Main Air Lagi...

Wednesday, April 24, 2013
Entry Pulau Redang lagi. Lama betul tertunggaknya.  Sampai hilang dah mood percutian.. hehehe...

Disebabkan sebelah malamnya semua orang dapat tido nyenyak, segar bukan main rupa masing-masing.  Laju je pegi breakfast & rilek-rilek sekitar resort sebelum bersiap naik bot ke Marine Park pula.  Tak sabarnya nak tengok Marine Park.. seumur hidup ni, baru first time berpeluang jejak kat Marine Park.  

Misha suka sangat duduk dalam hammock. Ni tengah kekenyangan lepas breakfast. Semua muka tak mandi lagi.. hehhee..
Untuk sampai ke Marine Park kami melalui kawasan Berjaya, tapi nampak dari jauh aje.  Bila dah sampai ke taman laut, memang meriah sungguh.  Sampai kena tunggu turn sbb banyak sangat bot-bot yang turunkan penumpang masing-masing.  Sementara menunggu, saya & suami amat terkilan melihat banyak tumpahan minyak terdapat atas air.  Macam mana Marine Park boleh biarkan tumpahan minyak memenuhi jeti diorang???  Bukan ke tempat ni sepatutnya paling terlindung & bebas dari pencemaran kerana tempat perlindungan hidupan marin? Frust sungguh saya...

Sampai aje dekat park, takde apa pon kat sini.  Macam park biasa aje,  cuma nampak ramai sangat orang snorkeling.  Kebetulan ramai yang tukang volunteer nak jaga budak-budak ni, jadi bolehlah saya snorkeling berdua-duaan dengan my hubby!! Yieehaaa.. excited sangat dapat snorkeling sama-sama.  The best part, boleh snorkeling & swimming sambil holding hand... really love that moment.

Paling kelakar tu saya excited sangat nak snorkeling sampai lupa pakai life jacket.  Patutla makin lama makin penat aje,  badan pon rasa berat.  Dah jauh ke tengah baru perasan saya tak pakai vest.. hehehe.. bertuah betul la.  Husband ku pon tak perasan bininya tunjuk terre swimming kat tengah-tengah laut.  Cepat-cepat saya tunjuk isyarat pada suami, nak patah balik ambik life jacket.  Penat wehh.. kalau muda-muda dulu larat la nak snorkeling togel cenggitu.  Skang ni stamina pon dah out,  then jarang swimming takut kaki senang krem.

Memang banyak sangat coral & ikan-ikan yang cantik kat sini.  Since kami ada banyak masa & tak perlu take turn, maka jauh jugaklah kawasan yang diteroka.  Cuma sayangnya takde camera je.. so takde la gambar underwater kat sini.

Cuma yang paling sadis, banyak sungguh coral mati!!!  Kalau di gigi air tu, terlalu banyak cebisan coral sehingga takde ruang pun nak berpijak.  Kena extra careful sebab takut kaki terluka sbb banyak sangat sisa coral yang mati!!  Saya tak faham kenapa tiada pengawasan yang dilakukan di sini?  Bukankah coral ni semua amat sensitif, tidak boleh disentuh, apatah lagi dipijak!!  Kenapa tak maklumkan pengunjung, coral akan mati jika disentuh & ambik masa berjuta-juta tahun untuk tumbuh semula!!!!

Buat mereka-mereka yang tidak tahu hargai nature, JANGAN DATANG, dok aje kat rumah diam-diam or jalan-jalan aje kat shopping complex.  Kalau nak tengok nature sangat pon, tonton di tv sajalah!!  Ni datang ramai-ramai pakat rosakkan alam semulajadi yang memang susah sangat nak jumpa.  Sorry aaa.. emo saya tau bila tengok benda-benda macam ni.

Sampai dari marine park dah tengahari, lepas lunch balik istirehat kejap sebelum ke next snorkeling site.  Oh ye, bot kami ditahan oleh pegawai marin masa balik dari marine park tadi.  Bot dah overload,  lesen untuk 14 penumpang aje, yg naiknya berpuluh orang..  lama jugakla kami berlabuh kat tengah laut, siap kena amek nama, no. ic & gambar lagi.. peace!!!

Takde apa nak story sangat pasal snorkeling site yg ketiga ni.  Sebenarnya coral kat sini tak cantik & suram je.  Sepanjang snorkeling, seekor ikan pun saya tak nampak!!.. Buang masa aje, baik main pantai kat depan resort aje.  Ikan pon banyak.. :(

Balik aje snorkeling terus ajak anak-anak minum petang & sambung main pantai!! Yieeehaaa... inilah suasana pantai di depan resort ni.  Meriah sungguh.  Tapi seronokkk sangatt...



Kami ambik 4 keping roti time breakfast tadi sebab nak feed ikan.  Banyak sangat ikan-ikan kat pantai ni, jerit-jerit baby suka tengok ikan.  Memang geli-geli jugakla sbb ikan ni main sondol aje.  Sapa bawak roti memang kena serbu.  Nasib baik budak-budak ni tak takut bila ikan ni kerumun..

Bergambar dengan sepupu yang jarang dapat jumpa... 
Petang ni memang all out la main pantai & pasir.  Esok by 11.00 nak kena check out dah.  Ingat pagi-pagi esok nak bagi dorang main air kejap lepas breakfast (sebenarnya Mama dorang yg teringin..hehehe).  Nampak semua orang tak puas lagi main air!!..

0 comments:

Post a Comment