Roti Tuna aje

Sunday, January 6, 2013
Dah siap!! Jom makan
Tengahari tadi pegi rumah geng lama. Consider bestfriend jugaklah, dari zaman U sampai lah kerja.  Tapi lepas kawin takdela sekerap dulu berjumpa.  Kalau zaman bujang dulu, rumahnya ala² rumahku jua.  Mak my friend ni pon dah tak heran tiba² je ada tetamu tak diundang.  Kononnya dtg kejap je, dok berborak sakan, sampai terus layan tido situ.  Nak pegi keje pinjam aje baju dia.. kekeke.. tak senonoh betul kan.  Really miss that moment.  Saya ni bukan jenis senang nak close dgn orang, kenalan ramai, tapi rapat memang susah.  Then saya memang jenis tak reti nak contact & bertanya khabar.  That's why saya appreciate sangat mereka² yang pernah hadir dlm hidup saya.  Saya akan protect & loyal dengan diorang ni sampai bila-bila, insyaallah.

My friend ni memang terre memasak & kreatif jugak, kalau dulu rasanya dia lagi terre dr saya kot sebab lagi exposed dengan pelbagai makanan.  Saya ni reti masak menu melayu aje.  Tapi lepas kawin, saya dapat suami bertekak mat saleh. Seminggu tak masak nasi pun takpe.  In fact dia lagi suka kot.. hehehehe.. Dulu rasa leceh jugaklah sbb saya jenis yg makan nasi, tapi lama² saya pun dah adapt. Sekarang saya pulak tak berapa boleh telan nasi hari².  So masa majlis akikah tadi, kemain suka la we all anak beranak.  Kambing dijadikan lamb chop, whipped potato, garlic bread & gravy pon sedap!! Saya dah agak, taste Farah ni bukan calang-calang.. tak gitu my friend?? Menu lain pun ada - kue teow goreng, tauhu bakar, nasi minyak, pulut kuning, kari ayam, rendang daging, agar-agar, cupcakes & yogurt cheesecake.  Wahh!! Boleh tercabut semua kancing yang ada!! Hilang la plan nak start berdiet.. huhuuu...

Alahai, panjang pulak saya merapik kat sini.  Nak cite pasal roti tuna semalam yang saya masak ni je pun.  Merapunya yg lebih.  Ala.. resepi ni simple aje, guna tuna dalam tin, tomato cherry (baki beli kat fraser's hill 2 bulan lepas.. kekeke), mayonis & cheese aje.

Mula-mula sapukan tuna, boleh tambah lagi sos² yg korang nak.  Saya tambah mayo aje sbb suami tak suka sos cili (mat saleh la katakan).. 

Saya letak tomato & olive (ni stok yg dah berbulan dalam peti... kekeke)... 

Letak cheese (saya letak cheddar).  Boleh ganti dengan cheese lain kalau suka.
Saya guna microwave convection oven, jadi saya setkan grill atas bawah & bakar 5 minit.  Biasa kalau guna rack besi tu, mmg dah cukup garing. Tapi kali ni saya guna pizza crisper, kena tambah lagi 2 minit.  Pasni nak guna rack tu semula lah.  Rugi karen je.. hehehe..

Senang aje kalau masak benda-benda macam ni.  Si Tiha saya panaskan lasagna yg saya buat a few days lepas.  Saya & Ieqa pula share makan nasi baki lunch tadi, kurma telur dan sayur.  Fuhh... lega rasa, clear dah peti ais dari stok-stok lama. (Utk pengetahun, peti ais penuh semula- 3 bekas durian tersusun rapi ready to eat).  Kalau rajin jadilah durian crepes, kalau tak, kita ratah ajelah....

0 comments:

Post a Comment