Since cuti Raya Korban kali ni agak panjang, sempatlah kami balik ke Jengka sekejap. Emak siap called nak make sure memang jadi balik sebab nak request hubby balut ketupat. Nak jadi cerita 2 hari sblm balik tu, Baba demam teruk. Nak cancel balik kampung, tak sampai hati pula sebab Mak dah beli barang² nak buat ketupat. Jadi kami gagahkan juga balik kampung & berharap condition Baba makin Ok. Sebelum balik, saya buat Brownie 2 biji. Adik yang requet sempena Birthday dia.
|
Tiha request nak deco brownie dengan baki Strawberry compound dalam peti ais. Bila saya datang balik.. ini jadinya! Dia potong plastik untuk icing tu besar sgt.. langsung takleh mendeco... heheheh.... |
|
Ni sebiji lagi.. togel aje.. tak letak apa². Brownie saya kali ni kurang kick. Xtau lah kat mana silapnya... Tapi kali ni saya buat 2 adunan sekaligus & pembacuhnya ialah Tiha. Saya sibuk basuh pinggan sambil bagi arahan & pantau dari jauh aje... Adakah ??? Tapi brownie tetap licin dimakan semua.. Alhamdulillah... |
Kat kampung, anak² paling seronok sebab ada ramai geng! Saya pun jarang panggil Tiha tolong kerja dapur sebab bagi peluang dia main dengan sepupu² puas². Terutamanya Bestfriend forever dia.. Izz. Kalau diorang berjumpa, siaplah Laieqa dengan Misha jelous sebab rasa diabaikan. Kali ni Kak Yana (anak Abang Sulong) offer budak² ni berinai. Haaaa.. sakanlah semua orang tadah tangan dengan tekun. Yana ni memang 'cari makan' dengan berinai aje. Pelanggan tak putus². Alhamdulillah... rezeki didatangkan Allah dengan pelbagai cara kan.
|
Budak tak reti duduk diam ni pon 'alah' dengan Inai. Walaupun akhirnya inai nya habis comot² juga.. heheheh... |
|
Tangan² berinai.. Eh.. jejari montel siapakah itu??? Cute aje kan tangan bebudak ni |
|
Nak tengok hasil kerja anak buah saya ni, boleh masuk ke FB dia Syaziana Zakime |
Malam Raya lepas menyediakan juadah Raya... kami bergerak ke KL. 2 hari kat Jengka memang non stop kami di dapur. Satu demi suatu request yang datang. Oooo... sedap aje korang main order ye. Sampai naik termengah² semua orang sebab kekenyangan!
Esoknya selepas Solat Raya... aktiviti biasa di Raya Korban.. Aktiviti Korban di Hulu Langat.
|
Cutenya Biri² Tok Ki ni... |
As usual selepas tu upacara mengagihkan daging korban pula. Staff Kina Kitchen memang tertunggu bahagian mereka dan bahagian² yang orang lain tak nak contohnya kaki & kepala lembu. Beraya sakanlah diorang hari tu. Seronok dapat gembirakan staff yang menjadi tulang belakang kami selama ini. 1/3 lagi pula kami agihkan kepada 4 orang jiran & 1/3 lagi saya simpan sebagai stok kami. Alhamdulillah.. selesai sudah!!
0 comments:
Post a Comment