Pulau Redang Nan Indah

Wednesday, April 10, 2013
Haru je.. baru masuk entry pasal percutian, tiba-tiba saya demam plak... Yang pelik tu saya tak expect diserang demam sbb baru je recover dr flu.  Cecair-cecair hidung pun dah mula takde... cuma batuk-batuk je.  Tup-tup tengah memasak untuk lunch badan rasa makin weak.  Ingatkan body makin malas sebab dah seminggu lebih x berapa aktif.  Tapi makin bisa-bisa plak badan, makin sejuukkk je.. Sahh!! Saya demam!!! Uuwwaaa... virus apa yg degil sgt nih?  Petang semalam saya terbaring aje sampai le pagi ni.

Mujurlah pagi ni dah rasa ok walaupun kepala masih heavy je lagi.  Arini kena kuatkan badan gak sbb ada appointment dengan Dr. Zarin (Dr anak-anak) utk suntikan Pneumoccocal Misha yang ketiga.  Monday lepas dia dah miss suntikan untuk setahun.  Haaii.. sudah besar baby Mama, dah setahun.. nanti mula la Mama teringin nak berbaby lagi.. hehehe..

Banyak plak membebelnya ekk.. saya ni kalau dah menaip susah nak stop.  Ni kena kejar masa sikit sbb tgh tunggu roti benggali naik & sementara Misha tido tu.  Kang kalau dia nampak Mama menaip, dia yg lagi sibuk nak menaip.  Habiss.. tak de la entry baru lagi.. hehehe..

Ok sambung story... lepas hampir 2 jam tak tentu arah merayap sana-sini, bot pun mulai perlahan.. Semua orang excited & tertinjau-tinjau keluar.  Dah nampak deretan resort & bot nun di depan sana.  Bot akan berhenti jauh dari daratan, akan ada satu bot/platform bergerak plak yang akan datang angkut pengunjung.  
Bersedia untuk turun.. Anak-anak, sila pakai topi & sunglasses masing-masing ye.. panas ni..

Macam pelarian nak kena hantar pulang je.. hehehe

Airnya.. mmg crystal clear!!  Pasirnya putih halus!!!

Macam ni la muka budak yang tak bebatang hidung kalau dipakaikan glasses.. hehehe.  Penyek youu!!
Time sampai memang tengah panas terik,  pastu nak kena berjalan pula ke resort.  Beg-beg pihak resort dah hantar pekerja angkutkan.  Jadi saya berlari-lari Mak Anak elak baby berjemur bawah panas.  Dia kemain suka mengekek la ingat Mama main lari-lari.

Sorrylah Tok Wan, nak kena lari cepat-cepat ni..

Sampai dah... Legaa... 

Menunggu kunci bilik... Lama la plak.
Lepas jenuh menunggu kunci bilik yang tak kunjung tiba, saya pun mula la pelik.  Ye la apsal lama sangat, mesti ada problem ni.  Saya tanya pada suami, dia cakap mmg ada problem mostly pasal payment kami.  Saya pon pergi ke receptionist untuk dapat penjelasan & tryle kalau bleh settekan problem.  Dalam hati .. "Ni yang saya malas bercuti pakai agensi, mmg menyusahkan!!".  Syukur tak sampai 5 minit saya berbincang dengan pemilik, masalah kami diselesaikan.  Cuma bilik akan dapat berperingkat menunggu availability.  Padahal suasana sebelum tu agak kecoh kerana semua orang sudah kepenatan & kelaparan, memanglah emo sikit. Jadi saya gunakan pendekatan lembut & berdiplomasi dengan pemilik. Because of that pemilik tu jadi close dengan saya plak.. hehehehe...

Apapon mujurlah pemilik resort jenis tidak berkira & bertimbangrasa.  Agen kami hanya membuat pembayaran pagi tadi & tak cukup plak tu (sedangkan kami telah membayar lebih RM11,000.00 hujung Disember lepas!!).  Memang agensi dcoral ni akan diblacklist seumur hidup!!  Percutian kali ni kami saja suka-suka ikut adik & rakan-rakannya di Intel memandangkan harga yang ditawarkan murah.  Jadi semua urusan saya serahkan kepada dia, walaupun saya ni agak berat hati nak serah duit macam tu je.. :) (bukan tak caya kat adik, tapi dekat org yg terima bayaran tu.. )..

Lepas dapat kunci cepat-cepat kami masuk ke bilik.  Bagi saya bilik di sini biasa-biasa aje tapi berpatutan dengan harga yang ditawarkan.  Saya tak ambik pun gambar dalam bilik sbb kepenatan & takde mood sangat.  Dalam bilik kami ada 2 queen size, 1 di bawah & satu di atas.  Malangnya katil di atas tak boleh diguna di siang hari sebab panas sangat.  Aircond pun ada di bahagian bawah aje.  Jadi kami lepak ramai-ramai kat bawah aje.  Ikut plan kami dapat 3 kunci, tapi since bilik kami pon besar, jadi kami offer ayah join sekali.  Adik-adik plak duk sebilik.
Hati yang tengah panas dicampur badan yang letih & lapar terus terubat sebaik melihat pemandangan sebegini

Dan cenggini...
Dan ini juga.... :)
Sungguh.. semua rasa frust tadi tu perlahan-lahan lenyap sebaik kami masuk ke bilik sambil menyaksikan keindahan laut yang sedap mata memandang ni.  Sudah lama saya tak menyaksikan pantai secantik & sejernih ini.  Hampir sama dengan keindahan Pulau Perhentian yang pernah saya jejak 12 tahun yang lepas.

Kami tidak berpeluang beristirehat lama pun kerana jam 2.30 ialah snorkeling trip kami yang pertama.  Seronoknyaa!!! Dah 12 tahun saya tak snorkelling & menyelam..  diharap keindahan coral di sini juga setanding dengan Pulau Perhentian!!!

Info percutian kami :

NAMA RESORT :  REDANG LAGOON
PAKEJ                 :  3 HARI 2 MALAM
                               - 8 MEALS (breakfast, lunch, tea time, dinner).
                               - 3 SNORKELLING TRIP
BAYARAN         :  RM280.00/SEORANG
                               RM140.00/KANAK-KANAK
WEBSITE           :  http://www.redanglagoon.com/

Bagi saya untuk lebih terjamin, seeloknya berurusan terus dengan pihak resort.  Kalau melalui orang tengah dibimbangi akan ada masalah komunikasi & mungkin duit masuk poket sendiri!!!  Tak dinafikan kadar kami ni lebih murah dari yang ditawarkan di web resort, tapi group kami disertai oleh 56 orang.  Saya rasa pihak resort pon boleh bagi murah kalau kita datang in group begini kan?  Bagi saya pihak Dcoral sangat tidak bertanggungjawab kerana mematikan handphone sepanjang kami cuba menghubungi mereka untuk penjelasan. Mujurlah pemilik amat bertimbangrasa & baikhati menerima kunjungan kami dengan hati terbuka.  Kalau tak, ada yang kena patah balik ke daratan aje!!

Next entry saya ceritakan apa aktiviti kami di sini lagi ye. Hari ni entry melepaskan perasaan sikit.. hehehe...


0 comments:

Post a Comment