SANTAI DI LAKE GARDEN

Wednesday, October 5, 2016
Sempena Birthday Tiha yang ke 10, Mama & Baba belikan roller blade aje.  Maka basikal dia dah di passing ke Ieqa & basikal Ieqa pas ke Misha pulak.  Ila?  Kalau masih ingat kereta tolaknya yang takde stereng Baba gantikan dengan kepala basikal itik Misha yang patah tu.. Haaa.. itulah kenderaan rasminya.  Suka bukan main dia tau.  Biarpun kereta berkepala itik, janji dia suka ye dak?  

Bila Tiha dapat roller blade... memang Adik² pun tumpang excited.  Dalam tempoh 2, 3 hari Tiha dah boleh pusing guna roller blade dalam rumah cinonet kami ni.  Ieqa pun sama... Jadi pakat share lah.  Misha beria² nak main jugak.  Mula² tak berapa nak benarkan sebab takut kakinya terseliuh sbb kasut tu berat, tinggi & besar sangat untuk dia.  Tapi slowly dia curi² main slow²... Now Misha pun dah boleh ber roller blade dalam rumah tau!!  Budak kedcik ni memang berani sikit.  Sekarang ni dia tengah berusaha nak naik basikal without training wheels pulak.  Maybe ambik masa sikit sebab umurnya baru 4tahun kan.  Tapi for sure dia akan usahakan jugak tu...

Excited bila dapat main roller blade dekat park.  Ini pun tujuan kami beli roller blade ni.. Takde lah penuh kereta dengan basikal!.. hehehe... 

Budak ni tak berapa cekap lagi... since dok main dalam rumah, lantai rata jadi dia kaget sikit bila nak kena turun bukit.. hehehe...

Misha laju aje mengayuh basikal tu... Dr umur 3 tahun dia dah boleh naik basikal ni.. Bila Ieqa dah terror berbasikal without training wheels, Misha plak take over basikal kecik ni.  Tapi tak sangka pulak Ieqa takut nak naik basikal Tiha tu.  Mana taknya, basikal Tiha tu sebenarnya jenis break mati... Takde break tangan.  Jadi memang dia takutlah nak naik sebab takleh berenti.  Basikal tu dahla besar dr yang dia biasa bawak.. plus Baba pon cakap memang susah nak control basikal ni sebab dah banyak kali Baba naik... hehehehe... Agaknya memang ada defect kot sebab Adik Ipar beli dengan harga murah sangat (saya ternampak harganya RM16... (????).

Semua orang ada transport.. "Ada aku kisah???"... 

Kesian budak kecoh ni.. berani naik sekejap² aje.  Nantilah hantar basikal ni untuk letak brake tangan.  Bahaya jugak kalau takde brake tangan ni sebab kadang² diorang memang main kat area bawah apartment ni.  Takut terlanggar kereta or orang aje...
Sepanjang kat sini Ila dok bermain atas rumput.  Sekali sekala Misha datang joint sekali.  Suka betul dia main atas rumput ni sampai langsung tak kisah or sibuk nak main dengan kakak²...



Haaa.. tengah setup 'fire' katanya.. heheheh...



Dah bosan sebab dapat naik basikal sekejap² aje... Ieqa siwtch dengan Tiha

Dah pendek jadinya sebab Baba dah turunkan seat basikal ni... hehehe...





Dah nak balik, baru sibuk nak try kayuh basikal.  



Dah Maghrib.. Moh balik...
Ni gambar² lama kami dengan Adik yang di Penang semasa bawak diorang jalan² ke sini.  Saja share sebab gambar cun sebab ambik dengan Iphone Adik...

Aktiviti kami kalau banyak stok kulit roti di Kina Kitchen... 




Okaylah.. dah berapa banyak entry pasal Lake Garden ni kat Kinazone ni kan.  Memang ini antara kawasan favourite kami kalau nak bersantai.. :)

0 comments:

Post a Comment