PROJEK DIY TIHA

Thursday, October 27, 2016
Tiha memang hobinya buat² aktiviti DIY or memasak.  Masa saya tgh buat entry ni, dia tengah siapkan batu seremban di meja menjahit Mama.  Ada 4 tempahan katanya.  Mama suruh dia jual 50sen aje sebiji & RM1 untuk beg nya.  Jadi sibuklah dia menyiapkan 20 biji batu seremban & begnya Mama taktau lagi macam mana nak buat... hahaha... Bahaya nih.  Nanti bila dah siap saya share ye.  

Next week dia terpilih untuk pertandingan bunga.  Hari tu dia ada tunjuk 1, dia buat rose.  Mak Aaii.. macam real!  Lupa saya nak ambik gambar.  Lagipun banyakk sangat hasil kerja budak ni.  Mostly Mama terjumpa bila benda tu dah jadi bahan sepahan Adik².  Haa.. kat bawah ni saya nak share "moving fish".  Asalnya saya ternampak videonya kat FB... macam best aje.  Saya tunjuk kat Tiha.  Esoknya saya jumpa ikan yang dah terpenyek atas lantai... heheheh.. 

Laa... Mama baru nak ajak dia buat ramai².. rupanya bangun pagi esok, dia dah siapkan pon... Boleh refer sini untuk tutorial nya ye.. senang aje.. https://www.facebook.com/salimah.olie/videos/10210408628951244/
Ini pula Birthday card Baba.  Masa ni dia nak exam.. saya bagi dia masa a few hours untuk card ni.. Malam tu dia bagi kat Baba...
Not bad kan?  Siap ikat dengan ribbon ni... 
 Dan dalamnya pula...
Tadaaa... Belon2 tu siap boleh berdiri lagi... hehehe... Keknya pun !

Budak ni kalau buat benda² macam ni memang rajin.  Kalau tak bagi pun dia curi² buat.  Cuba suruh dia study.. Mak Aiii... Mama tinggalkan kejap aje, tgk dah start ngular.  Actually dalam malas²nya tu.. resultnya not bad.  Last year (darjah 3) dia dapat no. 4 utk sekolah & no. 1 dalam kelas. Sains dapat subjek terbaik. So kalau dia rajin, Im sure dia boleh score lebih lagi.  Macam tahun ni, macam pehapa aje sbb Mama bz dengan Kina Kitchen... Esok nak exam baru nak belek buku teks!  Tahun depan tak tahulah macam mana.  Penat juga Mama nak kejar budak ni.  Pening.. pening...

P/s :  Mama dulu tak pernah sekali pun Tok tanya ada homework tak?  Or tak study ke?  Tok lagi ngamuk sebab tengok Mama taknak tinggalkan buku tau!


0 comments:

Post a Comment