Laksa Utara & Kina Cafe

Thursday, January 3, 2013
Saja nak tayang laksa utara.. lama dah buat.  Kalau nak rasa laksa ni senang aje, datangla ke Kina Cafe Bangsar Utama.  Kalau naik LRT turun stesen Bangsar, masuk dalam bangunan UOA, seberang jalan & perhatikan Kompleks Niaga Utama.  Cafe saya ni berada betul-betul bawah rem kereta untuk ke parking.  Satu lagi kalau senang nak cam kawasan ni, Kompleks Niaga Utama ni betul-betul belakang Dataran Maybank Bangsar. Nasi Lemak kami pun meletops kat sini tau.  Bila-bila datang area ni, jemputlah ke Kina Cafe.  Nasi Ayam pun ada, ayamnya dibakar sehingga lembut & berjus, memang yummy sangat.  Kena cuba baru tau!!

Dah ready untuk diserbu time lunch,  some of the roasted chicken for nasi ayam dah tersusun atas kaunter. Semua piring di wrap supaya sentiasa segar & bersih.  Ayam semua masih panas-panas lagi ni...

Kina Cafe dibuka dari jam 7.30a.m sehingga 7.00p.m.  Kami menjanjikan juadah yang lazat  & harga yang amat berpatutan.  
Inilah Kompleks Niaga Utama (belakang Dataran Maybank Bangsar Utama aje).  Seberang cafe kami ke kanan sedikit adalah bangunan UOA yang bersambung dengan LRT Pura stesen Bangsar.  Tak susah kan nak cari... 
Saja la nak promote cafe sendiri pulak kan.  Asyik promote kedai orang aje.. Sudilah datang ke Kina Cafe yang beroperasi sejak tahun 2011 lagi.  Syukur dengan sambutan yang amat memberangsangkan dan kami menjanjikan makanan yang sedap & berkualiti untuk anda!!!

2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: January 4, 2013 at 7:28 AM said...

Wah..boleh terjah ni.suami saya mmg penggemar laksa utara...

{ Kina } at: January 4, 2013 at 8:50 PM said...

Silalah datang Aisy.. my husband selalu ada time breakfast till lunch. Intro la diri, boleh dapat diskaun.. hehehe. Laksa kat cafe saya memang pekat, lengkap dgn daun kesum & bunga kantan. Nanti bg feedback ye..

Post a Comment