hehehe... Lapar ke apa ke, diorang takkan merungut.  Good girls!



0 comments:

Post a Comment