NASI KABSAH

Monday, October 3, 2016
Sekali lagi buat Nasi Kabsah.  Kali ni cuba resepi lain pula.  Saya buat ni sebab dah 'terbeli' rempah Kabsah kat Kedai Arab tak lama dulu.  Nasi Kabsah yang saya buat ni tak sama macam yang biasa kami makan di Saba'.  Actually Nasi Arab ni memang ada banyak variasi.  Macam Saba' tu makananya berasal dari Yemen bukan dari Saudi.  So jangan pelik la rasa nasi Arab ni tak sama antara satu sama lain.  Cara buatnya simple aje cuma bahan yang digunakan tu agak banyak.  Saya masak nasi ni sepenuhnya guna periuk Alumite aje.  Alhamdulillah nasiknya lembab, lerai dan tak berkerak.

Resepinya dari web ini ye.  Saya translate ke BM untuk saya refer nanti²... ada juga sedikit perubahan dari segi sukatan (resepi asal gunakan lbs & oz)

Kabsa Dish

1⁄4 cawan butter
1.3kg ayam (Seekor ayam potong 8-10)
1 biji bawang besar dimayang
6 ulas bawang putih dimayang
1⁄4 cawan tomato puri
*400 g tomato (2 biji tomato dipotong dadu) - saya letak sebiji aje
*3 batang carrot disagat
*2 biji buah pelaga
*Secubit nutmeg ( serbuk buah pala)
*Secubit jintan putih
*secubit serbuk ketumbar
*Garam & lada hitam dikisar
4 cawan air panas
1kiub stok ayam
2 1⁄4cups basmati rice (saya rendam 20minit)
1⁄4cup kismis
1⁄4cup slivered almonds, toasted

Kabsa Spice Mix (saya guna rempah dari kedai arab)
1⁄2teaspoon saffron
1⁄4teaspoon ground green cardamoms
1⁄2teaspoon ground cinnamon
1⁄2teaspoon ground allspice
1⁄4teaspoon white pepper
1⁄2teaspoon ground dried limes

DIRECTIONS
Cairkan butter dalam periuk, masukkan bawang besar, bawang putih & ayam.  Tumis hingga bawang lembut & harum.  Masukkan tomato purre & masak seketika dengan api perlahan.

Tambah semua bahan bertanda * dan masak beberapa minit. Tambah air & kiub ayam.

Biar mendidih, perlahankan api & tutup periuk. Teruskan memasak dengan api perlahan selama 30 minit.  Masukkan beras & kacau perlahan.  (kalau nak grill ayam, keluarkan dan grill kan dalam oven).  Masa nak masukkan beras tu cek sukatan airnya.  Untuk beras basmathi saya guna 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air

Masak nasi hingga airnya kering, tutup periuk & tutup api dapur.  Biarkan nasi di atas dapur sekurang²nya 10minit untuk nasi betul² kering dan jangan dibuka penutupnya.  Oh ye.. sebelum tutup periuk ni boleh taburkan kismis tu.  Boleh ditabur badam yang dipanggang tadi masa menghidang ye.

Antara proses memasak Ayam... 
Saya keluarkan untuk digrill
Didihkan nasi sehingga kering & tutup periuk.  Api pun terus tutup masa ni supaya nasi tak berkerak
Grilkan ayam.. sekejap aje untuk bagi garing.  Nak masak sekali dengan nasi pun boleh juga
Lepas 10 minit... Tadaa... nasi dah kering & elok terlerai... Langsung takde yang patah... 
Okay... siap sudah nasi kabsah kali ni.  Baru 2x buat.  Hasilnya not bad.  Nanti² boleh try Nasi Kabsah version macam lain pula.. :)




4 comments:

{ adda syuhada } at: October 4, 2016 at 11:00 AM said...

sedapnyer...

{ cik chinta } at: October 4, 2016 at 1:12 PM said...

alaa...bahan yg kedai arab tu masalah. huhu

{ Kina } at: October 5, 2016 at 9:13 AM said...

Thx Adda.. Bolehla cuba

{ Kina } at: October 5, 2016 at 9:15 AM said...

Miss cinta.. Kalau takde rempah kabsah, boleh buat sendiri rempah. Resepi rempah ada disediakan sekali tu

Post a Comment