BISKUT CORNFLAKES CHIPS

Wednesday, September 7, 2016
Mari mengulangkaji resepi Hari Raya yang lepas.. hehhe.. Dah nak masuk Raya Haji, baru nak masukkan resepi Biskut Hari Raya Aidilfitri... hehehe.. memang betul² resepi basi ni.. :P

Apapon meh saya share resepi yang amat mudah pembuatannya & pastinya menarik minat anak².  Bahannya simple & tak guna telur pun.  Sesuai la untuk mereka yang alergik telur kan.  Resepi ni saya ceduk dari FB dan empunya resepi pula maklumkan resepi ni datangnya dari Azlita Masam Manis.  Saya copy paste balik kat sini ye.. 

Biskut Cornflakes Cips...

150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
1st esen vanila
Coklat smarties utk hiasan

Mula-mula kita satukan butter dan gula.
Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata..
Masukkan tepung dan gaul rata
Masukkan cornflakes,cip coklat dan esen vanilla,kemudian gaul rata..
Sudukan atas dulang pembakar..
Letakkan hirisan ceri/smarties atas adunan tadi..
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit..
Suhu 170C..
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing..
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas
kedap udara..

Haa.. simple kan?  Bolehlah cuba buat...

As usual.. hasil tangan Tiha... Adeh.. digentelnya jugak!  Suka betul la Tiha ni menggentel kuih... 

Ini Asst Tiha ni... Suprisingly dia tak mengganggu pon orang buat keje.  Sama ada dia memerhati or tolong apa yang boleh.  Cthnya hulurkan barang ke.  Memang layan dilantik jadi Asst Tiha si kenit ni.  Yang paling Mama pelik.. dia tak curi makan cookies!!! Langsung tak melalak nak mintak ke apa.. bila Mama offer 1, dia pun makan 1.  Mama tak offer dia dok diam² aje perat biskut tu.  Good girl kan??

As usual.. Mama tak berkenan kuih bentuk bulat² ni.. Jadi Mama suruh Tiha cedok pakai sudu aje dan letak atas tray... Haa.. kan senang.. Nampak lagi crispy kan? 
Maka siaplah satu jenis kuih lagi untuk Raya kali ni.  Diam tak diam kami buat 6 jenis biskut raya!  Kononnya tak berkuih raya sangat tahun ni.  Tapi Mama yang jadi excited sbb tengok Tiha bersungguh nak buat biskut.  Terpaksalah Mama merajinkan diri sikit.

0 comments:

Post a Comment