Percutian penutup ni langsung tak dirancang pun. Tapi tiba-tiba je suami sibuk ajak jejalan. Maka saya mengemas apa yg patut, pepagi esoknya kami memulakan perjalanan tanpa hala tuju kali ni. Mula-mula ingat nak ke Penang & Kedah, tapi adik di Kulim takde plak. Jadi tukar plan, menyemak aje kat rumah adik di Kuala Kangsar. Kami memang takde booking mana-mana hotel kali ni sebab perjalanan tanpa hala tuju kami biasanya unpredictable sikit jadi lagi selamat kalau ke rumah adik aje.. hehehe..
Biasanya kalau ke Utara kita lalu highway Utara-Selatan tu kan.. Tapi kali ni kami nak explore laluan ciptaan sendiri. Melalui Bentong, Raub, Sg Koyan & Cameron Highland. Ada dua tempat lagi kat Cameron kami tak try, Tea Farm Boh di Tuas & Lake House di Ringlet. Jadi kami nak menyinggah & ambik angin Cameron lebih kurang sebelum ke rumah adik.
Paginya kami singgah breakfast di McDonald Genting Sempah (saya suka pancakes McD) kemudian terus masuk ke Bentong. Dari bandar Bentong kami cari pula jalan ke Raub & Kuala Lipis. Tapi Kuala Lipis tu tak masuk bandar tau, lalu sipi-sipi aje. Kemudian cari jalan ke Sg Koyan pula. Tak salah saya jalan ni juga jalan alternatif ke KB. Once dah sampai Sg Koyan tu, teruskan ke Pos Betau & nanti akan memasuki highway baru. Memang tak banyak kenderaan di jalan ni tapi bg saya keadaan jalannya jauh lebih selamat berbanding melalui Tapah atau Simpang Pulai. Cuma jauhla sikit.. heheeh..
Dari Mc D Genting Sempah tu kami gerak jam 10.00, sekitar 1.00 lebih baru sampai Cameron. Ikut jalan ni kami akan jumpa bandar Ringlet dulu. Simpang tiga, belah kiri ke Tapah & ke kanan terus ke Cameron. Lepas bandar Ringlet, kami memerhati sepanjang jalan jika ternampak Lake House Resort. Saya teringin nak survey sebab kalau tengok kat web macam best je. Ratenya pun boleh kasi koyak poket.. hehhehe..
Elok aje kami sampai di kawasan tasik di Ringlet, di atas bukit sebelah kiri jalan kami ternampak resort yang dicari-cari tu. Mari kita tengok lebih kurang rupa resortnya. Dari luaran aje sebab kami tak stay sini, jadi tak nak menganggu penghuni lain.
Budak-budak excited ingatkan nak stay sini.. heheheh.. Padan muka!! |
Lemah gemalai dah jalannya bila tau nak jengok2 aje.. :P |
Ieqa dgn aksi melentiknya.. |
Isshh.. interframe Mama punya turn pulak! |
Dah! Jom kita gerak.. Lapo ni... |
Perjalanan diteruskan mencari ladang Boh yang kedudukannya sebelum Tanah Rata pulak. Saya pernah ternampak signboardnya sebelum-sebelum ni, tapi kurang pasti sikit jadi kena perhati betul-betul. Kami kurang suka dengan Bharat sebab menjadi tumpuan sangat & kawasan tea farm nya pun tak seluas Boh. Apatah lagi tehnya dihidang macam kat kedai Mamak aje!! Tak padan dengan harganya yang mahal.
Ladang Boh ni kalau datang dari Ringlet, kedudukannya sebelah kanan jalan. Bila dah masuk, uiisshh.. boleh tahan terpencil (macam Ladang Boh di Sg Palas jugakla). Tapi di sini saya rasa lagi tersorok kot & hutannya pun tebal. Bimbang juga Boh tak komersial kan tempat ni, tu yg nampak terpencil, tapi takkan nak patah balik kan. Alang-alang dah masuk, kita teruskan aje perjalanan. Dah nak sampai tu baru nampak banyak kereta keluar dari sana & parking pun agak sesak. Oh, ramai jugak orang yang datang ke sini. Kami aje yg ketinggalan keretapi selama ni.. heheheh
Agak sejuk kawasan ni, berkabus tebal @1.30pm |
Unlike Sg Palas, kilang di sini memang aktif beroperasi. Sg Palas tu jarang-jarang mesin kilangnya berjalan. Lebih pada komersial untuk dilawati la. Tapi pastinya environment Sg Palas lagi cantik, terutama view dari cafe nya.. Fuhh!! Damai.. Cafe kat sini memang dah agak usang & tak secantik sana. Tapi kat sini ada tempatnya untuk tengok view cantik tau. Tungguu.....
Haa.. stok daun teh yang baru dituai. Sepanjang jalan tadi nampak pekerja Boh tengah sibuk petik daun teh |
Ini rupa belakang cafe. Kilangnya kat tepi ni aje. |
Sebelum tu singgah toilet dulu. Alang² dah lalu tepi toilet ni, baik selesaikan apa yg patut. Kang dah memanjat, susah pulak. Dahle cuaca sejuk semacam je ni.. hehehe
Mama suruh possing sementara menunggu Baba |
Budak paling ceria nak mendaki.. (mana tak cerianya, selesa dikelek ke sana-sini, dah boleh berjalan nanti jgn harap boleh berdokong lagi dah.. hehehe)...
Pendakian pun bermula.... jeng..jeng..jeng...
Jenuh jugaklah memanjat dengan budak-budak ni. Nasib baik semua ok je, langsung tak merungut. Maybe dah terbiasa kena heret sana sini & cuaca pun dingin aje, jadi memang syok berjalan. Walaupun memanjat sakan tapi langsung tak berpeluh. Udara nyaman toksah cakaplah... I really enjoy this kind of environment.. ni rasa macam nak stay lama ni.. hehehe..
Take 5 jap... rilek2 sambil tengok permandangan yg cantik ni. Hijauuuu je.. saujana mata memandang!! |
Nampaknya Baba yang mengah, anak-anak rilek je.. hehehe |
Jom sambung mendaki semula... phewww...
Akhirnya sampai jugak!!! Memang saujana mata memandang.. kabus agak tebal masa ni jadi saya tak ambik banyak gambar pun. Lagi pun too excited dengan tak puas menjamu mata.
Cuba tengok kat bawah tu... situ la Tea Factory & cafe tempat kita minum tadi... tinggi tak kita panjat??? |
Aksi senget kena tiup angin... |
Sebelum ke destinasi seterusnya jom ambil gambar kenangan tanda kami sekeluarga dah jejak ke sini |
Perjalanan tanpa tujuan kami diteruskan dengan ke Tanah Rata plak. Kami sekadar pusing-pusing dengan kereta & singgah di pasar membeli makanan, teh, keledek & jagung. Kali ni saya tak beli sayur, bimbang rosak sebelum balik KL sebab malam ni nak membuta rumah adik kat Kuala Kangsar pulak. Jagung tu pun sebab nak dijadikan buah tangan. Boleh paksa dia buat cucur jagung or jagung rebus.. heheheh.
Sebelum cari pot utk makan, ajak budak-budak ni singgah ke nurseri jap. Saja la nak bagi diorang jakun tengok bunga-bunga kat sini.
Tapi nampaknya anak-anak saya bukanlah berjiwa 'bunga' sangat kot.. diorang takat tengok-tengok lebih kurang aje. Jadi takde lah menyinggah lama. Dah tu we all cari pot utk makan pulak. Kami decided nak ke kawasan ladang Boh di Sg Palas pula. Walaupun kilang & cafe sudah pasti ditutup, tapi kami just nak makan sambil menikmati keindahan ladang teh aje. Lagipun makanan & minuman semua dah beli.
Lepas Maghrib kami bergerak turun ke arah Simpang Pulai. Kami plan nak dinner kat satu tempat ni. Adik pernah bawak kat sini. Menunya agak banyak & lain pada lain sikit. Dula kami pernah cuba chicken chop nya.. ada pelbagai jenis tau. Ada dihidang ala tempura, berkuah cheese, blackpepper dll. Airnya pun pelik-pelik namanya, tapi sedap jugak sbb kombinasi pelbagai buah.
Inilah cafenya, tepi jalan aje. Kalau dari Simpang Pulai ke Ipoh, pasti lalu depan cafe ni. Pemiliknya Melayu, pernah berbual-bual masa 1st visit dulu |
0 comments:
Post a Comment