Cream Cheese

Monday, April 29, 2013
Masih lagi bertarung dengan demam Laieqa yang tak kebah-kebah.  Semalam temperature dia dah cecah 41c, walhal belum sampai 4 jam saya masukkan supp.  Jenuh jugakla sejukkan badan dia dengan kain lembab sampailah suhunya turun ke 38c barulah lega.  Budak sorang ni kalau demam memang macam ni.  Cepat betul suhunya naik & lebih sejam untuk turunkan balik suhunya tu.

Saya just nak share gambar cream cheese kat sini sbb kebetulan Cik Chinta bertanya mana nak cari cream cheese ni dalam entry lepas.  Maaf juga dekat beliau sebab saya tersilap bagi info.  Saya cakap kotak cream cheese tu warna biru (yg biru tu cheddar)... kalau cream cheese Philadelphia warna grey... sorry yee..

Ni contoh cream cheese yang biasa terdapat di pasaran.  Gambar ni semua saya google eekk...


Dari segi harga Tatura jauh lebih murah dari Philadelphia ni tapi dari segi rasa plak saya prefer Philadelphia le... :).  Kalau nak lagi murah, boleh try cari dekat kedai supply barang bakery, cthya sekarang ni dekat Bagus tengah offer RM26+ untuk 1kg cream cheese, which is tersangatlah murah.

Dulu masa zaman tak pandai nak masak benda² macam ni saya pernah tersilap beli cheese.  Bila nampak cheese dalam kotak & tengok bertulis Philadelphia, terus saya angkut.  Sekali bila saya try nak buat trifle, tak boleh nak lembutkan cheese tu walaupun ditenyeh dengan senduk.  Rupanya saya beli cheddar!!! Masa tu mana familiar lagi dengan bahan-bahan macam ni.  Pengajarannya berhati-hati lah semasa membeli, jangan main rembat aje ye.. :).

3 comments:

{ Aisy Nasiha } at: April 29, 2013 at 5:07 PM said...

Semoga Laieqa cepat sembuh ye.. Kina try lumur dgn air asam jawa..satu badan pun tak pe, dh kebah panasnya bru bersihkan...in sha Allah mudah ilang panas badan..

Nak ke bagus bli byk2 cream cheese la..

{ cik chinta } at: April 29, 2013 at 5:12 PM said...

Tq kak, duk sbh ni. Tgk blog akk bt kuih, kek, roti, tringin la. Hehe. Sng dpt tgk pic. Jd mmg x slh bli. Tq again lyn sokln sy

{ Kina } at: April 29, 2013 at 5:31 PM said...

Thx Aisy.. nanti saya cuba ye... kesian juga tgk dia menggigil sakan bila suhu tinggi sangat.

Cik Chinta... itula, saya letak gambar terus senang. Saya dulu pun pernah tersalah beli, tu yg bimbang org lain terkena jugak. Dah lah benda² ni semua mahal..

Post a Comment