RAINBOW COOKIES

Thursday, September 15, 2016
Adusss... tak habis lagi pasal cookies Raya ni ye... heheheh.. Nak tak nak saya kena letak juga in case saya nak buat lagi ke cookies ni.  Tiha memang excited sangat dengan biskut kali ni.  Maklumlah boleh gunakan piping bag.  Main dengan colour plak tu.  Saya buat ni pon lepas belek resepi itu ini sebab nak habiskan stok putih telur.  Bila terjumpa resepi ni, saya pon excited sbb for sure Tiha akan enjoy sangat.  Rainbow cookies ni juga digelar Lidah Kucing.  Tapi saya kurang berkenan dengan nama tu sejak mula² dengar.  Memang tak terlintas nak buat sbb tak sanggup nak makan 'lidah kucing'.. I love cats ok... walaupun sekadar nama, sudah cukup membantutkan seleraku...hehehe.. and then nak buat biskut ni juga nak kena beli acuannya tu.  Agak mahal & tak berbaloi kalau beli setakat nak buat sekali sekala aje.  

Mujurlah dapat idea ni.  Suspense juga kalau² tak menjadi seperti yang diharap.  Alaaa.. kalau tak jadi pun apa kisah.  Janji anak² happy kan... 

Dah siap dibancuh... Saya letak 6 warna aje... Waa... jangankan Tiha.. sayapun excited nampak warna-warni macam ni... hehehe...

Saya gunakan cupcake paper ni sebagai acuan... Deko lah sesuka hatinya.... Itu tugas Tiha lah kan.. 

Dah siap... pilihlah design mana paling mudah & umpphh..


Inilah pilihan Tiha & Mama... Mula² ni tak berapa pandai control lagi... Tapi takpe.. bila bakar nanti cantik aje hasilnya...

Dah siap pun!
Dah sejuk cepat² simpan sebab biskut ni tersangat nipis, mudah lemau ye.  
So.. berakhirlah tugasan Tiha as Baker untuk Hari Raya bila siapnya cookies ni.  Inilah biskut terakhir dia & paling fun sekali!  Untuk resepi boleh refer kat sini ye :

Lidah Kucing Pelangi
Sumber:Fatmah Bahalwan & Citarasawan

Bahan-bahan:
250g mentega
175g gula halus
100ml putih telur
200g tepung gandum
50g tepung jagung
1/4 st emplex (perangup biskut)

Pewarna Ungu,biru,hijau,kuning,oren dan merah

Loyang Lidah Kucing digris dengan mentega

Cara-cara:
1.Ayak tepung gandum,tepung jagung dan emplex.Ketepikan.
2.Pukul mentega dan gula hingga berkrim.Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar
hingga sebati.
3.Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
4.Bahgikan adunan kepada 6 bahagian dan letak pewarna berlainan.
5.Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam
loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
6.Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15 minit.
Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menenggelamkan warna pelangi.
7.Biarkan biskut suam2 kuku dan terus simpan dalam bekas kedap udara.
. Biskut ini cepat lemau jika dibiar terdedah pada udara.Biskut yang lemau boleh dipanaskan
semula selama 5-8 minit dalam oven yang dipanaskan dahulu dan akan rangup kembali.

Okaylah.. banyak tugasan lain menanti... Nitee!!!


0 comments:

Post a Comment