ROTI CHEESE GULA

Monday, September 29, 2014
A few weeks lepas saya ke Kuantan.... di Kuantan kami joint aktiviti keluarga BBQ di pantai dan juga celebrate Birthday Tiha.  Tapi asyik tertangguh coz gambar² dari handphone my husband still takde dalam Google+.. dahle saya takde snap gambar sangat coz saya sibuk mengendong si baby Shumaila.  Sepanjang 2 hari di Kuantan, ada la beberapa tempat sempat kami merayap.  Nanti lah saya share kat sini ye.. 

Ini gambar roti cheese gula.. terpengaruh tengok adik saya hantar gambar rotinya di Wassap.  Wahh.. kemain seronok dia meroti sekarang ni ye.  Dulu bukan main takut dia nak buat roti.  Saya buat ni dalam keadaan tergesa².. dah midnight pun... lepas bentukkan, saya simpan dalam refrigerator & bakar keesokan paginya sebagai sarapan.  

Haa... besar kecik saiz dohnya.. memang nak cepat.. bimbang si Shumaila melalak nak menyusu... Malam² dia selalu check saya ada kat sebelah ke tak... kalau dia bukak mata, nampak saya terbaring di tepi, elok je dia sambung tido.. tapi kalau takde, mula la dengar dia berbunyi² macam memanggil²... kalau buat derk... haaaa... siren pun dibunyikan... 
Oh ye.. roti ni menggunakan kaedah water roux yang pastinya menggebukan lagi roti kita.
Baru siap dimasak

Baru keluar dari oven & bersedia untuk disapu butter
Resepi roti ni seperti berikut...

Bahan-bahan

380gm tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
60gm butter/marjerin
1sk bread softner (saya tambah)
Mozarella/Parmesan Cheese dan gula secukupnya untuk ditabur atas roti


Cara-cara

Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk mixer dan gaul

Masukkan air sedikit-sedikit sehingga mendapat ketepatan yg dikehendaki (jangan masukkan semua air sekaligus) . Uli sehingga 20 minit. lebih sikit pun tidak mengapa.

Saya guna BM, saya masukkan semua bahan dan biar BM uli dalam 10 minit. Kemudian saya masukkan mentega. Saya biarkan BM uli doh selama 1 jam 30 minit.

Apabila BM dah siap menguli, saya keluarkan doh dan uli doh ikut bentuk yang saya suka. Oleh kerana doh yang dapat agak banyak, saya buat dua jenis roti:

1. Roti Cheese saiz besar dalam loyang 9 X 9 inci
2. Roti bun kecil yang saya masukkan dalam muffin casing.

Sebelum letak doh atas loyang, jangan lupa sapukan sedikit mentega atas loyang. Taburkan cheese and gula dan biarkan doh naik lagi sekali ganda. Lebih kurang 40 minit.

Untuk bun comel-comel dalam casing, saya taburkan sedikit daun Parsley.

Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit. Api atas bawah sehingga roti masak.

Dah siap. Bun yang masih panas terus sapukan butter ke atas permukaannya.





0 comments:

Post a Comment