SAMBAL HITAM YANG TAK JADI

Wednesday, February 25, 2015
Mak Cik bawah apartment saya ni suka bercucuk tanam.  Macam-macam pokok ditanamnya dari pokok-pokok bunga sampailah ke daun pandan, daun kari, serai, bunga kantan dll.  Saya jarang petik walaupun dia memang benarkan sesiapa nak ambik hasil tanamannya tu.  Tapi baru-baru ni Mak Cik tu siap 'tangkap' saya, mintak saya ambil belimbing buluh yang sedang berbuah lebat.  Memang sayang tengok banyak yang gugur, tak dipetik.  Masa ni munculla idea nak mencuba resepi Sambal Hitam Pahang.. Frankly saya tak pernah makan, tapi ramai yang cakap sedap, maka saya pun cuba buat.

Tengah memasak sambal (belimbing tu dah direbus dulu tanpa air sampai kering)..

Ni baki yang tersimpan selepas saya pack 4 bekas untuk disedekah kepada staf, M.cik tu & Mak Mertua.
 Cuti Raya Cina baru ni saya bawak balik ke Jengka.  Bagi orang Pahang sendiri yang rasa & komen.  Semua orang sebulat suara cakap "Sambal Hang tak jadi!"(ni respond Adik, tu yang berloghat Utara..hehehe)...Yang Pahangnya ialah Kakak Ipar & Adik Ipar saya...  Antara komplen yang saya terima, too dry & rasanya pun berbeza (agaknya sbb saya tambah banyak gula sebab sambal ni terlajak asam pada awalnya)... hehehe...Mak saya pulak cakap ada rasa hangit... Part hangit tu saya pun kurg pasti sebab orang lain cakap takde rasa hangit pun... Pulakkk..

Walaupun begitu, untuk orang-orang yang tak tau macam mana rasa Sambal Hitam, cakap sedap.  Contohnya Mak Mertua ku siap call lagi tanya kalau ada lebih, hulur-hulurlah ke rumahnya tu... hehehe.. Adik Ipar pon tak henti-henti memuji, sedap katanya. Tanpa berlengah, kesemua sambal yang ada saya hantar ke rumah Mak Mertua...hehehe.. Kalau ada kelapangan saya nak buat semula.  Saya ni pantang sikit kalau buat sesuatu & tak jadi....   Kali ni nak try perbaiki apa yang kurang & ikut resepi yang diberi!!! (Masa buat ni saya memang refer resepi, tapi teramat banyak penderhakaannya.. inilah akibatnya.. huhuuu)..



3 comments:

{ Aisy Nasiha } at: February 25, 2015 at 6:58 AM said...

Haha.. baru tadi saya ingat nk minta sikit.. haha.. xpe lain kali try lgi dgn resepi betul2 ya

{ Unknown } at: February 26, 2015 at 4:47 PM said...

Tak pernah try makan.. tapi ramai yg kata sedap.
Mmg kena usaha cari jugak la balik nanti.

{ Kina } at: February 27, 2015 at 12:13 AM said...

Aisy.. teruk betul saya ni kan.. selalu clumsy & tak ikut resepi dengan betul. Lepas tu mulalah sedih bila masakan tak menjadi.. hahahha..

Kak Sham.. Sambal Hitam yang tak jadi saya ni pun dah sedap, kalau betul-betul menjadi mesti sampai menjilat jari agaknya.. hehehe..

Post a Comment