Bermain Air di Pulau Redang

Saturday, April 13, 2013
Masuk bilik kejap aje, sbb perut masing-masing dah lapar sangat.  Jadi cepat-cepat pegi makan.  Jam 2.30 pm ada snorkelling trip kami yang pertama.  Nak kena tukar ke baju mandi pulak.  Dahle kami ni bawak 3 toyol kecik.  Jadi everything kena extra effort & takes time sikit.  Nak tunggu diorang makan aje dah satu hal.  Lom lagi kang sorang nak wee wee, sorang nak ukk.. hehehe.. macam-macam kan.  Adatle bawak budak-budak.  Janji jangan buat perangai sudah.. yang tu saya takleh tolerate.  

Lepas makan balik bilik istirehat kejap & bersedia menunggu bot.  Nak pergi snorkelling, kena sewa life jacket RM10 & mask pun RM10 each.  Yang saya sukanya, jacket & mask ni kita akan pegang sepanjang 3 hari ni.  Time check-out nanti baru pulangkan.  Jadi kita boleh guna la anytime pon... memang berbaloi sbb kalau di Pulau Perhentian dulu sekali nak guna kena pegi sewa.. :(.


Jam 2.30pm bot pun sampai.  Naik bot nelayan rupanya, ramai jugaklah disumbatnya dalam tu.  Bot plak takleh rapat ke pantai, jadi kena redah air sampai paras dada (leher saya) la jugak.  Si Mayesha yang paling syok sbb boleh redah air.  Tapi kena hati-hati sikitle sbb dia takde life jacket sbb kecik sangat.  Sayangnya saya langsung takde ambik gambar time snorkeling sbb hp semua kami tinggal sbb takut basah atau tertinggal time sibuk bermain air nanti. Gambar yang ada ni pon sumbangan adik, dia sewa underwater digital camera dari resort sebelah.  Ratenya RM30 untuk 40keping, RM40 untuk 80 keping.


Site snorkeling kami ni agak cantik.  Coralnya juga banyak.  Rupanya hampir setanding dengan di Pulau Perhentian.  Cumanya saya rasa coral di Pulau Perhentian lebih pelbagai & banyak ikan.  Tapi unfair untuk saya bandingkan kerana pengalaman di Perhentian adalah 12 tahun lepas, mungkin banyak yang sudah berubah.  Apapun saya amat menikmati snorkeling trip kami ni.  Tiapkali turun dalam air, memang terasa ketenangan yang amat sangat.  Pendek kata saya ni boleh snorkeling berjam-jam tanpa henti.  Tapi takleh lupa diri sbb taule, turn suami pula lepas ni.  Kalau dua-dua turun, kang anak-anak pun terjun skali kang... hehehe

Tiha & Ieqa tak pandai nak snorkeling pun.  Bagi peluang diorang main atas air je le.  Misha pun duduk aje dalam bot tengok orang main air.. hehehe..

Sejam lebih kami berlabuh kat situ.  Masanya untuk pulang ke resort.  Rasa tak puas toksah cakaplah, tapi dapat bergilir snorkeling sorang 1/2jam pun jadilah.. lepas gian.. hehehe...  Mula-mula start snorkeling tu termengah-mengah juga.  Kejap-kejap bukak mask, keluarkan air dari hidung.  Tapi once dah get used, mmg takde masalah.  By rite air tu takkan masuk ke hidung pun.  Kalau time diving lagi le,  kena keluarkan air dari mask dalam air. Tapi sebab dah lama kan, perasaan panik tu akan ada.  Bila dah confident & ingat balik training masa diving,  rasa rileks aje.  Memang boleh lost in time tau...

Balik kat resort, dah disediakan minum petang.  Ada cucur, sos & bubur kacang.  Cukuplah untuk menjamu orang yang kelaparan selepas berendam..  Masing-masing makan mcm tak ingat dunia.  Si Misha pun kemain syok sbb Mama bagi dia cucur.  Mama dah slowly keluarkan dia dari diet baby since dia pon dah nak masuk setahun (lagi seminggu aje).  Cuma tak bagi dia makan, makanan ringan, yang too salty or too sweet aje.

Then everybody balik ke bilik & istirehat kejap.  Pepetang sikit, turun air lagi!!!  Main air depan resort plak. Pantai kat depan resort ni bukan main menggoda jugak.  Pasirnya halus, macam tepung & gebu sungguh dipijak. Airnya memang jernih sangat-sangat.  Coral fish pon ada walaupun coralnya tak banyak & secantik snorkeling site.  Kalau di Pulau Perhentian dulu, coral di depan resort pun dah cukup banyak.  Memang jenuh snorkeling kat depan tu je...

Kami sekeluarga main sampai ke maghrib.  Tak pernah saya rasa enjoy macam ni dapat main laut.  Saya ni bukan suka sangat main laut sbb tak suka dengan air masin.  Biasa kalau ke pantai saya suka menikmati keindahan, tiupan angin & berkelah aje.  Tapi berbeza betul dengan percutian kali ni.  Syoknya lebih dari bermain air di swimming pool.

Adik saya plak sibuk mintak saya ajar dia swimming & snorkeling, jadi saya guide le lebih kurang mcm mana.  Bukan main suka dia & mula berani ke tempat dalam untuk snorkeling.  Tiha pun semakin berani, selamba aje berenang ke tempat dalam.  Awal-awal tu saya berenang & carry mereka ke tengah, bila dah confident saya lepaskan Tiha & biar dia ikut ke mana saya pergi.  Ieqa aje yg jadi baby monkey sebab tetap nak bergayut dgn Mama... hehehe..

Kami di sini time bulan mengambang, jadi cerah aje suasana malam & sinaran bulan menyuluh laut amat cantik dipandang.  Tapi hp saya tak mampu nak snap gambar dalam keadaan gelap, ini aje yg lekat.. :(
Sebelah malam saya ajak suami & anak-anak berjalan menyusuri sebelah kanan resort.  Waktu tiba tengahari tadi boleh nampak banyak sekali deretan resort di sebelah sana.  Kalau di luaran, resort kami le paling usang sekali.. :P... tapi kami dimaklumkan inilah satu-satunya resort milik bumiputera muslim.  Jadi soal makan minum takde la bimbang status halalnya.

Di sebelah resort kami ada sebuah resort yg terkenal dengan bar pantainya.  Agak merimaskan tengok pengunjung yang berhibur sambil minum & menari.  Siap ada DJ & nyanyian live.  Bagi saya yang sukakan ketenangan & nature ni, pemandangan begini amat menyakitkan mata.  Kemudian banyak lagi le resort-resort lain.  Kebanyakannya memang menyediakan ruang hiburan untuk minum-minum (pastinya alkohol).  Kami membuat pilihan yang bijak dengan menginap di Redang Lagoon kerana bebas dari semua ni.
Laguna Lagoon antara resort paling mahal & cantik di sini.  Tapi tidak menarik perhatian saya kerana kedudukannya amat hampir dengan resort lain.. no privacy.  Saya sangkakan resortnya besar & tidak diapit dengan resort lain... 
Di sebelah siang akan nampak jambatan menghubungkan resort paling hujung dengan resort-resort lain.  Jadi jami cuba menyusurinya..  Strukturnya hampir sama dengan jambatan penghubung antara Perhentian Island Resort & Coral View yang bersebelahan...
Rupanya ada satu aje resort di sini.  Tapi tidak begitu menarik kerana di kelilingi batu-batu.  Pastinya kat sini juga pengunjung duduk lepak-lepak sambil minum.  Boleh terbau arak lagi.. :(.  Dah siap pusing terus kami patah balik.. nothing to see... apatah lagi saya tak tahan dengan bau arak.  Memang akan start rasa mual..
Itu ajelah aktiviti kami malam tu.  Saja nak bawa anak-anak jalan-jalan.  Lepas tu kami ajak diorang balik & rest.  Memang semua keletihan yang amat sbb kurang tido & rehat.  Nyenyak sungguh mereka-mereka ni tido.. heheheh...



0 comments:

Post a Comment