Sedap ni.. Enak dimakan begitu saja!! |
Potato bread ni saja ambil resepinya dari CMG (lagi!!!). Saya confident sikit nak ambil resepi dari DTS ni. Mana taknya, resepi yang CMG bagi so far memang menjadi. Hasilnya pulak, yummy semacam. Cuma ada sedikit kemusykilan / incident terjadi semasa saya menguli roti ni. Entah mengapa, makin diuli makin sticky jadinya!! Lepas berkali-kali tambah tepung (nasib baik tak liat roti ni), saya tak berani nak menokok tambah lagi dah. Mungkin roti ni menggunakan kentang lecek, tu yg sticky kot (I guess??). Saya pun ilmu baru seminggu dua, tak berani nak memandai-mandai. Jadi saya rehatkan aje doh mengikut arahan...
Tapi syukur sangat-sangat.. lepas dibakar & dimakan.. hasilnya memang berbaloi-baloi. Paling tak disangka, time roti sedang dibakar, ada pula tetamu yg datang. Adik Ipar sekeluarga & Mak Mertua dapatlah jugak merasa roti ni. Nervous tau time tu. Ye lah, tak tau lagi apalah hasilnya.. nak kena hidang dekat orang pulak tu.. (iisshh..!!!). Tapi puas hati tengok si Afeeq makan sampai 4 biji roti ni... hehehe.. Jawabnya dinner malam ni kena plan makan benda lain pulak lah. Saya ingat nak berdinner dengan roti ni aje malam ni (boleh gitu??).. hehehe..
Oh ye.. resepi.. ini dia.. saya ambik dari sini
Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA:-)
- UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
- Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
- CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
- UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...
Pendek kata, lepas makan potato bread ni, memang tak pandanglah potato bread yang jual kat kedai tu. Lepas tetamu balik, si Tiha & Ieqa request potato bread lagi.. kesian la plak.. Sorry.. Mama tak budget plak tetamu nak datang tadi, so bolehlah gandakan doh. Esok atau lusa, soheh saya buat lagi ni!!
Saya paipkan banyak-banyak custard atas ni.. (abaikan karya seni saya yang terhasil kat atas roti tu ye). Memang ummpphh sungguh kombinasi roti & custard ni.. |
0 comments:
Post a Comment