SUPREME QUICHE

Thursday, October 30, 2014 0 comments

Percubaan pertama saya memasak real quiche.  Kalau perasan, saya pernah mencuba crustless quiche yang mudah, just nak dapat gambaran tentang quiche & rasanya.  Masa zaman kerja dulu, salah satu menu yang saya teringin nak cuba ialah Quiche.  Nampak macam sedap sangat quiche kat O'briens tu.  Tapi tiapkali saya visit oulet, mesti saya pergi order menu lain pulak... Sampai lah saya resign,  tak jugak merasa quiche ni.   Tu yang nak tau jugak apa rasanya.  Bila buat crustless quiche, anak² enjoy aje (alah.... semuanya hantu telur, menu macam ni gerenti digemari diorang)... Jadi saya 'rajinkan' diri buat pie crust nya sekali.. 

Pie crust tu pon first time saya buat tau!  Biasa kalau ada resepi pakai pie crust, saya memang tak rajin mencuba, takpon saya cheating guna puff pastry or biskut aje.. hehehe.. Nak buat macam mana, suka memasak tapi jiwa tak cukup kental buat benda² macam ni.  Kali ni saya buat dengan bantuan Food processor tu (ni pon antara sebab saya beli food processor... Haaa.. kantoi!)... Resepi crust yang teramat sedap ni saya ambil dari sini...  Saya amat berpuashati dengan resepinya yang mudah & hasilnya memang menawan.. 


INGREDIENTS

1 1/2 cups all-purpose flour
1/4 teaspoon fine salt
1 teaspoon granulated sugar
8 tablespoons cold unsalted butter (1 stick), cut into small pieces
4 to 5 tablespoons ice water

INSTRUCTIONS

Combine the flour, salt, and sugar in a large bowl and stir briefly until the mixture is aerated. Using a pastry blender or your fingers, cut the butter into the dry ingredients until it’s in pea-size pieces that are slightly yellow in color, about 4 to 5 minutes.
Drizzle in 4 tablespoons of the ice water and mix just until the dough comes together. (Add the last tablespoon of ice water if necessary, but don’t overwork the dough or it’ll become tough.)
Shape the dough into a flat disk, cover it in plastic wrap, and refrigerate for at least 30 minutes, then use it in the pie or tart recipe of your choice.
 
Dari segi rasa memang saya puashati, cuma saya sedikit kecewa coz tak boleh masak crust tu dengan lebih lama coz oven dah ditempah oleh roti benggali.  Benggali tu takleh dibiar lama², kalau merajuk memang collapse terus!
Quiche ni menepati citarasa kami...
Bila di survey resepi, memang banyak sangat.  Tapi lepas membelek satu persatu, saya berkenan dengan resepi ni.  Tapi saya terpaksa mengolah mengikut barang² yang ada kat rumah aje lah.  Resepinya dalam bahasa omputeh jugak yeee.. Tak berapa nak rajin untuk men translate.. sowwiieeee..

SUPREME QUICHE
Ingredients

Original recipe makes 2 - 9 inch quiche (saya buat separuh adunan sahaja)

1 tablespoon finely chopped green bell pepper
1 small onion, finely chopped
1 (4.5 ounce) can mushrooms, drained and chopped
6 eggs
2 cups heavy cream
8 ounces (226 grams) shredded Monterey Jack cheese (saya gunakan mozarella)
8 ounces (226 grams) shredded Swiss cheese (saya gunakan cheddar)
12 (340 grams) ounces cooked ham, chopped (saya gantikan dengan sosej)
1/2 teaspoon vinegar (tak letak)
1/8 teaspoon dried tarragon (tak letak)
1 pinch garlic powder
1 pinch ground nutmeg
1 pinch dried parsley
salt and pepper to taste

Directions

Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and pre-bake crusts for 10 minutes. Set aside to cool on racks.
In a large skillet, saute green pepper, onion and mushrooms until onions are soft and translucent. Remove from heat and set aside.
In a large bowl, mix eggs and cream together. Stir in the shredded Jack and Swiss cheese, chopped ham and sauteed vegetables. Stir in vinegar and season with tarragon, garlic powder, nutmeg, parsley, salt and pepper. Divide filling into the 2 baked pie crusts.
Bake in the preheated oven for 55 to 60 minutes, or until filling is set and crusts are golden brown.

Kalau nak tau rasanya.. cubalah!  Gerenti tak mengecewakan...


SALTED CARAMEL SAUCE

Wednesday, October 29, 2014 0 comments
Sebelum terlupa, baik saya share resepi Salted Caramel yang saya buat baru² ni.  Saya tak ambil gambarnya sebab tak plan pun nak letak resepi di sini.  Tapi bila tengok semua orang sukakan rasanya, sampai habis licin pretzel yang tak sedap tu dicicah dengan caramel ni.  Eloklah saya simpan resepinya sebagai panduan di masa depan.  Resepinya saya ambil dari sini , kalau nak tengok cara pembuatannya bolehlah refer kat sini ye...

Ingredients:

1 cup (200g) granulated sugar
6 Tablespoons (90g) salted butter, cut up into 6 pieces*
1/2 cup (120ml) heavy cream*
1 teaspoon salt

Directions:

Heat granulated sugar in a medium saucepan over medium heat, stirring constantly with a rubber spatula.
Sugar will form clumps and eventually melt into a thick brown, amber-colored liquid as you continue to stir. Be careful not to burn.
Once sugar is completely melted, immediately add the butter. Be careful in this step because the caramel will bubble rapidly when the butter is added.
Stir the butter into the caramel until it is completely melted, about 2-3 minutes.
Very slowly, drizzle in 1/2 cup of heavy cream while whisking. Since the heavy cream is colder than the caramel, the mixture will rapidly bubble and/or splatter when added.
Allow the mixture to boil for 1 minute. It will rise in the pan as it boils.
Remove from heat and stir in 1 teaspoon of salt. Allow to cool down before using.
Cover the caramel tightly and store for up to 2 weeks in the refrigerator. Warm the caramel up for a few seconds before using in a recipe.

*Unsalted butter may be used instead, though I prefer salted. No other changes need to be made to the recipe if using unsalted.

*Heavy cream (approximately 36% milk fat) may also be sold as whipping cream. Light whipping cream (30% milk fat), or double cream (48% milk fat) may be substituted.

Saya tak letak garam sebab guna salted butter & dah suka dengan rasanya.  Maybe next time bolehlah saya try buat & letak garam pula.  Caramel Sauce saya tu masih ada dalam peti, tengah dok fikir² nak gu kan caramel tu dengan apa pula agaknya ekk... :)


MAKANAN WEEKEND

2 comments
Mengidam nak makan pretzel, jumpa satu resepi yang nampak menarik.. bila dibuat, langsung tak menjadik.. Frust saya.. Memang saya perasan macam ada yang tak kena dengan resepi tu, tapi masa tu saya dah humban hampir semua bahan dalam breadmaker.. jadi redha je lah.  Bila doh siap, the dough so breakable.. Saya tak boleh bentukkan pun.  Jadi.. saya gentelkan takat yang boleh ala² stick (memang hodoh, tapi nak buat macam mana kan.)..
Inilah rupa pretzel yang tak menjadik.. Ni gambar selepas dicelup dengan Baking Powder, tapi belum dibakar.  Mujurlah habis licin!  Licin bukan sebab pretzel ni sedap, tapi Salted Caramel sebagai pencicahnya yang Uummpphh.. Resepinya Caramel tu kemudian ye..

Potato fritters again.. Suami beli kentang kat Giant, tapi nampak macam akan membusuk aje. Baik saya habiskan cepat.  Jadi saya sagatkan kentang, carrot & daun bawang sebagai bahan utama potato fritters ni (jangan tak tau, bawang² saya tumbuh dengan suburnya gara² berpeluh sebab terbiar dalam plastik.. hahahaha..)... 

Banyak lagi makanan yang saya masak weekend lepas, tapi yang ni saya share yang mana saya rajin snap ajelah.. hehehe...


SI BULAT SHUMAILA

2 comments
Dah besar baby Shumaila ni.. pejam celik, 3 bulan usianya.  Overall dia jenis ok.. takde la perangai sangat.  Macam Kakak²nya jugak, sebelah siang dia tido sepanjang pagi till 12.00 noon camtu, then start mintak main & dilayan sampai petang.  Malam pula by 9.30-10.00pm time tidonya.  

Walaupun Mama & Baba katogeri Batman & Batgirl yang suka berjaga malam, anak² takde buat hal time memalam.  Masa nak masuk sebulan haritu adalah Shumaila buat hal menjelang tengah malam, mujurlah seminggu je Mama jadi burung hantu.. Lepas Mama jumpa 'kelemahan' dia.. problem solved.  

Cuma yang Mama tak boleh nak atasi, rutin dia yang nak berdukung menjelang tengahari.  Biasanya by 12.00noon sampailah Babanya balik, langsung tak boleh tinggal... Ada je yang tak kena.  Kejap nak menyusu, nak berayun, nak berdukung... Hadoii... tiap² hari memang itu rutinnya.  Mama pun tak tau cane nak atasi part tu.  Hopefully by the time umurnya meningkat, habit nya tu slowly hilang lah.  

Apa pun, kami sekeluarga so excited dengan kehadiran seorang lagi ahli baru dalam keluarga... the more the merrier gitu!  Kakak² memang sayang sangat² baby diorang ni.  Pantang betul dengar baby nangis, semua sibuk nak pujuk or menjerit panggil Mama.  Kalau Mama ugut nak bagi kat orang ke, pakat meraung² begging Mama jangan bagi baby kat orang.. hehehe...  

Dalam tak banyak ragam, masa Mama tetap menjadi terhad.  Ye la.. Masa dengan baby aje dah banyak, then masa dengan Kakak² yang lain lagi.  Si Misha pon baru aje 2 1/2 tahun, nampak je very independent, tapi dia still nak attention... Kang dia start buat perangai, Mama jugak yang stress!! Sekarang ni FB ke apa ke,  dah lama tak dikhatam, blog ni pun susah sangat Mama nak update.  Memang housework Mama berganda² banyaknya sekarang.. Walaupun letih, tapi seronok bila tengok anak² membesar depan mata... Ini bukanlah entry merungut.. entry sekadar bebelan & penjelasan kenapa blog ni makin sunyi sekarang.. ;P




BASIC DOUGH YANG TERSEDAP

Thursday, October 23, 2014 2 comments
Banyaknya stok sosej!! Naik rimas dibuatnya bila freezer penuh dengan makanan yang saya kurang suka. Macam mana la boleh ada sampai 4 bungkus mini sosej Ayamas dalam freezer tu. Entah bila beli pun saya kurang pasti. Dahlah saya bukan peminat sosej, buat stok tu pon setakat pelengkap menu sarapan aje...

Lepas memerah otak & merajinkan diri... Berjaya juga buat mini sosej bun ni.  Bukan senang saya nak kuatkan semangat menggentel benda² kecik macam ni.  Hadoiii.. boleh naik hantu mengadap doh lama².. hehehe...

Tapi selepas doh masak, terkesima tengok teksturnya... Wahhh!!! Halus.. mulus DAN sedapppp!!!!  Inilah basic dough yang saya tercari² selama ini.  Kalau sesiapa yang suka roti, cubalah resepi ni.. Memang Ummpphhh!


BASIC DOUGH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


WATER ROUX: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. ) (saya buat 3/4 bahagian aje)
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/10/mini-sosej-bun.html#ixzz3GyxXkzDX


Saya timbang doh 20gm+- , gentel & lilit pada sosej.  

Saya ambil 40gm doh & bulat²kan.. Yang ni buat 4 biji aje sebab nak habiskan stok serunding

Roti sosej dipicit mayonis, bun tu pun dipicit mayo sebelm ditabur serunding

Baki seterusnya saya buat cheesestick...
Dah masak.. tapi saya kurang pasti kenapa yang 1st batch ni warnanya tak gelap.  Saya keluarkan jugak sebab tak nak roti menjadi kering kalau lama sangat dalam oven.  Apapun rasanya langsung tak terjejas.  Time panas² ni sapukan butter... 


15 biji Roti sosej hanya berbaki 2 & bun serunding hanya berbaki 1.  Ikutkan hati nak perabiskan semua, tapi tak nak layan sangat nafsu makan saya yang menjadi² sekarang ni.  Yang sadis tu, Ieqa cuma larat makan 1 & Misha makan 1/2... Roti sedap macam ni pun korang tak larat makan... entahla.. Si Tiha pula punyalah puji sedap & cakap "Mama ni masak macam Masterchef la".. pastu dok suruh Mama masuk bertanding... Haa.. punyalah sedap sampai ada hati nak suruh Mama masuk Masterchef tu... hehehe...  

Cheesestick ni pula bakal jadi sarapan saya & anak² esok (rasanya macam tak cukup je banyak ni)... 
Yang pasti, saya akan buat lagi roti ni dalam tempoh terdekat ni.. :)

KISAH IEQA

0 comments
Ieqa ni dari kecik memang kuat membebel & kuat bertanya.. volume suaranya pula.. Haiii.. boleh pecah gegendang telinga.  Tapi tu kalau dengan family lah... Kalau ada orang, nak angkat muka pun takut.  Ieqa bukan kaki kartun or tab macam Tiha.  Tiha ni kalau tak ditegur,  boleh hadap tv or tab tu sepanjang hari.  Ieqa pulak, suka berimaginasi & berkarya... hehehe... 

Tiap² hari Mama kena kebalkan diri dengar soalan bila dia boleh pergi school.  Mama memang malas nak hantar sekolah selagi belum 5 years old.. Bimbang excited time awal² aje .. :P.  Jadi kat rumah, dia 'belajar' sendiri.  Cthnya.. ABC & 123 ... Tup².. dia boleh baca & kenal sepenuhnya walaupun Mama tak pernah ajar.  Mungkin juga dia banyak tengok Tiha buat homework & suka bertanya, jadi slowly dia boleh kenal semua tu.  Since dia suka sangat nak 'school' jadi dia ada beg sekolah, warna & set menulis.  Bukunya pula saya bagi buku Tiha yang berbaki dari darjah 1 dulu... Ni antara hasil seni Ieqa dari buku tu...
Ieqa cakap dia lukis rumah bentuk round then rumah tu keluar smoke.

Ieqa lukis Banana (Minion yang digelar banana oleh Misha)

Ieqa cakap ada mouse nak makan cheese, pastu ada orang.... hehehe...

Ni aktiviti terkini dia - bertungkus lumus mewarna. Coloring Book ni dia dapat semasa Birthday kawan Tiha baru² ni... 
Harap² Ieqa serajin macam ni time sekolah nanti ye.. Jangan dah masuk sekolah, homework semua nak kena tunggu Mama menjerit tanya, baru kelam kabut nak buat!!!


BROWNIE

Wednesday, October 22, 2014 2 comments
Dinner baru² ni saya menjala selepas tengok ada stok kari daging dalam freezer.  Saya saja testing buat roti jala guna botol sos (bermuncung tirus).  Tapi agak sukar nak picit elok² sbb lubangnya agak besar (asalnya saya simpan mayonis, jadi saya potong besar).  Yang bagusnya, takde la menitik saya sini macam guna acuan roti jala.  Kalau guna acuan roti jala, everytime nak menjala kena top up... Sayang jugak nak beli acuan jenis botol berlubang tiga tu sbb nanti yang lama tu memang takkan terguna lah.. 

Kemain 'kasar' jalanya coz batter saya agak cair (main humban dlm blender tanpa bersukat) jadi saya gapkan besar sikit supaya tak bertindih.  
Saja je share pasal roti jala ni.. mana la tau boleh bagi idea kat sapa² yang takde acuan tapi masih boleh menjala.

Sebelum dinner semalam, terasa pula nak makan brownie.  Saya tak pernah lagi buat brownie walaupun tahu mudah nak membuatnya.  Mungkin inilah masanya saya try buat brownie pulak.  Saya ternampak resepi ni dari blog Kak Elly ...

Resepinya :

Bahan2 (saya copypaste dr Kak Elly)

3/4 cup Flour (Kak Elly guna raising flour) - Saya guna tepung gandum biasa
1/4 Cocoa powder
1 Cup Chocolate Chip
3/4 Cup Butter (170gm atau potong 4 bahagian butter, ambil 3 bahagian)
1 Cup Sugar (saya kurangkan 3/4 cawan)
3 Eggs

Cara² :

Gunakan teknik double boiler/microwave untuk cairkan butter, kemudian masukkan chocolate chip. Kacau² sampai cair.

Dah cair, turunkan dari api kemudian masukkan gula, kacau² lagi sampai sebati.

Masukkan telur, kacau lagi sampai sebati dan diakhiri dengan tepung & serbuk koko.

* Saya tambah 1/2 sudu baking powder.. Jika anda sukakn tekstur yang cakey, tak perlu tambah baking powder.  (Lepas banyak kali buat, sekarang saya lagi prefer tak letak baking powder)

Dah siap batter nya.  Bekasnya saya passkan ke Laieqa untuk dijilat.. :)

Bakar pada 170c pada suhu 25-30 minit (ikut kepanasan oven), saya tambah sikit masa.

Sekejap aje dah siap!  Memang tak remeh nak buat brownie, kalau sapa² yang tak confident nak membaking or malas nak keluarkan mixer semua tu, bolehlah mula kan dengan buat brownie dulu... :)
Elok habis dinner, brownie pun siap... Laju je saya potong time panas².. Yeaahhh... Jom makan!!!


MAYESHA & TOILET TRAIN

Tuesday, October 21, 2014 2 comments
Anak notti Mama yang sorang ni dah 2 1/2 tahun umurnya.  Memang dari lahir, saiznya kecik dari Kakak² & teramat aktif berbanding yang lain.  Budak kecik ni terlebih berdikari sikit, misalnya seluar bajunya jangan harap kita boleh pakaikan or bukak kan!  Dia nak pilih & pakai sendiri.  Sometimes dah elok berbaju, dia bukak semuanya sampai togel.  Bila dah makin besar, makin ketara sikap terlebih berdikarinya tu.  Sampaikan diapernya tu pon nak dipakai or dibuka sendiri juga!  

Bila Mama dah nak dapat baby, memang risau kan dia.  Berbanding dengan Ieqa dulu (Ieqa pun sama umur dengan Misha time dapat Adik), Misha still nampak tak faham dia akan dapat Adik (or buat² tak faham)... Ieqa dulu awal² lagi dah bagitau dia nak jaga baby... jadi Mama tau dia akan jaga baby dia.  Tapi Misha ni... hmmm... Mama bimbang sungguh!  Kebimbangan Mama jadi kenyataan sebab hari pertama bawak balik baby ke rumah, dia dah berjaya tunggang & golek²kan baby!  Baru berapa minit Mama curi² ke toilet... boleh dengar Kakak² menjerit... Berlari Mama keluar.  Rupanya dia dah turun dari atas baby sebab Kakak² marah, dia tengah tolak² baby untuk golekkan.. dia cakap 'ulat'... Kuss.. semangat Mama...
Makanan favourite dia... bukan telur, bukan juga sosej, tapi baked beans!  Dia hanya akan hadap baked beans ni aje untuk breakfast.  Menda lain tu dia akan offer Kakak²... Baked beans tu dia akan tambah & makan hampir separuh tin.
 
Baik depan camera je ni...
 Lepas kejadin tu, sebaik keluar dari hospital, saya memang extra careful everytime nak tinggalkan baby.  Bimbang Kakaknya buat eksperimen baru.. Mujurlah.. Dia dah faham.. tak boleh ganas² main dengan baby.  In fact, slowly dia yang terlebih jaga baby.. Kalau baby menangis, dia lah paling laju berlari cari Mama.  Kadang² tu siap selak² baju nak bagi susukan baby sebab Mama lambat sangat.. heheheh... Bila baby melepas, dia dah tau nak buat apa, dia akan letak lapik plastik, diaper & wet tissue siap².  Tak perlu Mama suruh!  Inilah Misha.. dalam kita dok bimbang, tiba² elok je dia belajar dari situ.


Tengah bagi broccoli duduk...  

Tak menyabar nak ambik favourite fruit dia.. grape!!

Sentiasa meneman baby... Lega Mama tengok dia dah pandai jaga baby sekarang ni...

Kakak kesayangan & juga mangsa buli dia.. hehehe...
So bila dia dah cecah 2 tahun, saya berharap sangat dia dah mula pandai buang air besar di tandas. Kakak²nya tak buang air besar dalam diaper dah bila diorang start pandai bercakap. Tapi si Misha... dah puas disuruh, diajar, dipaksa... semua tak jalan (malah dijentik Baba bila uukk dalam diaper)...  Sanggup dia tak membuang jika saya paksa dia duduk atas toilet bowl.  Lepas dah jenuh kena marah, ugut dll.. saya tukar method... everytime dia berjaya buang air di tandas, saya upah aiskrim!  Saya tak expect dia berhenti dari pakai diaper terus, cukup sekadar tak buang air besar dalam diaper.  Method ni membuahkan hasil pada awalnya aje, lepas tu dia start membuang dalam diaper balik.

Tapi.. dah namanya Misha... kita ajar A... tiba² dia boleh buat C!  Dalam saya dok susah hati tu, 2 minggu lepas, terjadilah sesuatu yang tak dijangka.  Time tu saya di dapur.. tiba² je saya dengar dia dok jerit.. "Mama.. Dah!!".. berkali² dia dok cakap DAH!!  Apa lagi.. berlari Mama cari dia keliling rumah... Bila dia cakap dah & panggil Mama.. pasti dia dah buat sesuatu yang drastik & perlukan bantuan!  That's y Mama panik.

Rupa²nya dia atas toilet bowl!  Terkangkang atas tu sambil tunggu Mama basuh!  Ya Rabbiii... nasib baik tak jatuh dalam tu.  Dia panjat dengan kerusi & support dengan tangan di tepi toilet bowl.  Bayangkanlah macam mana dia nak panjat & kangkang sendiri atas tu.  Dahle dia ni kecik aje badannya.  Since that... dia dah tak nak pakai diaper!... Macam tu aje.. terus berhenti!  Mendadak betul.. Sungguh Mama tak sangka.  

Tapi the first week tu ada juga sekali sekala Mama pakaikan diaper bila Mama bz sangat, bimbang jugak kalau dia terlepas. Sekarang ni, memang dia yang langsung tak nak pakai.  Cuma bila dia terlelap, kami pakaikan jugaklah, bimbang dia terkencing dalam tidur.  

Apapun.. lega sangat sebab dia sendiri yang volunteer berhenti tanpa Mama susah² nak train or marah² lagi dah.. hehehe... Officially dia berhenti pakai diaper at the age of 21/2 years macam Ieqa!!.  Memang tak disangka² kan???


JAPANESE SOUFFLE CHEESECAKE

Friday, October 17, 2014 0 comments
Korang pernah makan Cheesecake yang dijual dekat Jusco tu tak?  Ada yang La Boheme or Mack Cik... Rasanya very light & soft.  Kalau sebiji (harga around RM11+) memang tak cukup untuk sekali hadap.  Very light... not sweet... memang teringin sangat buat coz kami sekeluarga memang sukakan kek tu.  Nak cari resepi tak tau namanya.. jadi saya akan belek tekstur kek² yang ditayang para blogger untuk dapatkan resepi cheesecake macam tu.

Lepas tercari² saya ternampak Japanese Souffles Cheesecake yang lembab dan gebus aje... Waaaa... nak kena try buat ni!!!!  Yang lagi syiok, saya jumpa versi mudah... mostly bab bahannya yang diguna tu cuma 5 aje.  Ohh... makin excited...

Petang semalam dengan penuh excitednya, mulalah masuk ke dapur.  Dah siap tu, menunggu dengan penuh suspense... Masa tu saja je belek² semula resepi... Then baru perasan.. Ya Allah!!!! lupa letak tepung!!!!  Dah 20 minit pun dalam oven!!!  Uwwaaaa.... Hancur luluh hati ku... Kek yang dibuat sepenuh perasaan terlupa letak tepung pulak.. Hadoiii... Nak tak nak, biar ajelah kek tuh terus dibakar hingga cukup 1 jam.  Dah cukup 1 jam,  bahagian atasnya macam putih je lagi, saya tambah lagi 20 minit.  Yang buat saya lega, kek ni nampak 'set' walaupun takde tepung.. heheheh...

Cheesecake tanpa tepung, hanya di Kinazone... :P

Walaupun tak bertepung... berebut² dimakan.. sedapla pulak!!! Hahahaha....very cheesy.. nanti nak try versi complete lah.. Yang terlupa letak tepung ni pun macam tak cukup kami hadap 
Apapun rasa cheesecake ni tetap tak sama macam cheesecake yang saya cari tu.  Adehh.. bilakah missi mencari ini akan terhasil??

Nak resepi, ambik dari sini ye & saya paste di sini jugak.  Resepi ni diberikan dalam bilangan telur, cthnya utk cake pan 9inch macam saya ni, gunakan 5 biji telur.  Jadi semua bahan gandakan 5 lah ye.  Nak detail tentang resepi ni, masuk link yang saya bagi tu.  Kat situ ada detail cara pembuatan cheesecake ni...


Ingredients(4 eggs for an18 cm diameter cake)

Cream cheese  50 g

Milk                50 g

Egg                 1

Sugar             20 g

Plain flour       10 g

Cara²nya saya tak letak sebab panjang sangat.  Actually simple aje, tapi pemilik resepi bercerita detail siap dengan gambar sekali.  Jadi kalau nak buat masuk sana ye... :).  Kalau ada kerajinan saya share cara buatnya kat sini pulak - kalau rajinlah kannnn.... :P





PICKNIK

Thursday, October 16, 2014 0 comments
Last Monday saya dah plan nak dinner kat luar.  Lagipun Birthday Babanya.. jadi bolehlah belanja Baba makan since Mama tak sempat buat kek or masak special.  Saya dah target ke Publika... petang tu masa Baba nak jemput Tiha di sekolah, baru sedar bateri kereta kong!  Ohh... ni gara² pintu sebelah budak² ni tak ditutup rapat so dok menyala sakanlah lampu etc.  Agaknya dalam mamun² balik dari KLIA aritu Tiha tak sedar pintu side dia tak tutup properly.  Last² saya minta suami pergi beli cable untuk Jumpstart.. manalah tau masih boleh kan.  Bateri tu pun baru lagi.. Alhamdulillah.. berjaya juga kereta hidup... Fuhh.. Nyaris dah kena cancel plan tadi.

Plannya nak try On The Table (OTT) milik Chef Riz.. Jenuh berpusing cari... Last² terjumpa Picknik (milik Nik Micheal Masterchef).  Staf dia maklumkan OTT dah 7 bulan ditutup.  Oh.. patutlah web dah takde & call pun tak dapat.  Tapi takpelah.. Picknik pon ok juga.. Ni pun memang masuk dalam list must try saya jugak.. :P..

THE MENU-banyak sungguh choices of foods!  Terkebil² nak memilih.. sampai sudah takleh nak decide.  Last² the waiter bawak Tab & tunjuk gambar untuk entree kami.... Haa.. at least senang sikit nak pilih, from picture kan...

Jenuh membelek menu sebab banyak sangat pilihan.. Frankly semuanya macam sedap!!!  
Ieqa & Tiha sepakat nak lemonade, jadi kami ambik lemonade carafe (jug) terus.  Bolehlah diorang share bertiga... Mama ambik Mango Lassi & Baba dengan Pina Colada...

Dapurnya open concept.. boleh tengok Chef memasak.  Biasanya Nik yang dok masak, tapi stafnya maklumkan dia ke London.. 

Appetizer kami ambik Cream of Mushroom & Garlic Bread.. Yang ni juga as backup untuk Ieqa & Misha yang mungkin tak makan makanan yang kami order nanti... Mushroom soup nya sedap, tak terlalu creamy, so tak memuakkan.

Untuk Baba - Lamb cutlet... At first nak ambik short rib, last minute, ambik cutlet.  Rasanya sedap just the spinach a bit pahit.  

Mine - Black Angus Sirloin Steak... So sedap!!!  Saya request well done.. kalau pilih medium ke mesti lagi lembut kan.. tapi saya masih tak berani nak try daging yg ada pinkish on the inside tu..  maybe some other times la kot

At first Tiha mention Char Kue Teow, tapi cepat² Mama & Baba bangkang.. kami suggest Pan Seared Salmon ni.. laju je dia cakap "nak!!".  Salmon tu dah terjatuh ke tepi sebab dia dah tak sabar nak makan.  Mama mintak ambik gambar, dia letak balik fork & knife.  Yang ni pun sedap!!!! Ieqa yang tak suka ikan tu pun dok menyemak makan sekali & till now dok bagitau "bestla fish dekat Picknik tu Mama..."  

Waiter yang entertain kami malam tu memang friendly... memang rasa macam VIP aje.  Maybe sebab malam tu takde customer sangat.. jadi memang dia sentiasa ada.. cthnya bila kami nak ambik gambar, cepat² dia dtg volunteer ambikkan.  Bila Misha nak makan tomato, tapi kami tak benarkan, cepat² dia dtg maklumkan "Tomato sini tak masam, ok je kalau dia nak try"... :)
Lepas dah kekenyangan (mostly Baba yang duduk setiap tempat sebab nak rasa & perabihkan semua makanan (portion Tiha paling banyak)).  Kami just order dessert untuk anak²... Pilihan dessert nya biasa² aje.. Jadi kami ambil Pavlova ajelah...

The Pavlova 

Dah tersengih² nampak dessert.. Si hantu manis, Laieqa namanya...
Bila Pavlova sampai.. budak² ni terus nyanyi lagu Birthday kat Baba... Tiba² waiter tu pun terus datang join nyanyi.  Adehh.. kami plak naik segan.  Dah siap tu dia cakap.. "Eh.. Birthday ke?  Tak bagitau tadi, kalau tak boleh bagi candle. Nak candle tak?  Kalau nak saya ambik"... Laju je Baba jawab "It's Ok, memang tak nak pun, budak² ni saja je nyanyi, kalau Birthday diorang takpelah ber candle bagai... heheheh..".  Segan ye baba.. :P

Tekstur pavlova kat sini lain dari yang saya buat... very crunchy... Apapun dua² sedap aje..  Anak² plak bila Mama tanya Pavlova Mama or Pavlova Picknik sedap?  Sebulat suara diorang jawab "Picknik!!".. Ehh.. sebab apa (rasa tergugat Mama)... "sebab ada Blueberry!".  Cehh.. kalah sebab blueberry ye.. takpe.. Mama terima... :P

Total bil malam tu... Kalau nak tau, menyesal kami order Lemonade Carafe tu.  Semua anak² tak nak minum, diorang nak Air Kosong!!!  Kami kena order 3 air kosong.  Rupanya Lemonade sini dicampur dengan air gas (anak² saya memang tak minum air bergas) and a bit masam.  Tapi untuk saya & Baba ok aje cuma kami pun tak larat nak habiskan sebab dah full sangat.

Sebelum balik ambik gambar dulu kat Picknik yang  serve makanan TERAMAT SEDAP ni. Ehh.. sian Shumaila yang tengah mintak tolong sebab mata tertutup... hahahaha... Mananya tak marah, dahlah tak boleh makan, nak tengok sekeliling pun Mama tak bagi ye.. heheheh... Dah tarik topi tu ke atas, barulah start tersengih² & terbelalak mata tengok sekeliling. 

Frankly kalau dibandingkan dengan Wangsa Grill, dari segi rasa, portion & harga memang Picknik jauh lebih ok.  Wangsa Grill Lobster aje yang best.. yang lain... mmmm... Ingat lagi kami kelaparan lepas dinner di Wangsa Grill aritu, portionnya Mak Aiii... tak padan dengan harga.  Harap² Picknik boleh kekalkan servis & rasa makanan yang sedap ni.  Jangan next time datang dah lari pula rasanya ye.  Mana tau ada rezeki kami sampai lagi kannnn.. :)

P/s : Apapun happy sangat coz mission accomplished!  Birthday Boy tak henti² puji the best dinner experienced untuk dia... :)



NAK KE MANA YE?

Wednesday, October 15, 2014 0 comments
Weekend yang boring.. Nak ke shopping complex, mcm bosan je.  Nak ke park, bimbang hujan.  Skrg ni petang² memang hujan lebat aje.  Last² time keluar dinner di Pelita Sri Hartamas, kami melencong ke KLIA 2.  Saja nak bawak budak² ni berlarian² di sana.  Mama & Baba tak sampai lagi ke sana... (ada ke bawak anak² makan angin kat airport.. hehehe..)...

Sampai aje, heret semua kanak-kanak ribena ke washroom dulu.  Masa ni Misha dah tertido tak sedar apa... 

Bilik baby... Ila pon nak tukar diaper jugak kan...

Ahli baru yang suka berjalan jugak... kalau berjalan, mmg tebelalak mata tengok sekeliling

Terkagum tengok 'kolum' sempena Deepavali
Mujurle KLIA 2 ni tak sesak macam LCCT dulu. Memang happy la budak² ni dapat berjalan/berlari dalam ni.

Misha masih lagi tidur... kalo dia tak tido ni.. lagi havoc



Then kami naik ke departure untuk tengok runaway & kapal terbang.  Dah sampai di runaway barulah kami kejutkan Misha.  Masa ni dah 12.30malam.  Mula² lalok² jugak dia.. tapi bila dah terbukak mata tengok tempat 'baru'.. hilanglah mengantuknya.  Budak² ni jenis tak menangis kalau dikejutkan dari tidur, tu saya tak bimbang sangat.



Haa.. tadi tidur sampai tak nak bukak mata.. bila bangun.. dia la paling laju lari sana sini

Kak Misha dah turun stroller, baby plak take over.  Tidur² ayam je ni... lepas tu dia bukak mata semula...
Dah lebih dua jam kami di sini, lepak² minum² lagi seround, barulah ajak budak² yang tak reti nak habis bateri ni balik.  Masa ni dah hampir 1.30 pagi.. masing² macam keberatan je nak balik.  Tapi Mama & Baba paksa jugak... bukannya korang boleh naik airplane pon kalau dok lama² kat sini anak² oittt!!

On the way ke parking, tersangkut plak tengok orang setting 'kolum' yang baru... Ieqa sibuk begging mintak stay lagi.. NOO!!! Mama & Baba yang dah tak larat!!!
Akhirnya berjaya la jugak kami mengheret kanak² balik.  Dalam kereta tu masih sempat tengok kapalterbang yang berterbangan, bila dah jauh sikit, Mama announce dah takde kapal terbang.  Tak sampai beberapa minit.. semua dah berdengkur!!!.. hehehehe... Sampai di rumah dah pun jam 2.30a.m.. Nak tak nak semua kena bangun semula, kerabat tangga rumah yang nun di tingkat 3.  Jangan menrungut ye semua.. Nanti Mama & Baba tak nak bawak jalan² lagi dah... (sebab tu diorang tak pernah merungut or melalak bila dikejut dari tidur, coz takut Mama & Baba tak nak bawak jalan.. ehhehehe..).