Cinnamon Sugar Roll Pull Apart Bread

Tuesday, September 11, 2012


Saya dah berani buat rotii!! Jangan tak caya.. Ini roti pertama yang saya buat seumur hidup ni tau.  Lepas percubaan buat pizza guna doh sendiri aritu menjadi, keinginan buat roti sendiri membuak-buak. Tawakal toksah cakaplah.. Langsung saya tak letak high hope pon, takat lepas makan pun jadilah.. ngeeeeeeeeeee..

Walaupun saya amat kembang hidung dengan hasil roti pertama saya ni, tapi memang amat lah jauh rupa parasnya dari resepi yang saya ikut tu.  Ni gara-gara saya tak canai sampai betul-betul nipis.  Susah juga nak canai adunan ni, bila dicanai dia naik balik, jenuh saya tenyeh.. doh tuh ikut balik.  Ada yang nak kena smash dengan saya ni.. hehehe..

Oklah.. enough merapek.. ini resepinya yang saya ambil dari sini

Bahan-bahan untuk doh roti:

2 3/4 cawan tepung gandum.
2 biji telur.
2 tbsp tepung jagung.
2 1/2 tsp yis.
3/4 tsp garam.
1/3 cawan susu segar.
1/4 cawan butter.
1/4 cawan gula.
1/4 cawan air.
1 tsp esen vanilla.

Intinya:

2/3 cawan gula perang.
2 tbsp serbuk kulit kayu manis.
1 tsp tepung jagung.
1/4 cawan melted butter.
(Satukan semua bahan-bahan diatas hingga sebati)

Bahan-bahan sapuan:

1/2 cawan gula halus.

1/2 tsp esen vanilla.
Sedikit air panas.
(Satukan esen vanilla dan sedikit air panas)


Cara-caranya:

Didihkan susu.Masukkan butter hingga cair dan sebati.masukkan air dan ketepikan agar suam.
  • Masukkan bahan-bahan cair ke dalam mangkuk pengadun termasuk telur.
  • Kacau rata baru masukkan tepung gandum,yis,gula,tepung jagung dan garam. .
  • Uli sehingga menjadi doh yang kenyal dan elastik.
  • Rehatkan dogh sekejap,lebih kurang 15 minit.
  • Gelek sehingga nipis.
  • Sapukan Intinya sehingga sekata di permukaannya.
  • Gulung memanjang.
  • Potong bulat dan gelek biar leper.
  • Susun seperti gambar diatas.
  • Masukkan kedalam dulang pembakar yang disapu dengan sedikit butter.
  • Sapukan dengan bahan sapuan.
  • Taburkan dengan gula halus dan jika suka taburkan dengan serbuk kulit kayu manis.

Cantik je kan Cik Manggis kita ni buat roti.  Kebetulan saya takde bekas yang sesuai, jadi saya gunakan aje mangkuk pyrex yang biasa saya guna untuk bakar Lasagna tu.  Besar gedabakla sikit jadinya.  Takpelah, janji sedap.. hehehe..

Dah siap uli & bagi rest 15 minit, tapi menggebu sudah!!

Tenyeh punya tenyeh, doh tak mau berkejasama lah.. letih saya gelek kasi leper.  Last-last saya terus aje sapu intinya

Lepas sapu, nak gulung, tak mau melekat sbb tebal sangat & dah makin mengembang (nampak sgtlah tak terre)

Saya nekad.. jadi ke tak, lantaklah.. saya nak hidang juga roti pertama ever dari saya ni hari ni.. hehehe

Dah potong, lenyekkan pula & susunkan semua secara bertindih

Dah siap tu saya transfer masuk casserole & tunggu lagi sampai doh betul-betul naik

Haa.. dah hampir penuh bekas ni.  Gebu sungguh.. Saya gunakan penapis untuk tabur gula icing & cinnamon atas ni (tak letakpun bahan sapuan, shortcut.. hehehe). Saya bakar pada suhu 180c selama 25 minit.

Dah siap bakar!!! Bravoo.. Rangup diluar lembut di dalam... dalam hati ada taman.. ahakss
At least saya dah tak ragu-ragu lagi nak cuba resepi yang perlu uli menguli.  Sebelum ni saya tunggu breadmaker wujud dalam rumah ni baru nak start buat.  Tapi makin lama makin geram tengok banyak sgt resepi roti yang terperam.. cubalah..

Tapi... buat hubby ku.. jangan buat-buat lupa belikan breadmaker kat dinda yee.. tak sanggup dinda nak menguli selalu.. (hihihi)..

1 comments:

{ Humberto Dib } at: September 17, 2012 at 10:54 PM said...

Es la 1° vez que vengo a tu blog, me gust├│ mucho, con tu permiso, me anoto como seguidor.
Un abrazo desde Argentina.
HD

Post a Comment