Journey Kami Bermula

Monday, April 8, 2013
Hari ni boleh skip entry memasak.  Dapur saya pun kurang aktif kebelakangan ni sebab jenuh menjaga orang & diri yg sakit.  Masak pun makanan simple-simple aje, menu ulangan.  Jadi eloklah saya start bukak topik fasal percutian kami yang lepas di pantai timur semenanjung.  Antara lokasi yang dah lama saya idamkan....

Kalau nak ke pantai timur, kami biasanya singgah breakfast di Mac Donald Genting Sempah.  Senang sikit, lagipun bg peluang kanak-kanak Ribena ni layan fast food sekali sekala.  Saya paling suka pancakes Mac Donald,  yang lain-lain tu tak kisah sangat... :P
Habit baru Misha... biarkan makanan terjuih dari mulut.  Dia akan buat macam tu & biarkan makanan tu selagi tak ditegur.  
Lepas breakfast kami teruskan perjalanan semula.  Saya dah janji nak jumpa seseorang di Kuantan, kemudian baru ke rumah adik bermalam di sana.  Seawal 4 pagi esok kami nak gerak ke Kuala Terengganu dah.  Tapi plan bertukar sikit, sebaik menziarah orang di Kuantan, kami bergerak ke Hospital Kemaman pula kerana Pak Cik Suami diserang strok.  Syukur Alhamdulillah keadaannya stabil, cuma sebelah badannya kebas-kebas & memerlukan terapi untuk recover.  Menjelang Maghrib kami berpatah balik ke Kuantan semula ke rumah adik.

Tiba di rumah adik dah menjelang malam pun.  Jadi kami dinner & beristirehat dulu.  By 12.30 am barulah berjaya suruh budak-budak ni tido termasuk drivernya.  Saya plak macam biasalah, time perlu tido ni lah mata jadik segar.  Jadi saya lepak-lepak aje sorang-sorang sementara menunggu Ayah sampai dari Jengka.  Ayah saya ni last minute nak ikut.  Dia baru je berapa hari balik dari Umrah.  Kalau dah kaki jalan, pantang diajak.. hehehe

Hampir jam 2.00 am Ayah sampai.  Saya sambung berborak dengan adik plak.  Pukul 3.00 am try tido balik, tapi tak berjaya.  Last-last saya kejut suami ajak ke Kuala Terengganu terus, biar sampai awal sikit dari tergesa-gesa kan.  Lagipun saya dah excited & tak sabar sangat, tu yg takleh tido.. hehehe.  Jadi kami pun bergerak ke Kuala Terengganu jam 3.30 pagi.

Perjalanan lancar aje sebab tak banyak kenderaan time macam ni.  Tapi keadaan jalan ke sana agak teruk, jadi rimas le jugak.  By 6.30 kami sampai di Masjid Zainal Abidin & bersolat subuh di sana.  Adik dari Kulim dah sampai sejak 5.00 pagi lagi.  Lepas breakfast kami parking di sebelah Jeti ShahBandar & bersedia menunggu bot.

Bot kami 9.30pagi. Ramai jugak orang kat jeti ni ye.  Macam dah nak ke Langkawi pulak.. hehehe..
Buat-buat serious konon... hehe..

Tak henti-henti menyengeh.. 

Jakun habih tengok bot besar

Sementara Baba &baby tido, Mama ajak budak-budak ni naik atas
Muka cuak je sbb bunyi bising, beralun & tak bedinding.

Ambil gambar kejap je, pastu ajak turun.  Mama cuak jugak tgk thp kestabilan Ieqa.. bimbang ooo.  Walaupun Mama ni terre berenang, tapi stamina dah pancit.... :)
Dah habis round kat atas, jom kita tinjau pulak aktiviti orang lain.. hehehe...
U have 2 hours to kill tau... bosan tak??

Laa... tak bangun-bangun lagi.  Nyenyak sungguh!! (semalam dia tido bbrp jam aje, sama excited macam Mamanya)

Tok Wan pun tido aje kejenyaa
Pak Njang, Mak Njang & Zafran pun pengsan juga!!  
Perjalanan kami kali ni extra meriah sebab disertai adik-adik sekeluarga & Ayah saya.  Adik yang di Kuantan takleh ikut sebab busy dengan assignment dia.  Adik-adik yang bujang pun tak ikut jugak sbb kerja.  Abang saya lak kena tinggal last minute sbb kes salah info.  Adik-beradik saya semua kaki berjalan macam saya gak, jadi mesti kempunan habis sebab takleh follow tu... Ciaann...

Jenuh jugakla nak habiskan masa hampir 2 jam dalam bot.  Saya langsung tak dapat nak tido, layan Tiha & Ieqa yg sibuk dok explore sana-sini.  Makin lama makin tak sabar ni... macam mana lah rupa lokasi percutian kami kali ni eekk.. :)

Akhir sekali.. pose maut dari Laieqa.. hehehe


0 comments:

Post a Comment