Haa.. lupa nak inro family members baru kami. Baru tak baru pun.. since Ramadhan la jugak kami dikunjungi tetamu ni. Asalnya si kucing ni ikut anak² naik ke rumah time balik sekolah. MAcam biasalah.. bila ada tetamu, kena lah jamu makan² sikit kan. Lepas dah kekenyangan, main² dengan anak²... Nampak si kucing ni macam nak keluar. Budak² ni macam tak nak bagi tapi Saya cakap.. "takleh kurung dia.. mana lah tau dia ada baby ke apa. Mesti baby dia lapar tunggu Mama dia tak balik²". Jadi kami lepaskanlah tetamu baru yang well behave ni keluar.
Lewat petang Mama mintak Tiha turun ambik daun pandan. Elok je Tiha masuk, nampaklah si kucing ni terkial² naik tangga & terus masuk rumah bawak baby! Anaknya cute sangat!!! Mama terkaget sekejap... Aduhh.. nak halau, tak smapai hati... Jadi biarkan ajela dulu. Kesian juga sebab mesti dia nak mintak menumpang teduh kan sampai nekad mcm ni. Siap boleh cam yang mana pintu rumah kami tu.
Since berbaby.. kami provide kotak & kain buruk untuk tempat tido diorang ni. Elok je dia masuk duduk dalam tu. Anak² dah namakan kucing diorang ni Manja. Manja ni memang jenis baik, tak suka meraung² ke apa... Kalau nak membuang, dia mintak keluar. Kalau sebelah malam dia nak membuang, dia masuk bilik air. Fuhh.. lega sikit la. Kalau dia turun ke bawah, dia akan mengiau depan pintu bila nak masuk rumah.
|
Rezeki yang tak dijangka... |
|
Comel & baik... Dah dekat 10 ekor cicak dikerjakan si kucing ni.... |
Manja ni memang smart. Dia cam yang mana kereta kami... Kalau dia dengar enjin kereta, meluru dia datang. Kami pernah bawak dia balik ke kampung pun sebab bimbang takde yang jaga dia nanti. So sekarang ni kadang² dia ikut saya & anak² time ambil Tiha or Ieqa kat sekolah. Manja pun tengah sarat tu... tak lama lagi bakal dapat baby lagi. Bebudak ni memang tak sabar habis. Mama yang susah hati sebab Manja ni jenis suka merewang sikit... Kadang² seharian dia turun, malam baru muncul. Jadi kalau ada anak, memang susah sikitlah nak dengar kalau time dia balik... suaranya pon memang halus aje. Masa awal² dulu sblh malam dia balik 11.30... tapi ada sekali tu dia tak balik² sampai kol 1.00. Baba kena turun panggil. Sekali lagi tu pulak Baba tak berjaya jumpa dia kat bawah. Terpaksa la Mama & Baba berjaga sampai jam 2.00 tunggu dia balik sebab bimbang anaknya lapar. Sekarang ni so far sebelah malam dia tido aje kat rumah, takde mintak keluar dah. Harap² bila babynya keluar, dia takla rajin merayap lagi. Jenuhla kami nak menunggu depan pintu!!..
Ehh.. ada gambar makanan dalam entry ni rupanya. Banyak entry saya buat draft aje dulu. Ni entry draft yang lama² tapi takde mood nak post. Tu yang saya lupa apa intipati nya.. hehehe... Takpelah... saya mention ajelah apa makanan kami masa bulan puasa. Semua makanan menghabiskan stok dr freezer sebenarnya.
|
Chicken pie kesukaan anak² |
|
Yang ni batch kedua... sayang overcooked sikit jd ada rasa dry... pasni dah tau, jangan gatal² nak masak sampai terlalu garing... heheheh |
|
Ni pula sandwiches. Ada pelbagai inti iaitu chicken ham, chilli tuna mayo & egg mayo. Yang anak² takde bersayur just tambahan cheese. Memang best kan buat sandwiches sarat macam ni. Aduhh.. tetiba terliur lah!!! |
Okaylah.. nak rest pulak. Tadi baru aje siap skirt 1/4 circle untuk Misha & jahit apron Kina Kitchen yang terbertas poketnya. Tu je projek minggu ni... Ada lagi a few task menunggu, tapi tunggulah mood datang dulu... hehehe... Nite!!
2 comments:
mungkin boleh consider untuk kasi/neuter/spay Manja
Aah.. memang dalam perancangan. Actually Baby Manja, Lala dah takde. Thats y kami biarkan Manja dapat baby lain untuk replace baby lamanya tu. Lepas ni bolehlah neuter Manja. Thx for the advice..
Post a Comment