Tomyam

Sunday, April 7, 2013
Seafood tomyam & ayam goreng kunyit.. Jom makan!!
Marilah kita perabiskan entry lama-lama dulu.  Saya masih weak dengan sakit tekak yang amat & badan seram-seram sejuk.  Nasib baikla ada lagi entry lama dalam draft yang tak terpublish lagi.. hehehe.  Sambil-sambil melepak ni bleh update sikit.

Kalau nak tau, saya ni tak pandai buat tomyam.  Suami saya memang awal-awal lagi dah surrender kalau makan tomyam saya buat.  Dia cakap rasanya tak kick macam kat kedai siam.  Sobb..sobb..  jadi saya ni pastilah rasa tercabar, saya nak jugak buat tomyam yang sedap sbb saya suka tomyam.  Tapi kalau saya masak, suami plak x mau makan.. :(..

Akhirnya selepas berkali-kali mecuba, saya sudah berjaya buat tomyam seperti tomyam siam.  Senang aje nak buatnya, cuma teknik aje tak betul & paste nya pun faktor penting juga.

Tapi gambar proses membuat tomyam saya ni tak lengkap pun, biasa lah asyik terlupa nak snap.  So agak-agak je lah.  Lagipun senang je pon, saya je yang tak pandai sebelum ni...
Antara bahan tomyam - Lengkuas, bawang besar, serai, daun limau purut, cili padi, tomato & pastinya paste tomyam.  Brand yang paling sesuai ialah Mae Pranom Thai Chilli Paste ni (ada halal thai & bahannya tidak meragukan).  Biasa ada dijual di pasaraya.  Kalau kat kedai siam diorang akan beli setin besar tu...
Kali ni saya buat tomyam seafood.  Saya letak udang & sotong aje.  Tapi saya tambah stok ayam (kiub ayam) untuk menyedapkan lagi rasanya (saya pernah juga refer blog-blog siam untuk tgk cara diorang masak.. hehehe)..

Bahan-bahannya
*1 Inci lengkuas dipotong
*10 biji cili padi diketuk
*3 batang serai diketuk
*1 biji bawang besar di belah
3-4 sudu besar thai chilli paste
1 biji tomato dipotong
1 kiub ayam
Sotong
Udang
Sedikit sos ikan
4-5 biji limau nipis

Rebuskan bahan-bahan bertanda * bersama 1/2 liter air ( atau ikut banyak mana kuah yang kita nak) sehingga mendidih.  Masukkan thai chilli paste tu mengikut kepekatan yang dikehendaki.  Tambah stok ayam, tomato & didihkan.  Masukkan sotong, udang dll, perasakan sos ikan.  Biasanya saya dah tak letak garam, sbb sos ikan tu dah masin.

Dah siap masak, perahkan limau nipis tadi ke dalam kuah & tutup api.  Siap!!!

Sambil masak tomyam, saya potong ayam untuk buat ayam goreng kunyit.  Tulang-tulang tu saya simpan dalam plastik, boleh dijadikan stok jika kumpul banyak-banyak.  
Ayam goreng kunyit tu plak resepinya macam entry yang lepas.  Senang aje kan...

4 comments:

{ Aisy Nasiha } at: April 7, 2013 at 1:20 PM said...

Eh, saya pun masak tomyam tgharini.
Lagi yang sama, saya pun baru belajar masak tomyam guna paste siam mcm Kina tunjuk ni. Kebetulan jumpa ms blk kg aritu. Pes ni manis sikit kan? Saya letak banyak cili tadi sebab suami saya cakap rasanya manis...Dan saya tak ada sos ikan...

Semoga cepat baik sakit tekak ye.. Saya pun sama ni, sakit tekak selsema dan sakit mata.

{ Kina } at: April 7, 2013 at 3:24 PM said...

ye ke.. hehehe.. saya kalau buat guna perencah maggi/adabi semua tu mmg tak menjadi... pes ni memang ada rasa manis, tu yg saya perah limau banyak2.. sos ikan tu mcm kicap cair jugak, jadi saya selalu renjis dalam mee/bihun/k.teow kalau terkurang garam. itula.. lama betul sakit tekak ni. nak masak & makan pon takde mood...:(

Anonymous at: September 9, 2017 at 6:21 AM said...

Kbetulan sy pun baru nk masak tomyam ni hari ni. Nk lebih sedap tambah sedikit susu pekat manis. Sy guna kiub ikan bilis,dan wajib ada dlm segenggam daun ketumbar. Sy nk cuba jga resepi sis...

{ Kina } at: September 11, 2017 at 2:29 PM said...

Kalau guna brand Mae Phrano ni saya memang tak letak susu pekat sebab brand ni agak manis rasanya. Jadi saya gantikan dgn susu cair/santan dan perah lebih limau. Tapi kalau pakai brand lain mmg saya tambah sikit susu pekat. D.ketumbar tu mmg kami skip sbb kami tak makan.. mmg kebanyakan tomyam letak. Thx for the tips ye. sama2 kita shar ilmu

Post a Comment