Percutian Penutup

Sunday, January 13, 2013 0 comments

Percutian penutup ni langsung tak dirancang pun.  Tapi tiba-tiba je suami sibuk ajak jejalan.  Maka saya mengemas apa yg patut, pepagi esoknya kami memulakan perjalanan tanpa hala tuju kali ni.  Mula-mula ingat nak ke Penang & Kedah, tapi adik di Kulim takde plak.  Jadi tukar plan, menyemak aje kat rumah adik di Kuala Kangsar.  Kami memang takde booking mana-mana hotel kali ni sebab perjalanan tanpa hala tuju kami biasanya unpredictable sikit jadi lagi selamat kalau ke rumah adik aje.. hehehe.. 

Biasanya kalau ke Utara kita lalu highway Utara-Selatan tu kan.. Tapi kali ni kami nak explore laluan ciptaan sendiri.  Melalui Bentong, Raub, Sg Koyan & Cameron Highland.  Ada dua tempat lagi kat Cameron kami tak try, Tea Farm Boh di Tuas & Lake House di Ringlet.  Jadi kami nak menyinggah & ambik angin Cameron lebih kurang sebelum ke rumah adik.  

Paginya kami singgah breakfast di McDonald Genting Sempah (saya suka pancakes McD) kemudian terus masuk ke Bentong.  Dari bandar Bentong kami cari pula jalan ke Raub & Kuala Lipis.  Tapi Kuala Lipis tu tak masuk bandar tau, lalu sipi-sipi aje.  Kemudian cari jalan ke Sg Koyan pula.  Tak salah saya jalan ni juga jalan alternatif ke KB.  Once dah sampai Sg Koyan tu, teruskan ke Pos Betau & nanti akan memasuki highway baru.  Memang tak banyak kenderaan di jalan ni tapi bg saya keadaan jalannya jauh lebih selamat berbanding melalui Tapah atau Simpang Pulai.  Cuma jauhla sikit.. heheeh.. 

Dari Mc D Genting Sempah tu kami gerak jam 10.00, sekitar 1.00 lebih baru sampai Cameron.  Ikut jalan ni    kami akan jumpa bandar Ringlet dulu.  Simpang tiga, belah kiri ke Tapah & ke kanan terus ke Cameron.  Lepas bandar Ringlet, kami memerhati sepanjang jalan jika ternampak Lake House Resort.  Saya teringin nak survey sebab kalau tengok kat web macam best je.  Ratenya pun boleh kasi koyak poket.. hehhehe.. 

Elok aje kami sampai di kawasan tasik di Ringlet, di atas bukit sebelah kiri jalan kami ternampak resort yang dicari-cari tu.  Mari kita tengok lebih kurang rupa resortnya.  Dari luaran aje sebab kami tak stay sini, jadi tak nak menganggu penghuni lain.  

Budak-budak excited ingatkan nak stay sini.. heheheh.. Padan muka!!




Lemah gemalai dah jalannya bila tau nak jengok2 aje.. :P


Ieqa dgn aksi melentiknya.. 


Isshh.. interframe Mama punya turn pulak!
Dah! Jom kita gerak.. Lapo ni...
Overall Lake House memang cantik & sesuai untuk bersantai.  Cuma kekurangannya pemandangan lake kat depan tu langsung tak cantik.. hehehe & udaranya tidak begitu nyaman seperti Tanah Rata.  For me alang-alang nak byr rate macam ni, baik stay dekat Smokehouse je (tapi bilik kecik la sikit)....  Kalau nak view lake cantik baik layan Tasik Banding or Tok Bali aje..

Perjalanan diteruskan mencari ladang Boh yang kedudukannya sebelum Tanah Rata pulak.  Saya pernah ternampak signboardnya sebelum-sebelum ni, tapi kurang pasti sikit jadi kena perhati betul-betul.  Kami kurang suka dengan Bharat sebab menjadi tumpuan sangat & kawasan tea farm nya pun tak seluas Boh.  Apatah lagi tehnya dihidang macam kat kedai Mamak aje!!  Tak padan dengan harganya yang mahal.

Ladang Boh ni kalau datang dari Ringlet, kedudukannya sebelah kanan jalan.  Bila dah masuk, uiisshh.. boleh tahan terpencil (macam Ladang Boh di Sg Palas jugakla).  Tapi di sini saya rasa lagi tersorok kot & hutannya pun tebal.  Bimbang juga Boh tak komersial kan tempat ni, tu yg nampak terpencil, tapi takkan nak patah balik kan.  Alang-alang dah masuk, kita teruskan aje perjalanan.  Dah nak sampai tu baru nampak banyak kereta keluar dari sana & parking pun agak sesak.  Oh, ramai jugak orang yang datang ke sini.  Kami aje yg ketinggalan keretapi selama ni.. heheheh

Agak sejuk kawasan ni, berkabus tebal @1.30pm



Menu standard dekat Boh - Cheeding Tea (untuk teh susu) & Afternoon/Palas tea.  Saya ambil kek coklat & strawberry utk Tiha, Choc Melt Brownie utk Ieqa, Scone & Strawberry tart utk saya & suami.  Bagi saya selain tea, scone aje yg best.  Choc brownie tu yg paling tak best!.. hehehe.. Cukupla untuk lapik perut dulu.  

Unlike Sg Palas, kilang di sini memang aktif beroperasi.  Sg Palas tu jarang-jarang mesin kilangnya berjalan.  Lebih pada komersial untuk dilawati la.  Tapi pastinya environment Sg Palas lagi cantik, terutama view dari cafe nya.. Fuhh!! Damai.. Cafe kat sini memang dah agak usang & tak secantik sana.  Tapi kat sini ada tempatnya untuk tengok view cantik tau. Tungguu.....
Haa.. stok daun teh yang baru dituai.  Sepanjang jalan tadi nampak pekerja  Boh tengah sibuk petik daun teh




Ini rupa belakang cafe.  Kilangnya kat tepi ni aje.  
Tadi sebelum ke cafe, kami nampak ada puncak yang boleh didaki.  Nampak macam best je panjat atas tu.  Memang berkabus aje dari jauh.  Jadi sebaik saja selesai mengisi perut, kami menuju ke bahagian tepi cafe pula.
Sebelum tu singgah toilet dulu.  Alang² dah lalu tepi toilet ni, baik selesaikan apa yg patut.  Kang dah memanjat, susah pulak.  Dahle cuaca sejuk semacam je ni.. hehehe
Mama suruh possing sementara menunggu Baba
Budak paling ceria nak mendaki.. (mana tak cerianya, selesa dikelek ke sana-sini, dah boleh berjalan nanti jgn harap boleh berdokong lagi dah.. hehehe)...

Pendakian pun bermula.... jeng..jeng..jeng...



Jenuh jugaklah memanjat dengan budak-budak ni.  Nasib baik semua ok je, langsung tak merungut.  Maybe dah terbiasa kena heret sana sini & cuaca pun dingin aje, jadi memang syok berjalan.  Walaupun memanjat sakan tapi langsung tak berpeluh.  Udara nyaman toksah cakaplah... I really enjoy this kind of environment.. ni rasa macam nak stay lama ni.. hehehe..
Take 5 jap... rilek2 sambil tengok permandangan yg cantik ni.  Hijauuuu je.. saujana mata memandang!!


Nampaknya Baba yang mengah, anak-anak rilek je.. hehehe
Jom sambung mendaki semula... phewww... 






Akhirnya sampai jugak!!! Memang saujana mata memandang.. kabus agak tebal masa ni jadi saya tak ambik banyak gambar pun.  Lagi pun too excited dengan tak puas menjamu mata.
Cuba tengok kat bawah tu... situ la Tea Factory & cafe tempat kita minum tadi... tinggi tak kita panjat???




Aksi senget kena tiup angin... 

Dah berlegar lebih kurang kat puncak, marilah kita turun pula...





Sebelum ke destinasi seterusnya jom ambil gambar kenangan  tanda kami sekeluarga dah jejak ke sini
Perjalanan tanpa tujuan kami diteruskan dengan ke Tanah Rata plak.  Kami sekadar pusing-pusing dengan kereta & singgah di pasar membeli makanan, teh, keledek & jagung.  Kali ni saya tak beli sayur, bimbang rosak sebelum balik KL sebab malam ni nak membuta rumah adik kat Kuala Kangsar pulak.  Jagung tu pun sebab nak dijadikan buah tangan.  Boleh paksa dia buat cucur jagung or jagung rebus.. heheheh.  

Sebelum cari pot utk makan, ajak budak-budak ni singgah ke nurseri jap.  Saja la nak bagi diorang jakun tengok bunga-bunga kat sini.  




Tapi nampaknya anak-anak saya bukanlah berjiwa 'bunga' sangat kot.. diorang takat tengok-tengok lebih kurang aje.  Jadi takde lah menyinggah lama.  Dah tu we all cari pot utk makan pulak.  Kami decided nak ke kawasan ladang Boh di Sg Palas pula.  Walaupun kilang & cafe sudah pasti ditutup, tapi kami just nak makan sambil menikmati keindahan ladang teh aje.  Lagipun makanan & minuman semua dah beli.  

Elok sampai aje, terus duduk & makan strawberry celup coklat diorang.  Tak menyempat-nyempat!! Si Ieqa dok gigit bahagian coklat aje.. eeiii.. nasib baik Tiha sanggup habiskan strawberry yg dah 'cacat' dikerjakan Ieqa tu.  
Tiapkali berhenti makan, nampaknya baby Misha yang paling bising mintak makanan.  IIsshh.. gelabah saya!! Mana taknya, langsung tak prepare apa-apa untuk dia!! Sebabnya dah berbulan-bulan saya cuba offer dia makanan tapi langsung tak nak.  Tapi journey kali ni, asal disuap, tak henti-henti dia menganga.. hehehe.. Ajaib sungguh.  Nasib baikle saya ada beli keledek rebus, keledek goreng & jagung.  Jadi bolehlah suap serba sedikit.  Enjoy sungguh dia makan.

Lepas Maghrib kami bergerak turun ke arah Simpang Pulai.  Kami plan nak dinner kat satu tempat ni.  Adik pernah bawak kat sini.  Menunya agak banyak & lain pada lain sikit.  Dula kami pernah cuba chicken chop nya.. ada pelbagai jenis tau.  Ada dihidang ala tempura, berkuah cheese, blackpepper dll.  Airnya pun pelik-pelik namanya, tapi sedap jugak sbb kombinasi pelbagai buah.

Inilah cafenya, tepi jalan aje.  Kalau dari Simpang Pulai ke Ipoh, pasti lalu depan cafe ni.  Pemiliknya Melayu, pernah berbual-bual masa 1st visit dulu


First time try lamb chop, tapi husband kurang enjoy sbb kuahnya agak manis.  Dulu kami try chicken chopnya agak sedap.  Coleslaw pun kurang best & kami terpaksa bersihkan fries sbb dipenuhi sos.  Takkan nak bg Misha makan fries bersos pula...  

Saya order nasi goreng ikan masin & tom yam campur.  Nasib baik sedap.  Kesian suami nampak macam tak berapa enjoy dengan makanannya.  Nak order lagi satu makanan takut tak habis pula.  Tiha pula order sizzling, saya lupa nak ambik gambarnya.
Dah siap makan, terus bergerak ke Kuala Kangsar.  Actualy adik offer dinner di rumah dia.  Tapi kami tak nak sebab teringin nak makan dekat cafe tadi le.  Lagipun dah kelaparan sangat sebab kat Cameron tadi makan benda-benda merapu aje.. hehehe... Sampai kat rumah adik, terus halau kanak-kanak ni semua tido sblm Mama & Babanya pula menyusul.... krroohhh...kroohhhh.. zzzzz....


Roti Tuna aje

Sunday, January 6, 2013 0 comments
Dah siap!! Jom makan
Tengahari tadi pegi rumah geng lama. Consider bestfriend jugaklah, dari zaman U sampai lah kerja.  Tapi lepas kawin takdela sekerap dulu berjumpa.  Kalau zaman bujang dulu, rumahnya ala² rumahku jua.  Mak my friend ni pon dah tak heran tiba² je ada tetamu tak diundang.  Kononnya dtg kejap je, dok berborak sakan, sampai terus layan tido situ.  Nak pegi keje pinjam aje baju dia.. kekeke.. tak senonoh betul kan.  Really miss that moment.  Saya ni bukan jenis senang nak close dgn orang, kenalan ramai, tapi rapat memang susah.  Then saya memang jenis tak reti nak contact & bertanya khabar.  That's why saya appreciate sangat mereka² yang pernah hadir dlm hidup saya.  Saya akan protect & loyal dengan diorang ni sampai bila-bila, insyaallah.

My friend ni memang terre memasak & kreatif jugak, kalau dulu rasanya dia lagi terre dr saya kot sebab lagi exposed dengan pelbagai makanan.  Saya ni reti masak menu melayu aje.  Tapi lepas kawin, saya dapat suami bertekak mat saleh. Seminggu tak masak nasi pun takpe.  In fact dia lagi suka kot.. hehehehe.. Dulu rasa leceh jugaklah sbb saya jenis yg makan nasi, tapi lama² saya pun dah adapt. Sekarang saya pulak tak berapa boleh telan nasi hari².  So masa majlis akikah tadi, kemain suka la we all anak beranak.  Kambing dijadikan lamb chop, whipped potato, garlic bread & gravy pon sedap!! Saya dah agak, taste Farah ni bukan calang-calang.. tak gitu my friend?? Menu lain pun ada - kue teow goreng, tauhu bakar, nasi minyak, pulut kuning, kari ayam, rendang daging, agar-agar, cupcakes & yogurt cheesecake.  Wahh!! Boleh tercabut semua kancing yang ada!! Hilang la plan nak start berdiet.. huhuuu...

Alahai, panjang pulak saya merapik kat sini.  Nak cite pasal roti tuna semalam yang saya masak ni je pun.  Merapunya yg lebih.  Ala.. resepi ni simple aje, guna tuna dalam tin, tomato cherry (baki beli kat fraser's hill 2 bulan lepas.. kekeke), mayonis & cheese aje.

Mula-mula sapukan tuna, boleh tambah lagi sos² yg korang nak.  Saya tambah mayo aje sbb suami tak suka sos cili (mat saleh la katakan).. 

Saya letak tomato & olive (ni stok yg dah berbulan dalam peti... kekeke)... 

Letak cheese (saya letak cheddar).  Boleh ganti dengan cheese lain kalau suka.
Saya guna microwave convection oven, jadi saya setkan grill atas bawah & bakar 5 minit.  Biasa kalau guna rack besi tu, mmg dah cukup garing. Tapi kali ni saya guna pizza crisper, kena tambah lagi 2 minit.  Pasni nak guna rack tu semula lah.  Rugi karen je.. hehehe..

Senang aje kalau masak benda-benda macam ni.  Si Tiha saya panaskan lasagna yg saya buat a few days lepas.  Saya & Ieqa pula share makan nasi baki lunch tadi, kurma telur dan sayur.  Fuhh... lega rasa, clear dah peti ais dari stok-stok lama. (Utk pengetahun, peti ais penuh semula- 3 bekas durian tersusun rapi ready to eat).  Kalau rajin jadilah durian crepes, kalau tak, kita ratah ajelah....

Burger & hotdog bun

0 comments
Hot from my oven.. Tiha dah siap cakap.. "Mmmm sedapnya bau.. Mama masak apa ni?..".  
Asalnya nak buat burger sendiri, dari patty sampailah ke rotinya.  Bolehlah buat burger saiz besar sikit & lebihkan daging.  Tapi stok daging dari pasar tak muncul-muncul (tukang belinya si suami), jadi saya pun malas dah nak menunggu.  Beli ajelah patty yang dah siap.  Saya suka beli brand ni sebab tak oily sangat bila dimasak.  

Junior beef burger untuk Tiha & Ieqa
Mama & Baba punya..
Resepi bun ni saya ambil dari allrecipes .  Rotinya agak padat & milky sikit tapi gebu.  Kalau nak kurangkan rasa milky tu boleh gantikan susu degan air suam.  

Ingredients
Original recipe makes 1 dozen

1 cup milk
1/2 cup water
1/4 cup butter
4 1/2 cups all-purpose flour
1 (.25 ounce) package instant yeast - 9 gms or letak 1 tablespoon yeast
2 tablespoons white sugar
1 1/2 teaspoons salt
1 egg

Directions

In a small saucepan, heat milk, water and butter until very warm, 120 degrees F (50 degrees C).
In a large bowl, mix together 1 3/4 cup flour, yeast, sugar and salt. Mix milk mixture into flour mixture, and then mix in egg. Stir in the remaining flour, 1/2 cup at a time, beating well after each addition. When the dough has pulled together, turn it out onto a lightly floured surface, and knead until smooth and elastic, about 8 minutes.
Divide dough into 12 equal pieces. Shape into smooth balls, and place on a greased baking sheet. Flatten slightly. Cover, and let rise for 30 to 35 minutes.
Bake at 400 degrees F (200 degrees C) for 10 to 12 minutes, or until golden brown.
For Hot Dog Buns: Shape each piece into a 6x4 inch rectangle. Starting with the longer side, roll up tightly, and pinch edges and ends to seal. Let rise about 20 to 25 minutes. Bake as above. These buns are pretty big. I usually make 16 instead of 12.

Saya ambil separuh doh, potong kepada 6 bhgn.  4 saya bulatkan dan bakar, 2 lagi saya bahagikan kepada 2 bhgn lagi (untuk junior burger). Jadi dapatlah 4 burger biasa & 4 junior burger 
Ni yang siap dibakar (yg junior), gambar atas yang saiz biasa.
Since doh ada lagi berbaki separuh, saya wrap & simpan dalam peti sejuk.  Boleh disimpan 3 hari atau bekukan 3 bulan.
Baki doh 
 Selang beberapa hari, baki doh saya keluarkan & bentukkan menjadi roti hot dog pula.  Saya hasilkan 8 biji hotdog dari doh tadi.  Itupun saiznya dah agak besar berbanding hotdog saiz biasa.  Cara nak bentukkan menjadi roti hotdog sama macam nak buat french baguettes  ni.  Daripada 8 ni 5 aje yang habis dimakan, 3 lagi saya simpan peti semula.

Bawah ni roti hotdog terakhir....
Roti dibelah & sumbat hotdog.  Ada stok mini sosej aje, jadi saya sumbat 3 sekaligus.  Pastu stimkan sekejap.  Mini sosej ni saya dah stimkan sebaik keluar dari peti beku tadi.  
Jangan stim lama-lama, cukup sekadar melembutkan roti aje. Kalau roti bukan dari peti pon boleh distim sekejap untuk ekstra lembut (macam Dunkin Donut or Hotdog 1901 buat tu..).  Dah siap tu bolehlah letak sos cili, mayonis/mustard, black pepper dll.  Kalau nak tambah sayur-sayur pon boleh.  Memang yummy lah!!

Menu tak Sihat

Saturday, January 5, 2013 0 comments

Menu-menu tak sihat macam ni memang sedap & jadi kesukaan.. tapi lepas makan mula lah rasa nyesal tak sudah.  Bila badan tak reti mengecil, mula la gelisah.  Sejak bersalin anak ke-3 ni nampaknya badan saya susah betul nak turun.  Kawan-kawan kata nampak okay je, tapi saya tak rasa macam tu.. jarum penimbang menjadi saksi.. huk..hukk.. Baby Misha pun kemain kuat menyusu, apsal lelemak ni masih degil?? Tiddaakkk.. 

Mac & cheese ni jarang saya buat.  Walaupun sedap, tapi cepat muak.  Lainlah dengan anak gadis saya yang baru masuk darjah 1 tu, kalau dah suka takde erti muak untuk dia.  Naik takut tengok dia makan.  Mujurlah jenis tak senang gemuk.  Maybe metabolisme tinggi lagi kan... (jelous laa)..

Mac & Cheese saya ni ditabur parmesan (untuk dptkan tekstur garing) & serbuk paprika tu yang nampak mcm hangus-hangus sikit.  Bukan sebab terentung dalam oven tau.  Resepinya macam dulu jugak tapi kali ni saya lebihkan parmesan.  Kalau tak suka bhgn cheese jadi garing sangat, boleh tutup dengan alumunium foil time dibakar.  Kalau ditutup dengan foil, hasil makanan yang dibakar ala-ala kukus sikit.  Jadi terpulanglah ikut citarasa masing-masing.  Untuk resepi, boleh jengok ke entry lama saya di sini.
Sekejap aje dah habis separuh.  Balance saya transfer dlm tupperware & simpan dlm peti.  Kalau tak nak makan dlm tempoh terdekat, masukkan aje dlm peti beku.  Patutla dua-dua peti beku ku padat.. semua benda nak sumbat dlm tu.. hehehe

Laksa Utara & Kina Cafe

Thursday, January 3, 2013 2 comments
Saja nak tayang laksa utara.. lama dah buat.  Kalau nak rasa laksa ni senang aje, datangla ke Kina Cafe Bangsar Utama.  Kalau naik LRT turun stesen Bangsar, masuk dalam bangunan UOA, seberang jalan & perhatikan Kompleks Niaga Utama.  Cafe saya ni berada betul-betul bawah rem kereta untuk ke parking.  Satu lagi kalau senang nak cam kawasan ni, Kompleks Niaga Utama ni betul-betul belakang Dataran Maybank Bangsar. Nasi Lemak kami pun meletops kat sini tau.  Bila-bila datang area ni, jemputlah ke Kina Cafe.  Nasi Ayam pun ada, ayamnya dibakar sehingga lembut & berjus, memang yummy sangat.  Kena cuba baru tau!!

Dah ready untuk diserbu time lunch,  some of the roasted chicken for nasi ayam dah tersusun atas kaunter. Semua piring di wrap supaya sentiasa segar & bersih.  Ayam semua masih panas-panas lagi ni...

Kina Cafe dibuka dari jam 7.30a.m sehingga 7.00p.m.  Kami menjanjikan juadah yang lazat  & harga yang amat berpatutan.  
Inilah Kompleks Niaga Utama (belakang Dataran Maybank Bangsar Utama aje).  Seberang cafe kami ke kanan sedikit adalah bangunan UOA yang bersambung dengan LRT Pura stesen Bangsar.  Tak susah kan nak cari... 
Saja la nak promote cafe sendiri pulak kan.  Asyik promote kedai orang aje.. Sudilah datang ke Kina Cafe yang beroperasi sejak tahun 2011 lagi.  Syukur dengan sambutan yang amat memberangsangkan dan kami menjanjikan makanan yang sedap & berkualiti untuk anda!!!